Thursday, April 30, 2009

Mencik ah!

Ok sekarang aku rasa nak menjerit campur gelak.

Jiran aku kat belakang rumah aku ni, sejak David Archuleta datang ke Malaysia, setiap hari asyik pasang lagu, "Can't let the music stop... until I touch your hand... cause if I do it... lalalalaaa....."

Dah la setiap hari... setiap kali abis main lagu, dia gi repeat pulak. Repeat, repeat, repeat ,repeat sampai 40 kali repeat. Adui.

Hey, APEK (ya beliau seorang lelaki)... gua talak kisah la lu nak pasang itu lagu Archie yang gua pun suka layan... manyak sedap itu Archie... Tapi lu bikin spoil la sebab lu ikut nyanyi sama... lu punya suara maaaaaaannnyakkkkkkkk sumbang sampai itu lu punya hanjeng pun sudah lari menyorok dalam lumah lu. aiyaaaa... lu punya suara lagi kuat wooo, sampai wa talak dengar itu Archie nyanyi... haiyaa... lagi wa mau peliksa... lu kasi kasihan la wei.

Uwaaaaaaa... seksa! Mencik ah!

Dah la nyanyi ada slanga Apek... kelakar giler... "Ken let denunu stop... until ai tash yul hen... cos if ai lu it agaiinnn..."

Rasa nak tampar, TAHU TAK????
Eiiii... hari-hari lagu Touch My Hand... meh sini aku nak Touch MY Hand to your face.
Mencik!

Tuesday, April 28, 2009

Gulp!

Aku lupa nak cerita satu benda. Sebenarnya dalam diam aku agak gugup bila bertembung dengan seorang pensyarah yang bertauliah ini. Apabila memikirkan pensyarah ini sebaya dengan Tok'ki aku di kampung, aku macam tak percaya. Yelah, Tok'ki aku ni kurang nampak penglihatannya dan kadang-kala tak ingat dia berada pada abad ke-21. Tok'ki aku selalu ingat dia masih berada zaman Jepun dimana beras dan gandum dicatu dan selalu mengingatkan Tok aku bahawa ada polis berseluar pendek kaler coklat datang check rumah.

Aisey, dah tersasar pulak cerita Tok'ki. Berbalik kepada Pensyarah tersebut, setiap kali aku terserempak dengan dia, mesti aku ucapkan, "MORNING SIR!" ataupun "AFTERNOON SIR!" dengan penuh semangat dan lantas melontarkan senyuman yang paling sweet (paksa-takut-rela sebenarnya). Hekhek. Bukan aku nak membodek dia ke apa... cuma dah jadi rutin bila aku terserempak dengan lecturer, kena greet dan senyum. Lebih-lebih lagi dengan Pensyarah ni sebab aku segan dengan beliau.

Maka pada suatu hari sewaktu aku tengah menggelabah nak naik ke kelas aku... terserempak la dengan pensyarah ni. Dah la aku tengah tercungap-cungap naik tangga, Pensyarah tu pulak nak turun tangga. Nasib baik aku tak langgar perut dia yang... er... er... comel itu. Dengan pantas dan nafas tercungap-cungap, aku greet dia;
"AFTERNOON SIR!!" *nafas cungap-cungap macam nak beranak* dan senyum. *ngee...*

Dia sengih sikit dan cakap, "MORNING..."

Huh?? Morning? Aku terkujat dan tengok jam. Ahh... shooot! *tampar pipi sendiri*

Baru pukul 9.10 pagi.

Sejak dari hari itu, aku berdoa setiap hari agar dia tak mark aku dalam kelas dia sebagai "The rotten dumb girl that mistakenly greet me with 'Afternoon' when it's not even noon yet... simple greetings yet don't know how to greet... and in months time, you expect yourself to be a lawyer?"

*GULP!*

Last-last dia lupa pasal aku.

Friday, April 24, 2009

eventhough you are not a rocket scientist to be able to figure that out, still it's a disease (of the mind) that can't be cure.

Adakah sebab kita terlalu biasa bila dah tau ada orang akan buat sesuatu untuk kita dan sebab tu kita ignore benda itu dan asyik selalu mengharapkan orang itu akan buat untuk kita untuk masa hadapan?

What if kalau selama ni orang tu buatkan something untuk kita, tapi rupa-rupanya dia tak pernah ikhlas dan dia tak pernah menghalalkan apa yang dia buat untuk kita tetapi dia buat semuanya sebab terpaksa?

What if setiap kali dia buat sesuatu untuk kita, dia asyik merasa kesusahan dan dia selalu rasa teranaiya sebab perbuatan kita yang ignorant terhadap dia?

Adakah dengan memujuknya dengan makanan dan kata-kata yang manis membolehkan dia ikhlaskan hati dia untuk buat kerja untuk kita?

What if dia pendam je semua benda dan selama ini dia telah berdoa semoga suatu hari nanti Allah akan membalas apa yang kita buat pada dia selama ni?

Satu benda bahawa people will go through EVERYTHING and ANYTHING hanya untuk kebaikkan diri dia dan dia tak akan buat benda sama terhadap orang lain. Tiba-tiba semua akan jadi boleh bila untuk diri dia tetapi semua alasan akan timbul bila untuk orang lain.

Fikir-fikirkanlah...

Selama ini kita terbiasa mak kita buatkan semua untuk kita... tapi kita duk senang lenang tengok drama kat TV2.

Selama ini kita terbiasa ayah kita selalu hulurkan duit... tapi kita duduk habiskan duit dengan senang hati tapi kita tak tahu macam mana susahnya ayah kita nak dapatkan duit tu.

Selama ini kita terbiasa dengan kawan kita selalu back-up kita bila kita kesusahan... tapi kita ignore dia bila dia call kita berulang kali.

Selama ini kita terbiasa dengan ketua kita yang selalu checkkan kerja kita... tapi waktu dia tengah bertungkus lumus, kita keluar dengan member tengok wayang.

Selama ini kita terbiasa dengan rakan dalam kumpulan kita untuk teruskan kerja kumpulan kita... tapi dalam waktu kita mengharapkan rakan kumpulan kita untuk siapkan kerja tanpa banyak kesilapan, kita kat rumah tengah duduk ngantuk-ngantuk depan TV.


Seperti kata Puan Hajran... 'it's not a rocket science to figure that out...'

Dan seperti tercatitnya nota Hasiful (yang berkait dengan Chic-o-bun) kat dinding level 7...
'I guess there's no cure for the disease of the mind.'


Bila kita buat something... fikirlah what if kita dalam situasi dia... sakit tak hati dengan perbuatan kita.

Saturday, April 18, 2009

get up, smile and move on.

"Anis nak jadi Fashion Designer!"

"Alia nak jadi Hafizah dan scientist!"

Anis is 10 years old and Alia is 7 years old. When I was around that age, I told to people countless times that I want to be a doctor. But look where I am right now... nowhere holding a scalpel or learning how to conduct a bypass surgery. Over the years, I've changed. A lot.

Throughout the years, I'm becoming more realistic in deciding what I want to be in the future. I've looked upon the balance between the pros and cons of what it takes to be a doctor. I measured my capability and ability and I have to admit that being a doctor is somehow beyond my reach.

When both Alia and Anis enthusiastically told me what they want to be in the future, I look upon their faces and I can see sincerity flashing through their eyes. I was thinking, "how innocent and sincere can you get? Both of you are still a piece of clean white cloth, ready to be painted."

Sorry Anis, I didn't have the means to tell you,
"Anis... jadi fashion designer tu teruk... orang sekarang demand nak pakai seksi-seksi... dan awak kena design seksi-seksi... Anis tau kan apa jadi kalau perempuan pakai seksi-seksi... dari segi agama dan budaya dan macam-macam lagi. Lagipun, fashion designer ni agak susah nak cari makan kecuali Anis betul-betul berusaha dalam industri ni."

Instead, I told her that;
"Anis boleh jadi Fashion Designer. Anis buat la baju untuk Muslimah wear. Then you'll be first ever person to design Muslimah wear in Malaysia... and the world too and I'll be the first to come to your boutique!"

Ye... saya tau ade sedikit exaggerate pembakar semangat disitu. After she heard me telling that, her eyes gleamed with excitement. I can't just simply crushed a kid's dream to be something that she wants. Fikir positive je la dan hoping that in the future she'll discover that what I've told her tu semua adalah gula-gula membodek semangat je.

Speaking of that, my sister went to the UiTM expo at Stadium Melawati Shah Alam last month and we went to the Architecture booth. Punya lah kerek lecturer tu... My sister asked the lecturer what are the requirements to apply for architecture in UiTM. That lecturer then asked what is my sister's SPM results. She told her that she got 4As and the other subjects are all Bs.

And dengan kereknya beliau berkata;
"Oh, fakulti kami hanya ambil student yang straight As je. Kalau you nak apply, awal-awal lagi kami reject. I tak encourage you untuk apply. Nanti bila time pemilihan nak datang interview architecture, I yang pilih. So I memang tak ambil yang tak dapat straight As."

My mother was there and she said;
"eh... orang dapat straight As tak apply architect la... orang mestila nak apply engineering atau medic ke... lagipun yang dapat straight As ni tak apply kat UiTM... mesti nak UM or UTM or Lim Kok Wing ke. you ni lecturer ape yang downgrade anak orang."

Actually, the mininum requirement to enter that course is at least 5 credits in SPM. FYI, lecturer kerek... dulu aku dapat je interview dari fakulti kau... SPM aku 4A jugak... tapi aku reject. Bluekkk!!!

Sorry to say la... ni orang melayu yang tak nak tolong anak melayu sendiri. Tapi boleh berlagak dengan orang yang berkobar-kobar nak masuk course tu. Dapat semua As pun tak gerenti yang budak tu boleh jadi best student atau boleh menaikkan nama fakulti tu. Seperti kata-kata hikmah budak-budak Fakulti law, "eleh... Karpal Singh pun fail jugak dulu."

So sometimes in life, you'll be discouraged by these kind of people; who tried to downgrade you... but fret not. It's not the end of the world... get up, smile and move on. You'll be wasting a lot of time thinking of what others might say about you... when you know deep in your heart, you are way better than what all those people said to you!

of pets...

Eventhough I am scared (terrified sometimes) of animals (the furry ones), but that doesn't stop me from snapping their pictures. It's quite hard because they kept running away or either play with the lens. In the course of snapping these pictures, I had a few 'jerit-jerit' moment because they were always jumping up and down trying to catch the benang that was tangling on my seluar! arghhh~~

So these are the pictures... I had a few shots and these are the best I think. Hehe.


This is Rufus. My eldest brother's pet rabbit.

and this is Comot... my eldest brother's kitten.

Actually we have four cats running around the house but I can't snap their pictures because they kept hiding under the car or either running here and there.

Saturday, April 11, 2009

The last day when I punched my card...

Setahun yang lalu, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke LL.B Hons di UiTM.

Jangkamasa setahun yang mempunyai seribu satu pengalaman, cerita, kenangan dan juga sebuah ikatan persahabatan yang tidak ternilai terjalin di antara satu sama lain. Pelbagai ilmu aku peroleh dan pelbagai ragam manusia aku tempuhi. Semuanya terlalu berharga dan aku rasa terlalu singkat untuk aku merasainya.

Setahun...

I am lost for words... enjoy the pictures...


Sebahagian student Group A pada hari terakhir LL.B Hons.


I'll miss you, my dear faculty!!!


And you too, Mr Misai lebat, the Ayahanda of UiTM~...


My most dearest, coolest and bestest buddies (Super Azza and Wonder-Lady Dona)... mereka berdua ni la yang aku selalu bersama sejak masuk Degree kat UiTM ni, sampai la masing-masing berjaya masuk LL.B Hons. dan juga insyaAllah, akan grad bersama sebagai pelajar LL.B Hons.


Dan tidak dilupai juga, Aimi! Ni gambar time kenduri Adik dan kakak Antu. You're are the coolest, greatest and most supportive buddy ever. Sekarang ni bila ingat balik time part 5 yang kita struggle macam nak mati kat rumah you tu, rasa nak gelak guling-guling plak. Main mercun waktu pagi-pagi lepas tension buat projek paper dan assignment... How can I forget that! Rindu la nanti!! :'(

Oh ya... I have the coolest picture of me with Nek ma! Haha... Rasa macam kurang ajar plak sebab amik gambar candid masa Nek ma tengah tak bersedia... aku pulak tengah buat peace kat belakang dia... haha... tapi Nek Ma ialah lecturer yang sangatlah teramatlah comel. Saya akan merindui beliau dan juga segala ayat majmuk pancangan relatif beliau. (Dia ajar BM)


Ini Imi dan juga Mek Tiey... kami membuat tanda 'semangat firm'!...



Abang Long dalam group A LL.B Hons... Aku ingat hari pertama dia mundar mandir kat luar kelas... pastu macam blur-blur. Haha. Lepas tu aku tanya dia dah salin jadual ke belum. Dia nampak blur gila... lepas tu dia pinjam jadual aku dan salin.
Oh, ya... camane moves untuk lagu ni, Daz? "hey, hey... we are 2A!, hey, hey..." Hahaha... Daz memang kelakar gila dalam video!


Inilah Group 2A, yang merangkumi Fadhli & Partners, Izhanudin & Partners, Syahrul Faizi & Partners dan juga Hasiful & Partners. AKU AKAN MERINDUI KAMU SEMUA DENGAN BANYAK-BANYAK!!!


Gambar free style...


Dan, inilah firmmates saya, iaitu dari Fadhli & Partners. Sistem pembelajaran LL.B Hons ni diagihkan mengikut firm semasa mendaftar. Kiranya, kumpulan masing-masing dah ditetapkan ketika hari pertama mendaftar masuk dan kalau ada kerja-kerja atau assignment berkumpulan, kumpulan inilah yang aku kena buat kerja tersebut bersama.


dan akhir sekali... pada hari Jumaat, 10 April 2009, jam menunjukkan pukul 16.20. Lalu aku mengetip (punched) kad aku untuk kali terakhir... sob sob...

Good bye all...

Friday, April 03, 2009

I forgot.

Some says the darkest day is coming.
Some says it's the new dawn.

For whatever reasons, human can't be satisfied either for the things that they have and for the things that they don't have. They keep on questioning things and keep on saying that things should have gone the other way, not the other way that it is happening currently. It's a never ending battle of trying to fulfill expectations that will go on and on and on.

For me, I can't give a precise answer to the question of why can't people just stop complaining and start to appreciate things? I think it's because it's what we are. We question things because we have brains. We have lust to fulfill.

as simple as that.

sometimes I think that I forget to ask myself... what have I done so far that gave me the right to question things? hurm...