Dari tadi aku duk tersenguk-senguk depan kerja-kerja aku... ngantuk sungguh hari ni. Rasa nak bergolek bawah meja dan tido tapi kurang sopanlah pulak. Ofis aku sejuk yang teramat sangat. Entah-entah suhu dah hampir paras bawah takat beku. Sejukkk... sampaikan pemakaian blazer pun dah takde efek.
Esok aku ada kes sebutan. Cuak la jugak sebab ni first time pergi court dan berhadapan dengan majistret. Seperti kata-kata orang, ala... nak takut apa... bukan mati pun. Paling teruk pun kena pecat dari kerja. Hoh! Jangan dengar kata-kata orang. Selain itu, aku baru dapat arahan pagi tadi untuk pergi ke Kangar Perlis dari hari Rabu sampai Jumaat. Camana tuh... tiket flight dah settle. Tapi hotel tu... aisey... nak mengadu boleh tak? "NAK GAJIIIIIIII!!!"
Takpe... aku takkan mati punya kalau tercampak sana. Kalau ada duit, confirm boleh hidup punya. Burung pun boleh terbang rilek je ke negeri lain... inikan aku! Manusia yang berakal. Seperti kata senior aku disini.. "Whoaaa best tu... ibarat dapat pergi bercuti tuh.." cuti ape kebendanya kalau duit takde.
Takpe... kalau aku takde duit, aku mintak la kat sape-sape. Siapa ngaku member aku, silalah on Handphone masing-masing. Ini lah masa nak berbakti pada member korang yang kedaifan. Siapa off handphone, konfem bila aku dapat gaji nanti, jangan harap korang dapat BAU gaji aku sekalipun. muahahahaa...