Tanggal 15 Jun sampai 20 Jun, aku, Azza serta Dona terbang ke Jakarta. First time aku naik kapal terbang! *jakun jap*
Ini gambar diambil di dalam kapal terbang Air Asia. "Iya ibuk-ibuk dan bapak-bapak sekalian, diminta kencangkan sabuk pengaman anda.Terima Kasih."
Breath taking kan view melalui tingkap kecil kapal terbang ini? Pengalaman pertama naik kapal terbang... tak berapa gemar. Masa nak naik tu aku ada motion sickness sikit sebab aku ada fear of heights.Masa nak balik ke Malaysia tu, 20 minit sebelum mendarat, dari bahagian bahu ke leher, rahang dan sampai la ke telinga aku sakit gila. Masa ni aku rasa cam nak pengsan pun ada sebab sakit sangat, seperti mencucuk cucuk. Pastu tak boleh gerak sebab kalau gerakkan badan, sakit tu lagi mencucuk. Benci naik kapal terbang! :'(
Dah sampai! Ini dihadapan rumah Wak Koyah dan Wak Amer Koesmeri di Pulo Gebang Permai, Jakarta Timur. (itu aku dan Dona)Gambar-gambar selepas ini adalah gambar sight seeing keadaan sekeliling Jakarta as a whole. Ada gambar-gambar kat bawah ini aku ambil dalam kereta sebab tak berani nak bukak tingkap nak ambil gambar. Aku takut kena copet sebab orang TERLALU ramai... dah la jalan selalu macet (jalan selalu jam).
Orang yang pegang surat khabar kat tengah-tengah jalan tu sedang menjual surat khabar di tengah-tengah jalan. Dia akan berjalan dari kereta ke kereta bila kereta itu berhenti. Keadaan ini adalah normal di Jakarta. Bagi aku... almaklumlah, tak pernah keluar dari Malaysia dan pengalaman ini mengejutkan aku dan betapa bersyukurnya aku sebab tinggal di Malaysia. Orang di Jakarta sanggup berbuat apa sahaja untuk mencari rezeki, termasuklah membahayakan nyawa sendiri berdiri di tengah-tengah jalan raya yang sibuk. Bab eksiden jangan cerita la... dah jadi normal.
Yang kereta kuning ini adalah Teksi. Teksi di Jakarta pakai Toyota Vios tuhhh... giler la... kat Malaysia pakai Proton Saga je. (ini Teksi normal ye, bukan Teksi Airport atau Teksi yang mewah-mewah tu) Aku tanya Rema (anak Wak Koyah merangkap sepupu Dona), di Indonesia ada kereta buatan sendiri tak? Dia cakap ada, nama Timor... (camtula kot lebih kurang ejenya... aku pun tak pasti.)
Ini di hadapan sebuah pasaraya bernama Ramayana. Waktu dahulu (cerita Wak Koyah), ada rusuhan dan Ramayana ini pernah dibakar dan hampir 600 nyawa terkorban yang terperangkap di dalam Pasaraya ini. (Pasaraya dia lebih kurang macam The Summit kat Subang Jaya laa) Scary la masa Wak Koyah cerita... dibakar hidup-hidup. Rusuhan ini sebab mereka mahu Presiden Suharto turun.Itu kat banner tulis 'Gratis' bermaksud 'Percuma'
Tengok kat kertas yang ditampal di dinding... itu iklan pasang Parabola. Kalau kat Malaysia famous dengan Astro... kat Indonesia dengan Parabola. Parabola ini best, hampir semua siaran TV boleh tengok... TV kat Macau la, China la, Filipina la... RTM 1 pun ade. Selalu waktu petang Wak Amer akan tengok cerita Jerman. Dia je yang faham bahasa Jerman. huhu.
Ini orang sedang gigih mencari rezeki. Aku tak pasti la dia jual makanan apa kat dalam tu. Yang aku tau, ramai pakai kenderaan ini untuk jual makanan... termasuk juga yang nak menjual Jamu. Dia akan tolakbenda ni dari sekeliling kawasan rumah sampai la ke bandar... kemana-mana sahaja asalkan ada pelanggan nak beli.Okelah... ini entri 1. ada lagi entri-entri pergi Jakarta. Aku akan update selepas balik dari Arau untuk hantar Adik aku kat UiTM sana.
Byeee...











