Bila dah tua nanti, ada banyak perkara yang antara sedar dan tak sedar akan berlaku pada kita. Kita mudah terlupa, anggaran jarak kurang baik, mata kurang terang, badan senang sakit dan lain-lain.
Hakikatnya, nanti bila kita dah tua, kita tak akan perasan perubahan ini. Kita tegas mengatakan bahawa kita masih sama seperti dulu... masih cergas seperti dulu. Tapi kita tak sedar, anak kita yang dahulunya takut nak order roti canai kat kedai mamak, kini sudah pandai mengayat anak dara orang. Kita tak sedar yang anak kita dahulu selalu panggil kita naik tidur sama sebab dia takut nak tidur dalam gelap, tapi anak kita kini dah pandai balik rumah jauh malam... kadang-kadang bila matahari terbit, baru balik rumah.
Satu hari bila kita bangun dari tidur dan kita lihat anak-anak kita semua dah tinggi dan besar-besar belaka... kita jadi tak percaya sebab dulu kita ingat lagi kita dukung anak kita bila anak kita penat round satu zoo negara. Dulu kita ingat anak kita punya kasut sebesar tapak tangan kita, tapi kita tak sedar sekarang anak kita punya kasut dua kali ganda lagi besar dari kaki kita.
Kadang-kadang sebagai anak, kita marah sebab mak dan ayah kita tak secergas seperti dahulu. Mudah lupa macam-macam benda. Lupa kita ada training rumah merah, lupa kita kena pergi midvalley nak tengok wayang, lupa nak belikan pensil box sebab pensil box kita dah terkoyak... lupa umur kita berapa. Kadang-kadang kita marah sebab mak ayah kita treat kita macam budak-budak umur 12 tahun... padahal kita dah beberapa kali kita kata kita ni dah umur 23 tahun.
Dan sebagai anak, kita haruslah memaafkan mereka di atas perlakuan mak ayah kita. Hakikatnya, kita membesar terlalu cepat dan mereka tercungap-cungap nak mengikut peredaran tumbesaran kita. Dalam kotak memori mereka, masih jelas ingatan di hari kamu dilahirkan.
Kadang-kadang, bila rasa nak marah, lihatlah dari perspektif pandangan mereka. Cuba renung anak mata mereka apabila mereka sedang duduk bersahaja. Tengok anak mata mereka yang keletihan dan kelopak mata mereka yang berkedut dimamah usia. Sedarlah bahawa mata ini pernah bersekengkang demi kamu ketika kamu sakit dan ketika kamu menangis diwaktu malam kerana kelaparan susu. Tengoklah urat-urat di lengan dan di tangan mereka yang selama ini pernah menjaga kamu, mengubati kamu ketika kamu terluka, mendukung kamu walaupun kamu amatlah berat dan menyediakan makanan serta minuman supaya kamu tidak kelaparan.
Kamu mungkin punyai seribu kawan dan ramai kekasih... tetapi kamu hanya mempunyai sepasang ibu dan ayah. Mereka juga manusia. Jangan nanti bila mereka dah tiada, baru nak menyesal.
Jadi, bila kali terakhir kamu pernah membelakangi mak dan ayah kamu?
Bila kali terakhir kamu meminta maaf dari mak dan ayah kamu?
Sebelum itu, fikirlah jika kamu bangun pada suatu hari nanti, kamu mendapat berita bahawa mak atau ayah kamu dah tiada...
Aku hanya ingin meluahkan suatu kesempatan... yang aku tidak akan dapat mengalaminya lagi. Bagi masih yang sempat, renung-renungkanlah... could you ever love someone as much as your parents love you?