Wednesday, February 08, 2012
Aksi Terlarang.
Semalam, lebih kurang jam 9.00 malam, aku memandu menelusuri satu lorong kecil untuk ke rumah aku di Subang Jaya. Lorong itu gelap gelita sebab tak ada lampu jalan.
Masa aku lalu, aku nampak something di tepi jalan. Sebab gelap, aku tak nampak sangat. Bila aku dah dekat, rupa-rupanya sepasang couple tengah duduk berpelukan dalam gelap. Dua-dua Melayu dan Islam. Muka budak-budak... Aku rasa mungkin dalam tingkatan 4 atau baru lepas SPM.
Aku bawa slow je sebab takut kena langgar tu satu. Sebab lain aku nak tengok muka budak-budak ni. Aku kenal budak lelaki tu... Anak jiran belakang. Aku tengok je tak cover pandangan, lepas tu dia tengok aku, dia perasan aku tenung dia, dia toleh dan tunduk buat bodoh. Tapi dah lepaskan pelukan. Tapi budak perempuan tu aku tak kenal.
Inilah dia... Budak-budak dah pandai nak peluk-peluk. Nak raba-raba. Aku tak mahu hipokrit, aku pun couple jugak. Tapi, aku tak pernah peluk, meraba-raba, atau duduk dalam gelap.
Benda ni macam dah jadi satu penyakit dah. Aku tengok mana-mana pun sama je... Baik budak-budak ataupun orang tua.
Dulu member aku (lelaki) dia cerita, dia pergi beraya rumah seorang perempuan ni yang dia minat. Sampai je kat bawah rumah perempuan ni, (rumah flat) dia nampak perempuan ni salam dan cium tangan seorang lelaki. Lelaki ni baru habis beraya kat rumah perempuan ni. Member aku ni pulak jenis kuat cemburu padahal dia takde ape-ape dengan perempuan tu... Dia tanya siapa tu? Perempuan tu cakap itu kawan dia. Kawan ape salam cium tangan macam tu? Dia cakap boyfriend. Berbulu je member aku dengar, dia sound 'belum apa-apa dah salam cium tangan. Ingat suami ke? Bodoh ke ape?' Tak pasal-pasal kena bodoh sebijik.
Aku pun tak fahamlah dengan sesetengah orang melayu ni. Jangan terkejut ade jugak tu tak padan dengan tua, tak kahwin lagi, duduk meraba-raba peha, salam cium tangan, tidur atas peha, bergambar duduk atas peha, berlaga-laga pipi, usap-usap rambut.... Meleseh-leseh dengan boyfriend/girlfriend..
Itu dosa ke ape urusan kau dengan Allah, aku tak campur. Tapi bagi aku benda ni dah melarat jadi satu penyakit yang mana dah jadi ikutan dengan anak-anak muda. Harini pegang-pegang... Esok lusa jadi apa? Ada anak luar nikah?
Tanyalah pada diri sendiri, aku ada buat ke macam tu? Cuba fikir esok lusa bila kita dah ada anak, anak-anak kita buat macam tu, adakah kita akan berdiri tepuk tangan bersorak atau kita akan rotan dia dan cakap; kita tak boleh pegang orang bukan muhrim kita dengan sesuka hati sebab itu adalah berdosa.... Itu dah menghampiri zina.
Bercakap pasal menghampiri zina, ada orang pertikaikan pasal aku tak mahu pergi bercuti dengan sekumpulan yang dikalangannya bawak boyfriend dan tinggal serumah tetapi lain bilik. Menyewa satu apartment untuk cut cost. Aku cakap aku tak mahu, sebab aku tak ada duit nak pergi bercuti. Itu je alasan aku cakap. Well... Alasan sebenarnya aku tak mahu ikut sebab gila ke nak overnight satu apartment dengan bukan muhrim? Aku tau pasangan ni jenis yang suka buat macam aku sebut kat atas tadi. Raba-raba... Pegang-pegang... Usap-usap... Silap-silap masa aku nak tengok TV ada buat aksi terlarang. Perghh... Aku tak mahu bersubahat.
Aku cakap itu je alasan aku, jadi untuk menjaga tali persahabatan, aku diam kan je alasan sebenar aku. Tapi masih dipertikaikan. Sebab dah bargain yang termurah. Tapi, aku masih diamkan je... Dan aku tolak secara baik. Kalau lepas ni dia sebut lagi, aku akan sembur sikit. Tapi aku rasa plan dah tak jadi kot sebab tarikh dah dekat, tapi belum booking apa-apa pun.
Aku ni jenis yang tak suka sangat campur affairs orang lain. Sebab tu usually aku banyak diamkan je. Lagipun aku ni ilmu agama tak cukup. Jadi... Masing-masing dah besar, tudung pun pakai kan... Baju pun cukup kain, tak payah lah nak buat aksi macam pengantin baru kalau diri tu sedar belum kahwin. Sekian.
Wednesday, February 01, 2012
Karma.
Percaya pada hukum karma?
Bagi aku, hukum karma ni tak lebih daripada 'what goes around comes around'. Aku hanya melihat ia sekadar konsep bahawa Allah itu maha adil. Itu Sahaja.
Kadang-kadang aku nak 'tergelak' bila aku berada di dalam 'zon hukum karma' ni. Kejadian yang berlaku really fascinate me in the sense that aku rasa 'wow, Allah itu maha besar dan maha adil.' dan aku sebagai hamba yang kecil ni rasa tak tercapai dek akalku beginilah aturan Yang Maha Esa. Kun fa ya kun.
Begitulah kan. Kita hidup ni kena beringat jugak. Kadang-kadang kita buat keji kat orang, memang orang itu tak tahu, tapi Allah sahaja yang tahu. Mampu kau nak mengelak?
A adalah orang yang stylo. Barang branded up to date. Style tak mahu kalah. Mungkin niat dia baik (wallahualam) untuk mengingat manusia sejagat tetapi kadang-kadang kata-katanya sangat mengguriskan hati.
Poin no. (1) kadang-kadang A cakap "eeeiii dalam blog nampak lawa, stylo, tapi bila jumpa dia... eeesshhh tak lawa langsung. Macam kampung. Pendek dan macam.... entah... tak cantik la macam dalam gambar kat blog dia."
Poin no. (2) Dan ada juga dia kata, "ermm besarnya lengan dia... gemok lah."
Poin no. (3) Ada juga dia kata, "muat ke baju ni kat kau? Aku pakai tak muat takkanlah kau boleh masuk kot?"
Oklah Poin no. (1) Dah tentulah orang suka letak gambar cantik di online. Takkan nak letak gambar buruk kot? Dan kalau dia pendek, adakah itu mintanya? Kalau dia tak lawa, adakah dia nak diri dia jadi orang tak lawa? hah fikir... fikir...
Point no. (2) Masalahnya kau pun gemok jugak sila jangan berkata dengan lebih lanjut.
Point no. (3) Heh tentulah aku muat. Siap longgar lagi. Badan aku lagi kecil dari kau please tengok cermin ok.
Bagi aku kan, it's not nice lah kalau nak 'menasihati' orang begitu. Gemuklah, tak lawalah, pendeklah. Cerminlah diri tu dulu sebelum nak kata ok. Fizikal orang ni tak boleh dibuat main. (Lainlah 'menasihati' orang yang tak disukai kan. hakhakhak!)
Dan pada suatu hari, aku duduk melepak dengan teman-teman lain... ada orang ni cakap, A dah kahwin kan... berapa orang anak ek? Dua kan?
Wow. KARMA! KARMA! KARMA! -terjerit-jerit otak aku nak digest benda ni.
Aku cakap, eh A tak kahwin lagilah...
Teman ni cakap, "Ha? tipulah... eh tak kahwin lagi? Umur dia berapa?"
Aku cakap, "Dia muda je la... lebih kurang baya aku je."
Teman, "Haa??? laaaa mati-mati aku ingat dia dah umur 34 or 35 macam tu...."
Masa ni aku gelak tak hingat dunia. Well, well, well. Nampaknya style kau membuat kau kelihatan seperti overdose umur.
Heh itulah, "what goes around comes around."
Saturday, January 21, 2012
Perubahan.
Manusia berubah dari masa ke semasa. Berubah ikut persekitaran dan keadaan hidup. Ada berubah ke arah kebaikan, dan ada yang berubah ke arah sebaliknya.
Aku pun tak lari dari melakukan perubahan dalam diri. Semakin hari, semakin meningkat umur, kenalah berubah kan? Takkan selama-lamanya nak jadi budak umur 12 tahun kot. Orang lain tengok pun bila perangai kebudak-budakkan sedangkan umur dah setengah abad... boleh jadi menyampah macam rasa nak simbah air basuhan kaki kat muka dia.
Older.. wiser, right?
But then, berubah pun ada macam-macam jenis. Sejauh mana seseorang itu boleh berubah masih jadi misteri pada aku. Apa yang sebenarnya terjadi yang sampai tahap perubahan jadi macam tu?
Contoh cerita, ada aku pernah alami dan melihat dari persekitaran aku sendiri. Berubah sebab cinta. Aku rasa hampir semua orang berubah demi cinta, cinta pada Illahi, pada ibu bapa, pada 'orang lain' dan etc. Berubah ke arah kebaikan itu bagus. Tapi berubah sampai tahap memutuskan silaturrahim, sampai tahap membelakangi keluarga, sampai sanggup khianat kawan atau sampai tahap membelakangi agama... ini memang aku tak setuju.
Tanya pada diri aku sendiri ada aku buat perubahan macam ni? mungkin. Rasanya, aku sendiri pun tak sedar aku punya perubahan tu adakah sampai tahap negatif yang aku sebut kat atas tu? Adakah sampai tahap aku khianat kawan, sampai tak bertegur sapa dengan orang yang pernah rapat dengan kita, sampai tahap membelakangi keluarga dan agama?
Ada aku pernah kenal someone masa aku belajar dulu, dia bercinta dengan seorang ni. Bila dah bercinta, kawan-kawan tinggal belakang, tak bertegur dah (aku tak tahu pasal family dia atau agama dia.. so tak cerita sebab takut silap dan fitnah). Bila dah tak ada apa-apa dengan lelaki tu (putus), tiba-tiba nak cari kawan balik. Sorry lah wei. Dulu lupa diri... sekarang sila sambung lupa diri.
Ada juga yang aku kenal masa dulu, A dan B ada kawan rapat nama C. C ni sebenarnya bertanggungjawab merapatkan A dan B. Bila A dan B putus, C berubah, dan amik side A. C tinggalkan B dan sebar fitnah pasal B pada semua orang. B ni sedih sebab dulu C inilah tempat dia luahkan perasaan dan tiba-tiba tak ada aral lintang, C amik side A dan berperangai keji against B atas sebab dah putus dengan A. Padahal B tak ada buat silap kat C. Perubahan yang tidak molek. no no. Walaupun C decide nak amik side A sekalipun, not molek untuk sebarkan fitnah ok.
Selain itu, ada juga aku kenal... ni paling aku sedih sebab terkena atas batang hidung aku sendiri. One day, dia jumpa someone, dia berubah. Aku tak kisah sebab aku ni bukanlah jenis amik port sangat. Itu hak dia lah kan nak berubah ke... ape ke... Siapalah aku kan. Nanti cakap aku jeles pulak.
Suatu hari, aku nak tanya favour something pada kawan seorang lagi (aku namakan Minah). Very desperate favour dan aku betul-betul perlukannya. Dia tahu aku nak favour itu dari Minah sebab aku cakap kat dia. Biasalah kan kawan-kawan haruslah story mory. Maybe sebab favour ni akan jadikan dia lebih beradvantage dari aku, sedangkan dia tak perlu sangat, tapi aku amat-amat memerlukannya, maka secara diam dia pergi dulu kat Minah dan ambil favour tu without my knowledge, dan dia boleh act seolah-olah aku patut pergi ambil favour itu pada Minah.
Once dah lama sikit barulah aku berkesempatan nak bercakap pada Minah untuk favour itu, Minah cakap 'oh dah kasi pada dia (kawan aku ni la) dah lama.' Aku rasa satu penampar yang maha hebat singgah kat pipi aku. Aku sedih tak terkata because I was soooo desperate for that favour! Aku tak sangka langsung dia sanggup buat macam tu kat aku. Dan aku just biarkan je sebab terkenangkan sebagai kawan so aku maafkan je. Then recently aku dapat tau sebenarnya dia bukan nak pun favour tu. Dia pergi kasi kat kekasih dia 'favour' itu padahal kekasih dia lagi la langsung tak perlukannya. Ya Allah aku rasa nak pijak muka dia on the spot. Betapa kejinya perangai dia. Beberapa hari aku sedih mengenangkan sampai hati dia buat macam tu. Padahal waktu dia sedih aku menangis bersama, waktu dia gembira kita gelak bersama... Begitulah hebatnya perubahan manusia demi cinta. Hurmmm, aku nak berubah jugaklah dengan strike out dia dari Guest list untuk wedding aku. Kau tak layak nak kongsi kegembiraan aku... wahai my so called 'kawan'.
Itu sajalah yang aku pernah alami sedikit sebanyak pasal perubahan demi cinta.
Untuk diri aku, aku tak tahulah. Aku harap aku bukan jenis jadi orang yang semakin negatif.
People would go for miles for this crazy thing called love.

Monday, January 16, 2012
Engagement.
Hari ini hari pertama pakai dua cincin dijari-jari. Memang rasa janggal. Tengah bercakap dengan orang, sambil melayang-layangkan tangan, aku nampak ekor mata orang didepan aku mengikut gerak geri cincin-cincin itu. Atas bawah, atas bawah.
Sejak dari mula aku menulis secara online, ada satu benda yang aku selalu jadikan wish list aku, iaitu 'to be a happy person'. Memang selama ini aku mencari kegembiraan serta kebahagiaan. Siapa tak kan?
Pada hari ulang-tahun aku yang ke 26 iaitu semalam (15.01.2012), kegembiraan didatangkan dengan pakej seorang jejaka sunti, segerombolan keluarga, 5 dulang, dua bentuk cincin dan segunung kasih sayang.
Dan kegembiraan tersebut disambut dengan balasan 5 dulang, seorang perempuan sunti, hidangan pelbagai jenis, segerombolan keluarga dan juga segunung kasih sayang.
Aku pernah tulis pasal isu Athirah + Boyfriend = Kiamat dalam blog ini. Nukilan pada 28 Januari 2007.
Sebabnya, aku bukanlah orang yang begitu menarik menjadi pilihan atau rebutan sesiapa pun. Sudahlah muka biasa-biasa sahaja (nak cakap tak lawa kang orang kata hina ciptaan Tuhan), perangai tak semenggah mana, latar belakang pun tak menarik.
Jadi dalam pemikiran, aku selalu fikir adakah aku akan kecapi salah satu punca kebahagian iaitu ke alam rumahtangga? Adakah akan ada siapa orang yang suka aku seadanya? Siapa orang malang itu? Macam mana akan aku jumpa orang itu? Itu dulu punya cerita. Masa itu aku fikir belajar je. Aku malas nak ambil port soal hati. Sebab aku rasa benda itu akan me-lagha-kan aku daripada fokus ke arah pembelajaran.
Selepas kematian ayah aku, lagi kuat semangat aku nak jadi happy. Aku belajar dan tamatkan pengajian. Aku mencari erti hidup tapi belum secara menyeluruh. Aku membuat pelbagai keputusan diluar jangkauan dan aku cuba buang sifat 'tomboy' dan kasar aku sejauh yang mungkin, tapi tak dinafikan sifat itu masih ada sekarang. Untuk berubah bukan senang, tahu?
Tak dinafikan beberapa hari sebelum semalam, aku didatangi dengan pelbagai perasaan, Aku terkenangkan orang lalu yang dah 'missed out' untuk hari graduasi aku yang pertama dan kedua (aku grad dua Ijazah). Dan kini 'missed out' hari pertunangan aku. Dan dia sentiasa akan 'missed out' semua benda kerana dia sudah tiada disisi kami. Tetapi pada aku dia masih tidak missed out apa-apa sebab dalam hati, ingatan masih kuat. *teary eyes*
Jadi semalam, senyuman aku memang lebar diluar jangkauan. Ramai tegur aku tak ayu sebab sengih macam tak menyabar. Tapi aku happy... sangat. Mungkin perkara ini belum menjadi lesen terhadap sesuatu yang halal, tetapi dalam usaha ke arah itu. Insya Allah.
Look how retardedly happy I am? ;p
Itu ibu tudung hijau looking happy. :)
Monday, January 09, 2012
Reflection.
Aku sebenarnya dah lama simpan perkara ni.
Just straight to the point, lately aku nampak banyak perkara tidak molek berlaku depan mata aku yang aku sendiri nak je cakap tapi aku hold it in sebab tak mahu silaturrahim terjejas.
Ada aku tanya kat orang lain perlu ke aku cakap... Kalau aku tak cakap adakah aku akan dikira bersubahat? Adakah aku akan condone dengan perbuatan tidak molek dia? Dan aku juga ada bertanya pada diri sendiri adakah aku ni layak untuk berkata sedemikian sedangkan aku pun bukanlah baik sangat atau mulia pun.
Jadi di atas sebab aku rasa aku tidak bagus atau tidak mulia maka aku diamkan sahaja.
Bagi aku lah kan untuk berperangai molek tak perlu orang lain kena ingatkan. Benda tu memang sejak azali kau akan tahu apa yang patut dan tidak.
Bila kita ni dah dewasa dan besar, apa saja kita buat akan jadi tauladan dan ikutan orang lain.
Kau dah tahu benda kau buat itu tidak molek, aku rasa tak payah nak dicanangkan pada public. Tak payah nak announce kat Facebook, blog atau Twitter. Kau dah besar dan matang. Boleh fikir dah.
Bagi aku lah, benda serahsia macam perkara dalaman rumah tangga pasal benda atas katil contohnya lah, tak perlu nak dikongsi secara public. Common sense kot benda ni.
Tak payah aku nak elaborate panjang panjang, persoalan aku dalam Islam dah digariskan apa berkenaan isu katil rumah tangga ni? Jelas dan terang walaupun suami kau tidak kisah sekalipun.
Ini semuanya dah jatuh bawah akhlak. Peribadi.
Satu lagi pasal title atau kedudukan seseorang dalam society itu sendiri sebagai anak dara contohnya lah... Kau anak dara kau tahu benda kau buat itu tak molek, aku rasa tak perlu nak diberitahu pada public sekalipun kau tak mahu berubah. Sebab apa aku nampak kat sini aku rasa dia tahu benda dia buat tu tak betul, cuma dia mungkin tak bersedia nak berubah ke ape ke aku tak tahulah. bila dia buat benda tu secara public, orang lain yang kepohci macam aku tiba tiba berfeeling terpaksa bersubahat sebab biarkan tanpa ditegur.
Jadi tolonglah... Diamkan saja perbuatan kau dari mata khalayak ramai. Janganlah menyusahkan orang macam aku. Lepas tu bila aku tegur, kau pun susah jugak.
Apa saja tindakan kau akan jadi ikutan orang lain.
Lagi-lagi kalau kau dah jadi parents... Anak anak kau akan kata 'mama/papa boleh buat kenapa saya tak boleh?' Benda sekecil ini boleh jadi masalah masyarakat kalau sejak dari rumah tak dididik dengan baik.
Itu tak masuk lagi bab gaduh gaduh secara public laki bini kat Facebook. Lelaki ada perempuan lain lah... In the end, anak kau yang tak ada kaitan jadi mangsa.
Korang tak ada malu ke? Aku peliklah sungguh. Bagi aku kan... Ada benda yang kau boleh share dan ada benda baik kau simpan sahaja. Bukan aku cakap bermaksud kau tak boleh buat, atau aku ni macam minah bajet bagus ke apa. Kau buat diam diam sudah.
Kau nak bercinta dengan suami orang pun, kalau kau canang kat public, family kau tanggung malu. Aku cakap berdasarkan fakta masyarakat Malaysia yang prihatin ni.
Oklah aku ambil sajalah kisah aku kan. Ya memang aku ada boyfriend.kalau tengok merata-rata aku rasa hampir semua orang pernah ada atau sedang bercinta.
Walaupun aku tak ada kacau hidup orang lain, aku jarang sangat bercerita pasal Bf aku di laman sosial ataupun dengan orang lain pun aku jarang cerita tapi satu hari mak aku cakap, tak malu ke berjalan di shopping complex dengan bukan muhrim? Orang lain tengok dan beritahu ibu. Orang lain tak cakap apa tapi ibu rasa malu sebab anak dara sendiri berpeleseran dengan bukan muhrim.
Nampak tak point aku kat sini? Walaupun kau berjalan ramai-ramai, bila orang dah berkata, bila ibu sendiri dah rasa malu... What more can you say? Nak kata apa aku buat itu betul? No. Aku tak pernah tegakkan apa aku buat itu betul.... Is it right? Betul ke Islam ajar aku macam ni. Aku tahu jawapannya tidak.
Jadi, point aku kat sini... Dalam dunia ni, it's not about kau dan perangai perangai kau dah... It's about you, society, family, faith, and so much more than that. You can't deny the fact that people will be affected by your behaviour one way or another.
Jadi fikir-fikirkan lah.
Friday, January 06, 2012
2012
2012. New layout for the blog. Tadaaaa...
Yeah it's plain and boring because the previous layout got ruined by some coding that I-don't-know so I just used Blogspot's template for the time being... I think I might be using this layout for quite sometime because I'm too lazy to do another coding. I have better things to do. ok ok ok... I'm not that rajin anymore to design my blog's layout.
Anyway, I have soo many things to update here... but I don't know how to start.
Ok... first and foremost, see my wish list there --->
I'm gonna have to list down new wishes anytime soon.
I will not going to kiss and tell some of 'those' things here because eventhough this is my blog and I can write whatever I want, anyone cannot butthurt me, or reckons nobody read this blog.. but nevertheless, it is a blog that can be read by public. So no details ok.
I had a bad start for 2012. I was feeling down, stressed, drained, tired and all those bad vibes are haunting me day and night. I was so busy that all those work and personal schedules that I've arranged neatly since last year is eating inside me. So many things to do yet so little time. But with all the support and help from family, friends and loved ones, I managed to pull it through. *big smile*
Here's my current muse. Do listen to it, ok.
I'll never be
A knight in armor
With a sword in hand,
Or a kamikaze fighter;
Don't count on me
To storm the barricades
And take a stand,
Or hold my ground;
You'll never see
Any scars or wounds -
I don't walk on coals,
I won't walk on water:
I am no prince,
I am no saint,
I am not anyone's wildest dream,
But I will stand behind
And be someone to fall back on.
Some comedy -
You're bruised and beaten down
And I'm the one
Who's looking for a favor.
Still, honestly,
You don't believe me
But the things I have
Are the things you need.
You look at me
Like I don't make sense,
Like a waste of time,
Like it serves no purpose -
I am no prince,
I am no saint,
And if that's what you believe you need,
You're wrong - you don't need much,
You need someone to fall back on...
And I'll be that:
I'll take your side.
If I'm the only one,
I'm used to that.
I've been alone,
I'd rather be
The half of us,
The least of you,
The best of me.
And I will be
I'll be Your prince,
I'll be your saint,
I will go crashing through fences
In your name. I will, I swear -
I'll be someone to fall back on!
I'll be the one who waits,
And for as long as you'll let me,
I will be the one you need.
I'll be someone to fall back on
I'll be someone to fall back on
one to fall back on...
-------------------------------------------
For me happiness comes in a different package for each individuals. You can't questioned or judged people's choice of happiness. Some people feels that sacrificing something for their loved ones are happiness to them. Some people are willing to let go of something really precious in their life in search for happiness. While some people tend to do everything they can in order to achieve their level of happiness.
Toodles~

Tuesday, December 27, 2011
Decided.
Sometimes we pondered upon our life so often that we started to start question our actions or decisions.
In my life (to date), I admit that I've done some wild major decisions that I would have never even think of. Some of the decisions are spontaneous, like out of the blue, let's just do it and go with it... to hell with whatever consequences lie thereupon.
Yes, I am afraid of the consequences. What if my decisions never turned out like what I had in mind? What if everything goes badly wrong and I'm stuck with the decisions? All these 'what ifs' is a major turn off in the process of making a decision.
I know that what we can only plan but the one who'll decided whether our plans should fall accordingly is Allah s.w.t.
In a few weeks time, something will happen. I don't think it'll change my life that much, (yet, but it will change a lil' bit I guess) but at least it's one step to another phase of life. So nervous.
So this thing that will happen, is something that I've been thinking about for quite some time and I've decided to just get on with it and get over it. I just hope that this decision is the right decision. I wish I could write more about this matter in this blog but I'll KIV the matter first, furthermore I don't want to paint the town red beforehand... before it really happens.
Gosh, I'm so nervous right now.

Subscribe to:
Posts (Atom)