Sunday, May 24, 2009

hah... cari la... cariii...

Nak analisis kegiatan orang berinternet. Gambar dibawah aku amik dari Statcounter.com. Gambar menunjukkan apa orang search kat internet yang akhirnya landed kat blog aku.




Aku selalu dapat pencarian pasal punggung... selalunya membesarkan punggung. Dari dulu lagi asyik punggung je... obses betul orang Malaysia nak besarkan punggung. Padahal aku beriya nak kecikkan punggung.

Selain tu pasal pipi... kecikkan pipi? Aku pun mencari jugak wei, camane nak kecikkan pipi. Aku rasa baik cuba produk yang kat pasaran tu... yang krim ape kejadah tu boleh kecikkan pipi. Tapi side effects dia aku tak tau la.. kot kot tiba pipi jadi berjeragat ke, berlubang cam alien ke... huish.. tak mau.

Kali ini 3 nama kawan-kawan aku naik kat blog ni... Airol, Aznyda dan Hasiful. Hartini tu nama lecturer aku tapi dia bukan Hartini Harun seperti yang dikatakan... tetapi adalah Hartini Saripan. So salah orang la tu. Aku memang selalu dapat nama Aznyda... huhu... dari dulu lagi. Nyda, peminat awak ramai!! hehe..

Lepas tu pasal jiran seksi... aku terus terbayang Mrs. Ong yang kerap berkemban di kawasan kejiranan terutama ketika dia bercucuk tanam. Haha. memang seksi habis... mulan jameela versi nenek.

Yang lain tu macam biasa la... mesti search pasal benda lucah. Haih... bosan la wei.. dunia ini terlalu indah untuk benda-benda lucah. Honestly la... baik kau mendaki gunung ke... lagi baik dari tengok video lucah yang sah sah bila kau dah kawin nanti... er... kau pandai pandai la yekk... Apsal? nak ilmu kelucahan ke? tak payah la wei... orang mesolitik atau neolitik tu tak ada video atau material lucah pun... boleh je buat anak. Tengok kucing tu... setahun empat kali boleh beranak... takde pun dia layan porn.

erm... tu je la aku nak kongsi. :)

Friday, May 22, 2009

Hana Yori Dango, Meteor Garden, Boys Over Flowers

Dulu tahun 2001, aku suka tengok cerita Meteor Garden.

Cerita ini cerita bersiri dari Taiwan berkisar tentang seorang perempuan yang cekal hati (miskin juga) kena buli kat Kolej oleh satu geng anak-anak orang kaya (geng ni ada 4 orang) yang menggelarkan diri mereka F4. Perempuan tu kena buli sebab dia naik suara/memberontak kat F4 ni... F4 ni pulak selalu pilih target budak lemah dan tampal kertas warning yang mereka akan dibuli.

Akhir cerita, ketua F4 ni jatuh cinta kat perempuan ni sebab perempuan ni je yang tak takut kat dia... kira perempuan ni berjaya mengharungi time-time dia kena buli kat kolej.

Memang best giler la cerita ini. Lain dari yang lain. Oh, cerita ini di adaptasi dari sebuah komik Manga dari Jepun iaitu Hana Yori Dango.

Selain Meteor Garden dari Taiwan, cerita ini ada versi dari Jepun yang bertajuk Hana Yori Dango (2005) (sama nama dengan komik Manga tu) dan paling latest versi dari Korea yang bertajuk Boys Over Flowers (2008/2009)

Personally, aku suka versi dari Taiwan dan Korea. Jepun kureng sikit sebab hero dia tak hensem dan jalan cerita dia kureng ummpphh. Taiwan sebab jalan cerita/plot dia agak cepat berlaku dan tak meleret-leret. Korea sebab hero dia hot nak mampus, lagu dia best best belaka dan jalan cerita diolah lagi menarik dari versi yang lain.


Meteor Garden - versi Taiwan


Hana Yori Dango - versi Jepun


Boys Over Flowers - Versi Korea


Dan tengok la video ini bawah ini. Versi Korea. Hero dia yang rambut Hitam gulung-gulung/kerinting tu. Freaking-ishly HOT.
Tengok time dia rescue heroin dengan mendukung heroin tu.
Heh, aku nak diet la wei kalau nak rasa dukung macam tu. cair cair cair.





Dan sebelum... mana lagi hot antara ketiga-tiga hero ni?


1. Jerry Yan - Meteor Garden (taiwan)



2. Matsumoto Jun - Hana Yori Dango (Jepun)



3. Lee Min Ho - Boys Over Flowers (Korea)

Take care my dear fighters.

Hari Rabu lepas aku ke Fakulti. Ambil barang-barang aku kat kelas. Lepas tu aku pergi Library untuk pulangkan buku-buku yang aku pinjam dan lepas tu bayar denda 4 hengget 20 sen tunai sebab lewat pulangkan buku.


Ni white board untuk firm Fadhli & Partners, iaitu nama firm aku 'bekerja' sepanjang tempoh menjalani kursus LL.B (hons) ni... hehe... white board ini diberi sewa oleh Haiza... salah seorang firmmates aku.


Photo-photo itu adalah hasil jasa baik Mek Tiey... salah seorang firmmates jugak.


Mek Tiey juga adalah merangkap ceti bagi Fadhli & Partners... bila sebut pasal duit, aku pekakkan telinga dan sorok bawah meja. Haha. Tapi bila aku mintak gaji seringgit dia pulak wat bodoh. Cis.


Photo-Photo ini jugak dari Mek Tiey punya camera. Oh ya, Photo sebelah kiri yang ada muka aku tak semenggah dan juga besar tu, aku amik ek. Halalkan eh? mekasih.


Ini keadaan meja masa hari-hari terakhir LL.B (Hons.) Meja aku yang ada botol Nestle BLISS Yogurt Drink tu. Kebanyakkan meja dah kosong sebab semua dah kemas buku-buku atas meja. Yang tinggal hanyalah sampah, contohnya macam botol-botol air kosong tuh. Huhu.

Speaking of botol kosong... tengok kedua-dua Ekshibit dibawah ini.

Ekshibit 1: Lihat dalam separa bulatan merah.

Ekshibit 2: Masih dalam bulatan merah yang sama... tapi angle ini lain dari Ekshibit 1.

Hah! Itu botol kosong hasil penternakan Senior Partner kami, iaitu Fad! Haha. Dengan botol-botol kosong ni, dah boleh bukak dua alley untuk main boling ni.

*Larikkkkkk....


Dan ini, secara rasminya, Fadhli & Partners dibubarkan setelah tempoh berkhidmat tamat.


Dan di kesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari tangan memohon maaf (cam hari raya plaks) andai kata aku ni kurang menyenangkan sepanjang tempoh aku 'bekerja' di dalam Fadhli & Partners. Dan aku juga ingin memohon maaf jika aku ada termengata atau termengumpat (yelah... masa tengah marah dan tak boleh kawal emosi ke...) sesiapa sahaja dan jika ada sesiapa yang terasa dengan tindakan aku atau kata-kata aku, aku mintak maaf. Aku bukanlah manusia sempurna. Aku tau aku banyak buat salah.

Dan sesungguhnya, aku merasa amat bangga berada di dalam Fadhli & Partners.

Untuk rakan-rakan di dalam firm yang telah bersama-sama mengharungi setahun yang perit, seksa, gembira, duka, kesedihan, seronok dan lain-lain ketika di dalam course LL.B (Hons) ni, aku akan merindui kamu semua.

Baik-baik bila dah kerja nanti. Jangan lupakan kawan-kawan dalam LLB 2A. Jangan menyombong bila dah jadi Majistret atau corporate lawyer ke, Tuan DPP ke... AG ke. Nanti Tuhan marah. Hehe.

Take care. :)

Sebab aku tutup...

Aku ingat nak tukar layout blog baru, sebab dah bosan dengan layout ni.
Tapi aku malas.
Jadi aku biarkan jela dengan layout ni.

Tu sebabnya aku tutup blog ni beberapa hari.

Sekarang dah buka.

Tapi aku rasa semak la dengan layout blog ni sebab sidebar terlalu panjang.

Tengoklah kalau kalau aku rajin pada masa akan datang... aku tukar la.

Saturday, May 16, 2009

Try to wear my shoes for a while.

Orang asyik tanya,
"Apsal nak diet sangat?"
"Penting sangat ke rupa tu sampai nak diet?"
"Nak kurus macam mana lagi? Dah ok dah."

I stood on my firm ground yang aku nak juga diet. Maybe orang lain tak nampak atau tak tahu sebab mengapa aku nak diet jugak. Aku tak salahkan mereka sebab tanya benda-benda macam tu. Yelah, badan aku bukan badan dorang pun.

Aku cuba fikir-fikir sebab munasabab yang sebenar mengapa aku asyik nak diet. Takkan sebab malu badan besar je... walaupun itu adalah mungkin itu salah satu sebabnya. Aku akui salah satu sebabnya ialah aku takut. I am scared stiff yang suatu hari akibat tak jaga badan, maybe aku akan kena penyakit dan aku takut one day bila aku masuk tidur, aku tak akan bangun keesokkan paginya. Maybe nampak macam ridiculous/bangang sebab macam tak masuk akal. Tapi aku ada family history berkait dengan penyakit hereditory ni macam sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain.

Ayah aku meninggal sebab sakit jantung. Pakcik aku juga ada penyakit jantung dan tahun lepas baru selesai membuat bypass surgery dan dia tak gemuk pun. Ada seorang pakcik aku meninggal sebab kanser. Pakcik-pakcik aku yang lain, nenek, moyang, dan juga atuk-atuk aku kebanyakkannya ada penyakit darah tinggi. Dan kebanyakkannya bukanlah gemuk macam obese tu... kecuali nenek aku seorang yang badan besar sikit. Maybe orang kata, "alah... penyakit orang tua."

Memang dulu-dulu pun aku anggap macam tu... penyakit orang tua je. Tapi apa yang mengejutkan aku sewaktu aku berumur 17 tahun, aku kena pergi buat medical check-up untuk ke Khidmat Negara. Bila doktor tu check blood pressure aku, dia tanya aku;

"Awak ada darah tinggi ke?"
Aku cakap, "Tak ada."

Pastu dia buat muka... dia pump sekali lagi. Dia cakap,

"Awak ada darah tinggi ni... tengok pressure darah awak... ni tinggi ni. Pernah check kat doktor lain?"

Aku cakap tak. As a result, doktor tak lepaskan aku untuk medical check-up tu. Bukan setakat tu, dia cakap air kencing aku kotor. Dia suruh datang lagi 2 minggu sebab kesihatan aku tak membenarkan aku untuk menjalani Khidmat Negara. Waktu tu tak silap aku, berat aku 71 kg... Lepas dua minggu aku datang, dia cakap dia benarkan, tetapi suruh berhati-hati. Doktor pesan suruh aku selalu minum air kosong dan jangan makan benda berlemak/manis sangat.

Bayangkan... aku baru 17 tahun beb.

Tapi sebagai budak berumur 17 tahun, aku malas nak amik port benda-benda macam ni. Sebab aku rasa aku masih muda. Semua benda tu boleh overcome dengan usia aku yang muda dan antibodi yang tinggi. Tapi bila berat aku dah cecah 76-77, aku makin perasan banyak benda, macam kaki aku kerap kejang dan kerap sakit sebab tak boleh support badan. Aku asyik pening bila makan benda bergoreng dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi seperti Ayam Goreng, Pizza, French Fries, Nugget dan lain-lain.

Dan dulu sewaktu aku berumur 10 tahun, gigi aku chipped off macam tu je. Bukan aku langgar dinding pun. Sakitnya tak boleh nk cerita. Doktor gigi tu cakap gigi aku terlalu rapuh sebab aku consume too much sugary food macam sweets and chocolates. Dia tak boleh nak buat apa. Sekarang ini, gigi yang chipped off dulu tu macam nak jadi buruk dah sebab ada kesan hitam. Kadang-kadang aku rasa ngilu. Ini pun aku rasa penyakit keturunan sebab mak aku, abang aku, dan adik aku semua gigi berlubang dan bertampal... nenek aku tak tahu la pulak sebab sekarang dia pakai gigi palsu. hehe.

Dan bila ayah aku meninggal sebab sakit jantung, aku tau aku kena berhati-hati... because I was once overweight, ada high blood pressure dan sakit jantung ini penyakit keturunan.

So is it wrong kalau aku nak jadi health conscious?
Is it not justifiable enough bahawa memang aku harus diet?

Sunday, May 10, 2009

Hoyeah, exam dah habis!

Hari itu akibat terlalu kepam dalam bilik sebab aku meng-quarantine-kan diri kerana exam (bukan sebab selsema babi) aku telah bersetuju nak ikut mak aku ke Mydin! Yeahhh! Warga marhaen macam aku mana mampu nak bershopping di Gardens hatta MidValley sekalipun. Yelah, barang dapur mana boleh shopping sana, kena pergi Mydin jugak. Mydin, Mydin, Mydin, jugaakkk!!! *hentak hentak kaki*

Sampai di Mydin aku berebut parking dengan Mamat Myvi kaler silver yang aku tak catat no Plate... kalau tak memang aku dah pamer kat sini. Punyalah rude gila... aku dah berhenti depan sikit kat tepi nak tunggu tuan punya kereta tu pungah barang masuk bonet. Aku kasi la signal sebab nak masuk. Tiba-tiba Myvi tu datang dari belakang dan tunggu. Lepas tu aku rebut la nak masuk... aku gostan punya gostan, Myvi tu maju kedepan... pastu boleh pulak hon aku. Dahla tak kasi signal. Hanjeng! Geram gila aku.

Pastu ape lagi... aku marah sangat, aku langgar kereta dia kuat-kuat macam cerita Fast and Furious 4 tu, lalu memecut meninggalkan tempat kejadian dengan kelajuan sebanyak 180km/hour dan buat drift berulang-ulang kali dalam Mydin. Semua bangla dan warga vietnam tengok dan kagum dengan kehebatan memandu aku dan bila aku turun, semua nak sign dan bergambar dengan aku. Macam filem star Sivaji the Boss wa cakap lu.

Sebenarnya, aku tipu je. hehe. Bila dia hon sebab aku gostan kebelakang, aku bengang dan terus pecut blah dari situ sebab orang BERTAMADUN macam aku ni malas nak rebut dengan orang Myvi yang KURANG BERTAMADUN dan OTAK CETEK SEPERTI AIR LONGKANG MYDIN tu. Pigi daahh...

Selepas aku mendapat parking (bapak beratus parking lain kosong nak rebut dengan aku jugak bongek!) dan melangkah la aku ke dalam Mydin. Dalam Mydin beli la barang dapur sikit, barang mandi sikit, tudung ada visor/macam paruh burung tu sehelai dan lain-lain.

Sewaktu aku naik escalator dan sampai kat tingkat atas, terkujat aku tengok seorang wanita muda trang tang tang pakai baju t-shirt besar je. Takde seluar tau tak. isk isk isk. Murah sungguh rezeki abang-abang bangla yang sibuk duk mengetag harga barang kat tepi wanita tu. Hekhekhek. Sebenarnya aku rasa dia pakai seluar... tapi dia pakai seluar anak dia yang baru belajar merangkak tu. Punyala pakai saiz triple XS sampai aku ingatkan dia terlupa nak sarung seluar.

Maka, setelah mak aku membayar barang-barang shopping, kami pun pulang. Dan aku pun kembali meng-quarantine-kan diri aku dengan buku-buku yang bersepah dalam bilik aku. Sesungguhnya, pengalaman di Mydin amat menakjubkan.

Ingin alaminya? Kunjungilah ke gedung Mydin yang berhampiran dengan anda.

Thursday, May 07, 2009

Kena rasuk kot.

Sejak kebelakangan ni, cuaca panas sangat-sangat. Berpeluh-peluh dalam bilik walaupun kipas tengah pasang. Tapi aku suka. ^.^ Bila berpeluh, aku rasa sihat. Lepas rasa melekit, aku pergi mandi. Dalam sehari itu ada la dalam 3/4 kali aku mandi... "Kelapa dan orkid... baik untuk rambutt..." (<--lawak giler iklan ni.)

Sekarang tengah exam mode. Last paper habis 10 May. Tapi selepas tu belum pure freedom lagi sebab ada kelas ganti Magisterial Skills dengan Civil Trial and Advocacy. Sungguh la tak best! Lepas ni aku dah plan macam-macam benda nak buat. Ada mission impossible lagi. Hekhek. Hopefully, mission accomplished (hint: mission bersama AiniShamsi-[sila diam ye makcik!]). Lepas tu ada mission lagi bersama Azza dan Donny ke Jakarta (Hoyeahh!). Dan mission Gurls Day Out bersama budak istimewa yang diterbangkan khas dari Kuching Sarawak menggunakan tiket free pemberian kerajaan (haha.).

Err... lepas tu takde mission dah. Ada tanggungjawab yang banyak (no, I'm not getting engaged or married... not anytime soon or anytime within this 4 to 5 years to come). Azza selalu tanya, "Bila ko nak kahwin Tirah?.."

So aku jawab, "Azza... kalau ko bagi aku duit or sponsor perkahwinan aku, anytime aku on. Call je." Hahaha... Seriously, marrying is so not on the list yet. Banyak pakai duit weh... camano den nak kawin yo.

Jiran aku yang kuat nyanyi lagu Touch My Hand tu masih lagi teguh berdiri menyanyi lagu yang sama setiap hari. Aku rasa dia dah kena rasuk dengan hantu dalam filem Jangan Tegur. Dah sebulan dah ni, cukup-cukup laa... Touch My Hand is no more 'in' la dude. Orang sekarang dengar lagu Tomok, Rindu Terhenti atau Sejarah Mungkin Berulang kat YouTube sebab rindu dengan rambut Tomok yang belah tengah. Sekarang Tomok berambut tepek fringe tajam-tajam kat depan... orang kata rambut geng emo. Apa-apa la yek... janji sejuta berkepuk dalam kocek.

SEJUTA tuh... Siapa-siapa yang pernah simpan surat cinta kat Tomok zaman New Boyz dulu, boleh la poskan balik kat Tomok. Dia dah kaya, hensem, cute, suara sedap dan tak sengau dah. Oh, did I mention that he's rich? Ok dah.

Wednesday, May 06, 2009

It's underneath my dear.

Nope.

I didn't the call from AG's Chamber. Heck, I already know why... Surprisingly, I am not half sad as I thought I would be. I don't feel bumped or tearing my eyes out. Seriously I don't even shed a tear. Maybe I'm used to it I guess. Or maybe I'm getting tired. "Fail? Again? Dugaan? Ujian? Lagi?". Hehe.

Mainan kehidupan. Dunia ini adalah terlalu indah untuk semua itu. Move on je la.

On other note, I've found some interesting writings while I was searching for something in the house. Now, THAT writings teared me up. That writings reminded me of an almost vivid memory. That writings show the other side of the story that was unknown to me. and when I read it, I felt an instant euphoria once again.

Memory ni kadang-kadang buat kacau je. Because it reminded me of how unlucky I am. Yeah, I am, it's no lie.

Sometimes what you see on the surface is not real AT ALL. Try to look beneath it. :)