Aku bengang!!!!
Aku sibuk!!!.. *Nangis*
-----------------------------------------
Hari itu, ada satu perkara membengangkan aku.
HEY!! AKU BUKAN BODOH NAK DIPERGUNAKAN KAU!!!!! BODOH!!!!
Hehe. Sekian.
......
Erm... meh aku citer. Sebenarnya beberapa hari yang lepas, aku dapat satu SMS dari 'kawan' aku.
Dia tulis; "Call aku sekarang. Urgent."
Aku kaget... tapi setahu aku, se-urgent mana pun budak ni cakap, aku rasa aku adalah orang terakhir kot yang dia nak SMS minta tolong. Sebabnya, aku mana rapat dengan dia. Sekali sekala dia nak usha kawan-kawan aku je dia rajin SMS aku.
Jadi aku balas balik dengan alasan; "Nape? Aku tak banyak kredit ni..."
Dia balas balik; "Alaaa... ko kan pakai line. Call la aku. Aku nak mintak tolong ko carikan orang ni."
Erk... Urgent apekejadah?
Jadi aku reply; "Line aku dah nak kena bar. Cakap je la thru SMS ni..."
Dia reply; "Ko kenal tak mana-mana budak yang belajar T***? Aku nak suh ko cari orang. Aku jumpa kad matrik budak ni. Nama dia I** N***** (pempuan). Aku nak ko dapatkan number fon dia sebab aku nak pulangkan balik."
Aku reply; "Aku kenal sorang budak T***. Kawan sekolah. Tapi dah lama aku tak kontek dia. Xtau number fon dia. Alaa.. ko susah2... pulangkan je kat pak guard U***."
Dia reply; "Tak nak. Aku nak nombor fon dia and jumpa dia. ehehehe..."
Aku diam. Bangang sungguh budak ni. Nak takle perempuan pun suruh aku yang mintakkan nombor telefon. Sebenarnya, aku tak marah kalau nak tackle perempuan atau dia berniat 'baik' nak pulangkan kad matrik tu. Tapi, nak cari orang ni susah... lagi-lagi orang yang aku tak kenal. Itu sebab aku sarankan dia kasi balik je kat Pak guard. Nanti mereka uruskan lah. Tapi tak mahu pulak.
Yang aku tak puas hati... adakah meminta number fon orang lain itu urgent? Jam 10 malam pulak tu SMS aku. Kalau eksiden ke, aku faham la urgent. Dan yang membengangkan aku pada tahap maksimum tu... bila dia suruh aku call dia balik atas sebab aku pakai line.
Aku boleh terima kalau kau nak suruh aku call balik sebab keadaan urgent kau tu adalah dimana kau takde duit nak call dan situasi kau tu memang genting gila macam eksiden ke, kereta rosak ke, terlekat kat atas pokok ke... Tapi kau suruh aku call balik atas sebab nak cari number fon orang?
Kau ingat aku ni apa? Tukang cap duit ke nak bayar bil telefon? Kau tu dah kerja... takkan nak mintak tolong aku untuk dapatkan number fon perempuan lain pun kedekut kredit. Aku ni student, cik abang oi... kerja pun tidak. Ayah aku dah takde... sapa nak tanggung bil aku yang tinggi? Duit aku dapat pun cukup-cukup buat makan je.
Aku faham la kad matrik tu penting. Tapi dulu, aku hilang kad matrik... kacang putih je nak uruskan... aku pergi buat report kat Jabatan keselamatan, terus dapat kad baru on the same day.
Hish... geram sungguh aku kat dia ni... last-last aku reply kat dia;
"Aku rasa kau ada agenda tersembunyi. Aku dah tau taktik ko ni.. Pigidaaa... :P"
Dia tak reply.






