Saturday, January 31, 2009

Dunia semakin pelik.

Dunia ini pelik. Nak sakit pun kena kaya. Kalau tak ada duit, camana nak bayar bil perubatan? Sekali pergi klinik swasta, mau 50 hengget melayang. Kalau nak murah, pergi kerajaan. Kalau jam 3 pagi pergi klinik kerajaan... cengkerik je la ada kat situ tu. Pergi hospital kerajaan pulak, macam-macam karenah... "eh... awak ni ok je.. dah pi balik. Esok kalau teruk sangat-sangat, baru datang balik."

Dalam hati, "ape kau ni nak tunggu aku mati ke? Kalau aku mati nanti, tiap-tiap malam aku rasuk kau baru kau tau..."

Kalau Hospital swasta, setiap pesakit yang datang, dia nampak duit je kat seluruh tubuh pesakit. Kena gigit nyamuk sikit pun dia boleh kata chronic skin rashes. Aku rasa kesian juga bila tengok pesakit miskin yang ada sakit buah pinggang yang kronik. Tak boleh buat operation sebab duitnya sangkut. Oh, apalah terjadi pada dunia.

Ini aku tulis berdasarkan pengalaman peribadi.

Thursday, January 29, 2009

Kecelakaan sungguh laa...

Selepas balik dari kampung, kami singgah di kedai Mamak X untuk menapau roti nan yang telah menjadi makanan ruji kami ketika kami bermalasan untuk masak sejak turun temurun. Even mamak yang selalu buat roti nan itu kenal satu famili aku. Dia suka kacau Assyifa dan selalu menghadiahi Assyifa dengan extra popodum yang akhirnya habis dibelasah oleh Mamat.

Haritu Mamak itu bertanya: "Eh... you punya Appa mana? sudah lama tarak nampak?"
Lalu aku menjawab, "oh... dia sudah meninggal. Itu heart attack."
Dia mengerutkan muka... "heart attack haa... apa itu meninggal? tarak paham."
Aku menjawab, "dia sudah mati... 2 years ago."
Mamak itu terbeliak mata, "Aiyooooo mati.. aiyooo... Sorry aaa."
Aku cakap kat dia, "Ok... tak apa... janji ini kuah kasi lebih boleh aa Mamak?"
Mamak itu angguk-angguk, "sudah lebih dua scoop saya taruk."

Dia ini mamak dari India aku rasa... sebab dia kurang fasih bahasa melayu. Anyway, (dah terlajak melalut) kami bawa la balik roti nan itu. Sebabkan dah malam, aku malas nak makan lagi. Jadi keesokkan hari baru aku makan.... ada kuah kari yang mak aku panaskan. Tiba-tiba... kebaboomm... aku diserang... oh tidaaaaaaakkkk....

Aku kena food poisoning. Tahap kronik pun aku tak tahulah. Sejak Maghrib, aku muntah dan berak-berak berselang-seli non-stop sampai la pukul 2 pagi. Aku berserah saja nasib aku pada jamban. Sakit woo... sampai satu tahap, muntah aku tak keluar apa-apa melainkan air ludah. What came out was nothing but water and spits. Dah la perut kosong... pedih gila rasa macam nak amik gunting dan gunting perut sampai usus supaya aku tak rasa sakit lagi. Makan ubat pun muntah lagi sebanyak ganda 23.

Dah tak tahan sangat, aku pergi la kejutkan ibu aku pukul 2.30 pagi. "tolong... tolong.." suare pun macam Ella. Ibu aku pun buka la segala perkakas ubat-ubatan yang ada dalam plastik bersama berpuluh-puluh paket sos cili McD (masa ini belum boikot... dan jangan tanya aku apa pasal ubat ada bersama sos cili... sebab aku pun tak tahu.). Keluarlah dua kotak ubat pil Chi-kit Teck Aun. Sesudah makan, barulah aku boleh tidur.

Bila bangun pagi ini, masih sama. Berak-berak lagi. Seluruh badan aku sakit-sakit. Macam sakit sendi. Aku ingat kalau tak turun sekilo dua berat aku nih, memang sia-sialah aku meyerahkan nasib aku pada jamban.

Dalam pada ini, esaimen aku banyak belum siap. Gambar pertunangan Kak Aimi pun belum habis edit.... dah edit sampai 100... ada lagi sikit. Sorry ya.

Wednesday, January 28, 2009

Escapade.

Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas kami sekeluarga balik ke kampung... ke Terengganu. Tak sempat nak jumpa Tokki dan Tok... kami hanya sempat berjumpa dengan Wan (nenek seblah mak).


Di Pantai Teluk Mak Nik. Pakcik ini sedang memancing. Bukan dia seorang saja yang memancing, ada ramai lagi. Aku tak tau la dia buat ni untuk mencari rezeki atau sekadar hobi. Nampak alatan memancing dia agak impressive dan agak canggih. Angin dari pantai sangat kuat dan sejuk.... tapi matahari memancar dengan terik... maklumlah, pukul 12 tengahhari.


Adik beradik yang kurang sopan.

Samalah jugak ni. Kurang sopan.

Aku jugak berpeluang melihat cara-cara batik dibuat. Macam-macam jenis kain ada. Corak pun pelbagai.

Ini dalam kilang membuat batik. Ada beberapa helai kain yang sedang dijemur selepas di warnakan coraknya. Kilang ini boleh membuat kira-kira 20 helai batik sehari. Kalau korang pergi Dungun, pergilah ke Kedai ZA BATEK. Cantik design dia.


Walaupun pergi sekejap, perjalanan jauh, membosankan dan hanya tidur dalam kereta hampir sepanjang perjalanan, I have to admit that this is the best escapade so far. Bila balik, nenek-nenek aku suka bagi cucu-cucu dia makan banyak-banyak. Hari tu Wan(nenek) pergi tengok orang buat bubur Asyura... Wan tapau lebih sebab dia cakap kat orang tu hari ini cucu-cucu dia yang besar-besar nak datang. Nanti tak cukup. :)

Bila balik kampung, ada satu perkara yang seronok yang tidak dapat di describekan. Di sinilah tempat ibu bapa aku membesar. Walaupun aku tak pernah menetap disini, tapi aku dapat rasakan inilah tempat asal usul aku. This is where my roots are... this is my kampung and my escapade. Kalaulah suatu hari aku nak larikan diri, aku akan berada disini... duduk dibawah pohon Ru, ditepi pantai, sambil menghirup udara dari laut. Ahhhh~~ best.

Saturday, January 24, 2009

Truth is I'm done pretending.

Waktu malam, bila lampu bilik ditutup, mata masih celik, seribu satu benda berlari-lari (running) dalam kepala otak aku.

Contohnya;
ada hantu ke kat hujung katil aku ni,
apsal anjing menyalak cam baru nampak puntianak main kejar-kejar depan dia,
kenapa laki bini kat rumah berhampiran maki-maki tak tentu hala tengah-tengah malam buta,
kenapa kipas ni bunyinya krot-kret-krot-kret macam nak tercabut... kalau tercabut, adakah akan kena muka aku,
kenapa perut aku bergegar cam agar-agar bila ditepuk-tepuk manja,
kenapa aku harus ke kelas esok,
adakah aku sudah baca kes-kes Rajes,
bila nak kaya,
apa ending citer korea tu,
dan lain-lain perkara yang harus di-sensored-kan disini.

Cis... banyak betul benda-benda yang tak berfaedah yang aku fikirkan.

Selain benda-benda mengarut yang aku fikirkan ni, ada jugak benda-benda lain yang mengacau-bilaukan otak aku ini... membuatkan tidur aku kurang lena. Dan perkara-perkara ini membuatkan aku jadi stress tak tentu hala dan ingin menjerit sekuat hati. Tapi nanti aku jerit, marah pulak jiran aku. Jadi, kadang-kadang, I found myself munching in the middle of the night dalam gelap. Stuffed myself with food to ease my stressful mind. Selalunya, makanan yang menjadi mangsa adalah roti kosong... sumbat kuat-kuat dalam mulut dan sambil teguk air kosong masa mulut penuh. Bila roti tu cair, telan sikit-sikit. Sedap~ >_*

Anyway, sekarang aku tengah mid-semester break. Yay! Cuti... mahu merehatkan otak. Letih Wooo...

-----------------------------------------------------------
Do you tell lies for the sake of saving your face; or
Do you tell lies because you are hiding the truth?

Thursday, January 22, 2009

Pegang baton itu baik-baik.



If you fail, you are going to be my servant for 4 days.
-Lecturer X

Masa berlalu dengan cepat. Pejam, celik, pejam, celik, garu-garu kepala, buang tahi mata... dah 23 tahun aku hidup. Macam apa yang mak Azza kata pada Azza (dan juga aku); mama dulu umur macam kau ni dah kahwin.

Sebenarnya, aku tak rasa apa-apa pun bila umur dah meningkat sehingga kini.

Mungkin ketidak'perasaan' aku ini adalah kerana kekurangan kesedaran diri. Kekurangan ini boleh dorong oleh faktor-faktor seperti garisan kedutan di muka belum muncul, masih boleh pakai seluar dalam yang comel berwarna oren dan bukan seluar dalam nenek yang besar gedabak serta boleh menutupi perut sekali dan juga masih boleh menjelir lidah pada pemandu teksi yang garang itu tanpa rasa bersalah. Maka dengan faktor-faktor ini, aku simpankan rasa paranoid aku untuk masa akan datang ya.

Ah... aku sebenarnya patut fokuskan kepala pada buku-buku.

Bagaimana dengan hidup?... pfftt... malas nak fikir.

Life is too complicated to entangle.

Saturday, January 17, 2009

I must not quit!

Katil aku bersepah gila. Sampai nak tidur pun badan kena mengerekot. Penuh dengan fail-fail, buku cerita, buku teks, pen, dan juga stuffed toys. Atas lantai pulak bersepah dengan beg-beg kertas yang aku ambil masa Legal Career Fair Sabtu lepas. Malas nak kemassss!!!!

Aku bukanlah reti nak bermadah bersajak... nak pahamkan sajak orang pun terkial-kial (hahak!) tapi sajak kat bawah ni, aku extract dari video YouTube dan pernah aku tuliskan perihalnya dalam entri Inspirational Video pada 15 June 2008. (Barang sesiapa yang nak tengok video itu, sila la klik >>>Sini<<<.)


When things go wrong
as they sometimes will,
When the road your trudging
seems all up hill,
When funds are low
and the debts are high,
And you want to smile
but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit
Rest, if you must...
but don't you quit.

Life is queer with its twists and turns,
And every one of us sometimes learns.
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out,
Don't give up as the pace seems slow,
You may succeed with another blow,
Success is failure turned inside out-
The silver tints of the clouds of doubt,
And you can never tell how close you are,
It may be near when it seems so far:
So stick to the fight when you're hardest hit-
It's when things seem worst that you must not quit.


Aku ulang-main sajak ini punya video sampai tak larat lagi nak tengok. Best sangat la. Sangat-sangatlah membangkitkan semangat. >_< Hehe.

To whom it may concern... I'm sorry. For everything. I can never ever repay your kindness. :)

Seriously, at times, it was freaking hard. Sometimes I feel like giving up. But I know giving up won't solve anything. I am literally scraping things around trying to not give up. Fight, Tirah, Fight!

Thursday, January 15, 2009

You guys adalah yang terbaik. Couldnt ask for more. :)

15 Januari. Aku secara rasminya menjadi 23. Kalau secara tidak rasmi, baru 18 je. (macam tak paham lak perempuan memang in denial dalam bab umur ni.)

Celebration pertama ialah di Zoo negara pada 4 Januari 2009. Agak awal la. Tapi ini surprise dari kawan-kawan sekolah aku. Mulanya, kami plan nak pergi air terjun, tapi dibatalkan atas sebab-sebab yang sukar dielakkan. Maka kami semua bersetuju nak pergi Zoo Negara. FYI, bukan aku sorang je yang celebrate, tapi Sit pun Celebrate jugak... dia punya 18 Januari.


Chocolate Cheese cake.


Birthday girls. (Sit dan aku)

Lagu time ni;
Happy birthday to you,
You were born in the zoo,
Like the monkey, siamang, kuda, etc etc and kangaroooooo,
Happy birthday tou you...
(Huhu. siot je. Kata kawan aku si Sakinah tu, memang sesuai sangat sambut kat zoo. tempat asal kami berdua. cih... lagi-lagi nyanyian diringi sahutan beruk, mawas, harimau dan lain-lain binatang. cih cih.)



Celebration kedua kat kelas pada 15 Januari. Surprise jugak, dari kawan baik aku; Azza, Aimi dan Dona... serta dari Senior Partner aku; Fadh.

Kek free style dari Hasiful. Cheese Cake. Tulisan tu blueberry.

Kek khas dari Aimi. Green Tea Cheese Cake.

Aimi, Azza, aku dan Dona.

Ini firm aku. (patutnya ber-6, tapi Mek Tiey tak ada.) Yang tukang buat surprise tu ialah baju merah.
dan ini video yang direkod oleh Dudiey masa kat kelas~

video

Akhir sekali, celebration ketiga kat rumah... mak aku beli kek yang sedap~ Chocolate Cheese Cake jugak.
Gambar-gambar kat rumah ni aku simpan la yek. Sensored~ >_<
Psst:
1) Semua 4 kek diatas adalah cheese cake!
2) Thank you semua yang sudi menyambut harijadi aku (dan Sit masa kat Zoo)
3) Terharu...
4) Terharu lagi.
5) Aku tak expect la orang buat macam ni.
6) Terharu.
7) Terima kasih yang ingat birthday aku.
8) kepada kawan-kawan sekolah, nanti cuti raya cina aku distribute gambar. Tak sempat nak edit sekarang ni.

Thank you to;
Yang bangun dari tido semata-mata nak wish tepat kul 12 malam.
Yang buat surprise.
Yang buat celebration.
Yang kasi hadiah.
Yang buatkan semua Cheese kek yang sedap sangat.
Yang merekod video dan ambilkan gambar.
Yang kasi email dari e-greetings (ada singa menari-nari).
Yang sanggup redah banjir nak ucap selamat.
Yang kasi MMS cool gila ada lagu birthday.
Yang buat entri blog untuk aku dan kata aku 42.
Yang kata aku 36 tahun, tapi sebenarnya tak.
Yang SMS aku sajak/kata-kata kelakar.
Yang wish aku kul 12 malam.
Yang wish aku di YM, Facebook, SMS dan secara oral.
Yang nyanyi lagu birthday di korridor macam high school musical (bersahut-sahut dari tangga, dan diluar kelas.)
(kalau aku termiss-out, sorry tau. Tapi memang aku include semua orang.)

You know who you are. Thank you. :)

Tuesday, January 13, 2009

Repekan kurang berasas. Sila jangan peduli.

Kalaulah aku dapat jumpa seseorang yang boleh baca setiap patah perkataan di dalam laporan kes setebal 50 muka surat dan ke atas, aku nak tepuk 'syabas' di bahu beliau dan berkata, "Tahniah. Kau adalah seorang yang tabah, cekal dan super dinamik. Silalah tampar muka aku yang malas ini sekarang. Aku rasa terhina."

Pelik betul bila buku cerita yang setebal 400 muka surat boleh dihabiskan dalam masa beberapa hari, tapi kes yang setebal 50 muka surat tu, tak pernah habis dibaca sejak kes itu wujud dalam koleksi peribadi aku. Aku ingat paling jauh pun aku baca muka surat kedua dan ketiga... lepas tu terus skip page terakhir. Dan mukasurat-mukasurat ini semua aku highlight. Ini adalah taktik mengaburi mata pendidik untuk menunjukkan kes ini telah dibaca sebab aku highlight page depan dan belakang sekali (aku rasa ramai yang buat taktik serupa). Hehe.

Paling tertekan, bila kena baca kes tahun 1800-an yang diputuskan di England. Nauzubillah bahasanya, simple sikit je bahasa dari bahasa Shakespeare. Nak baca boleh, tapi darjah kefahaman adalah hampir sifar. Kalaulah dalam dunia ni ilmu boleh diperolehi dengan merebus kes itu dan minum air rebusannya, akulah orang paling rajin merebus dan meminum kes itu. Mungkin menu aku adalah;

Breakfast: Donoghue v Stevenson
Lunch: Government of Malaysia v Lim Kit Siang
Dinner: Salomon v Salomon
Supper: PP v Dato' Mokhtar Hashim

Maafkan repekan yang tidak berasas ini. Ini adalah cara aku menghilangkan stress. Mencari medium lain untuk disalurkan segala kekusutan yang bersarang.

On another note, kepada 'kau yang berkenaan'; aku adalah orang yang kadang-kadang malas nak ambil pusing perangai atau perbuatan orang lain yang kadang-kadang menjengkelkan pada mata aku. Sebab kalau aku amik pusing, aku tak dapat apa-apa faedah. Tapi, diri aku ada had. Pada aku, had 'kau yang berkenaan' sudah mencecah paras bahaya. Aku tak akan lupakan atau maafkan perbuatan 'kau yang berkenaan'. Sekarang, hanya antara 'kau yang berkenaan' dengan Allah.

Aku mungkin ada seribu satu kata cercaan dan carutan yang boleh aku tuliskan. Tapi, bila fikirkan balik, pointless kalau aku tulis pun. Tak dapat apa-apa melainkan... dosa. Isk isk... Aku cuma berharap, kau tau dan sedar perbuatan kau itu adalah didalam kategori dosa-dosa besar.

Tapikan, siapalah aku untuk mengatakan itu semua. Manusia macam kau juga.

Saturday, January 10, 2009

Aman Palestine

10 Januari 2009.
Himpunan Aman Palestine Di Stadium Melawati, Shah Alam.

Aku dan Azza ke sana.

Sejujurnya, aku tidak tahu menahu kewujudan perhimpunan ini (betapa katak-dibawah-tempurungnya aku sehingga tak tengok dah dunia luar... isk isk...) sampai la ketika kami (aku dan Azza) selesai urusan di Shah Alam, kami lalu di sebelah stadium dan ternampak papan tanda 'Aman Palestine". Lalu aku pun membelok stereng, masuk ke perkarangan parking stadium.

Dengan selamba kami datang pada jam hampir pukul 1 petang.
Ketika berjalan ke arah stadium, kami berselisih dengan seorang pakcik lalu dia berkata, "Lambat datang."

Dalam hati aku, "Cis... Lagi baik lambat dari tak datang terus tau..."

Dalam stadium (upacara sudah hampir ke penghujung) masih lagi bersahutan Allahuakbar dan laknat Israel. Ada segelintir orang berjalan memijak kain yang mempunyai lambang bintang zionis yang di bentangkan di hadapan pintu masuk stadium.

First time aku berhimpun sebegini rasa macam 'wooo'... jakun jap. Hehe.

Dan ini gambar-gambar yang sempat aku tangkap. Tak banyak mana pun.

(Salah eja 'Genocide'. Lalalalaaa~)


Soalan yang kerap diajukan kepada aku:
Apa sangat yang boleh kita buat? As in negara malaysia ni... apa sangat Malaysia boleh buat... selain menderma dan memijak bendera Israel serta mengecam Amerika Syarikat? Boikot produk Israel dan Amerika?

Kadang-kadang, benda-benda ini tidak mempunyai impak yang besar terhadap serangan ke atas rakyat Palestine. Kita jerit la sampai habis suara, tetapi Israel masih lagi menyerang.

Aku rasa, memang negara kita tak boleh berbuat apa-apa selain yang dinyatakan di atas. Ketika kita sedang memijak bendera Israel dan melaungkan Laknat Israel, ketika itu saudara Islam kita sedang mencari tempat berlindung dari terkena bedilan peluru Israel. Dan akhirnya, ketika mereka bersabung nyawa dan ada yang sudah menemui ajal (innalillahi wa innalillahi raji'un), kita masih lagi melaungkan perkataan-perkataan itu (sambil mengunyah nugget yang di jual diluar stadium).

Memang aku sendiri dapat rasakan, there's nothing much we can do except memanjatkan doa, memberi bantuan kewangan atau perubatan dan mengecam pihak-pihak tertentu.

It's not much, but at least there's something... kan?

Wednesday, January 07, 2009

Youth '09

Baru-baru ini aku dapat email dari Youth '09. Dia cakap dalam email tu, aku pernah blog pasal Youth '08. (Aku rasa tu auto-generated email. Cih... nak bodek aku lah tu.) Anyway, Klik >>>sini<<< untuk rujukan.

Tahun ini, Youth '09 akan diadakan di PWTC dari 9 hingga 11 January 2009 (jumaat sampai ahad) dari jam 10.30 am - 9.30 pm dan kemasukan adalah percuma.

Kalau korang klik banner di bawah ini dan sign up sebagai orang yang bakal hadir pada Youth '09 nanti, korang akan dapat satu pass. Print pass itu dan tunjuk je kat orang yang jaga kat pintu depan Youth '09 tu. Maka dengan itu, korang dapat mengelakkan diri dari kena beratur panjang dan akan dapat satu goodie bag percuma. Heh, aku tau korang suka benda free kan... jangan bohong la. Bukan itu saja, setiap manusia yang ke-1000 pergi ke Youth '09 nanti, akan dapat sejibik jam G-Shock berharga RM400. Kalau dapat, korang jual balik kat kedai... lepas tu korang lenjan la duit tu sampai lebam. lalalaa~



Aku dah Sign up dan ini contoh pass aku.

5921366


Apa kejadahnya Youth '09 ni? Sejenis kuih lapis ke? Seorang lelaki kacak? Bukan. Bukan. Youth '09 ni satu event yang diadakan untuk belia-belia di berada di seluruh Malaysia. Kalau bukan belia sekalipun, tapi mahu join sama, belasah je... bukan dia nak marah pun.

Aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah;
1) Battle of the Bands.
2) Workshops; Photography, Belly dancing, Pole dancing dan lain-lain.
3) Basketball Challenge, Futsal dan lain-lain.

Ada juga booth yang disediakan untuk Indie Fashion Labels, Designer Foods dan banyak lagi. Oh ya, kalau korang tak tahu nak pergi ke PWTC tu macam mana, check-out website ni: >>Getting There<<

Kalau nak cerita kat sini, lenguh tangan aku nak menaip. Banyak tu... takkan aku nak kopi-pes dari website plak. Kang aku dicap plagiarized kerja orang.

Sehingga ini sahaja coretan aku. Datanglah ye beramai-ramai. Aku kemungkinan akan datang. :D

Thursday, January 01, 2009

Baik-baik ye semua.

Selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah. Untuk semester kali ini, jadual lebih mencabar (tak best sebenarnya) dari semester lepas. Aku ada kelas dari pagi sampai malam 4 kali seminggu; Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat. Kalau semester lepas, dua kali sahaja aku ada kelas sampai malam. Ahhh... bencinyaaa~~ Tapi, tak apa. Ini adalah semester paling akhir (insyaAllah) untuk course aku. Dan kali ini, haruslah berusaha lebih gigih!

Semalam masa dalam kelas, ada budak-budak junior (sekarang dah dewasa jadi nak panggil mereka 'budak-budak'.) datang melawat kelas.

Kata tour guide budak-budak itu, "Inilah kelas LLB Honors. Dan ini kakak-kakak senior kamu semua. Mereka ni super senior."

Bila dengar kata-kata ini, dalam hati aku berasa bangga semenggah sebab dah super senior la katakan, tapi dalam dalam dalam dan lebih di dalam hati ini terasa begitu tua. Budak-budak ini kebanyakkannya baru berumur 19 dan 20 tahun. Walaubagaimanapun, aku mengharapkan budak-budak ini rajin-rajin belajar dan semoga berjaya kelak. :)

Kemungkinan aku tidak akan rajin menghadap blog ini dan blog rakan-rakan dalam tempoh 5 bulan akan datang. Dan jika aku tidak rajin mengomen blog kawan-kawan aku juga, haraplah faham. Permulaan 2009 aku tidaklah begitu baik dan aku harap keadaan akan menjadi lebih baik. Dan akhir sekali aku juga ingin mendoakan rakan-rakan dan famili semua baik-baik sahaja. Amin.