Monday, August 31, 2009

Kepulangan hanyalah untuk bermuhasabah diri.

"kruikkkk", bunyi perut aku berkeriuk.

Sejak kebelakangan ini, asid perut aku merembes dengan galaknya. Aku takut terkena gastrik sebab kalau boleh aku nak berpuasa se-maksimum yang mungkin dalam bulan Ramadhan ini. Sudahlah nanti ada tempoh datang bulan, dah tentu tidak dapat berpuasa.

Seminggu lebih sudah berpuasa dan sudah ada dua orang lelaki tanya aku soalan yang aku rasa sangatlah annoying; "Amacam puasa? Penuh ker?"

Aku rasa ada benda lagi baik yang boleh ditanya selain soalan tu. Itukan satu fakta bahawa selain wanita mengandung, menopause, berpenyakit 'dalaman' dan juga belum kedatangan bulan akan tidak berpuasa penuh. Jadi apa motif soalan tu?

Aku selalu rasa soalan-soalan ke arah 'itu' semua berbentuk mockery ke atas perempuan. Bila datang bulan, jadi seronok... hu ha hu haa... "eeeii dia tak puasa penuh..." lepas tu tersengih-sengih.

Nak je aku reply; "Amacam... terawikh penuh ke bang??? ke sampai 8 rakaat dah tumbang?"

Itu pun mujur aku kate 8 rakaat. Entah-entah lepas berbuka je dah tumbang. Tapi of course la aku tak cakap kan sebab aku malas nak layan.

Sekarang ini aku berada di Dungun, Terengganu, dirumah nenek aku yang aku panggil Wan. Wan adalah sangat kurus tetapi masih suka gelak dengan kuat.

"Wan!!! Apa rahsia Wan kurus?", tanya aku.

"Takda rahsia-rahsia laa... kamu tu tak payah kurus dah. Dah molek dah. Kalau lagi kurus, jalan sikit terus rebah. Buat apa nak kurus sangat? kalau orang tengok kamu masuk court esok esok, dia kate, 'alahai... keciknya peguam ni.' Orang tak takut. Ini kalau badan sedap sedap, molek molek bla bla bla..................................................", dan Wan membebel dengan lebih panjang.

Aku diam je. Tiba-tiba senyap. Sekejap lagi.

"Tak payah kurus-kurus laaaaa..."

Adeh, menyesal tanya. Berdas-das kena bebel. Ok lah... sekejap lagi, harus memandu ke Subang balik! Chaiyok!

Sunday, August 30, 2009

How will we love?




We were raised to believe that love conquers all and it really isn't true. Love is the first 50% I would say that you need to have a successful marriage, but there's a whole second 50%, a whole another half that you need, or it won't work even when you're in love.

The saddest divorces, by the way, are the people who are still in love, but they don't have that other 50%. They don't have shared values, they aren't able to communicate in a way that's loving and filled with teamwork. They are just little attorney's you know, they're only able to be little attorneys, and argue their points, they have to be right.

Monday, August 24, 2009

Kerana orang, pisang menjadi mangsa.

Ini masih lagi berkenaan dengan kunjungan aku ke Pahang. Sebelum aku balik ke Subang Jaya, aku singgah sebentar di bandar Kuantan untuk membeli juadah/ole-ole yang mak aku pesan. Bila ke Kuantan, serta-merta perasaan nostalgik itu datang menerpa.

Masakan tidak... inikan tempat aku bertapak setiap kali aku outing ketika belajar di Matrikulasi Pahang 4 tahun dahulu. Tempat yang aku teringin sangat nak pergi ialah Mydin di Kuantan.

Sukacita dimaklumkan, Mydin tersebut masih lagi berkeadaan sama seperti aku tinggalkan 4 tahun dahulu! Sikat rambut masih lagi dijual 10 atau 20 sikat sepaket, Liquid paper dijual 15 batang sepaket dan pensel 2B dijual 25 batang seberkas.

Aku terfikir la... orang biasa tak boleh beli barang-barang dalam jumlah sebanyak itu.

Tapi Mydin takdelah sebangang itu menjual dalam kuantiti yang banyak. Walaupun ada sikat yang dijual 10 sikat sepaket, dia ada jugak jual sikat satu persatu. Cuma kena pandai cari la... sebab kalau tengok sikat yang banyak-banyak tu kepala jadi pening dan menggangu konsentrasi untuk mencari sikat yang jual satu-satu.

Semasa dalam perjalanan ke Mydin (pakai kaki ok!) aku terserempak dengan ini:-


Kalau tak nampak gambar ini dengan jelas, sign board itu tulis: Krim Urut lelaki. + Saiz * Lama * Kuat.

Aku tak kisah la kau nak jual ape servis pun... tapi kenapa gambar PISANG? Tak letak gambar tak boleh ke?

Membuatkan persepsi aku terhadap pisang berubah dengan drastik. Sekaligus membuatkan selera aku terhadap pisang terbantut. Loya anak tekak.

Thursday, August 20, 2009

Aku dah di'mark'.

Pagi tadi aku keluar jam 7.10 dari rumah untuk pergi pejabat. Itu kira waktu biasa la. Sampai je kat pejabat, port aku selalu park kereta tu penuh. Bila tengok jam, baru pukul 7.25... selalu time ni tak pernah pulak penuh. Apa mimpi ramai orang datang awal hari ni. Cis.

Jadi aku pusing dan park kereta aku jauh sikit la dari pejabat aku. Selepas selesai aku kunci kereta dan nak berjalan ke pejabat, aku dengar suara sayup-sayup...

"Jauhnya park kereta hari ni..."

Aku toleh. Oh... Pak Guard pejabat aku. Dia tengah menulis sesuatu di dalam pondok guard tu. Selalu setiap pagi dan petang aku nampak Pak Guard ni menjaga parking kat situ dan lalu lintas. Selalu juga la dia tolong kawal lalu lintas untuk bagi aku keluarkan kereta dari tempat parking.

Aku pun reply la kat dia menggunakan bahasa isyarat tangan. Jauh tu kalau nak pekik... kang orang ingat aku bercakap dengan pondok guard sebab dari luar orang tak nampak orang di dalam kecuali melalui tingkap kecil.

*tangan aku tunjuk kat port parking selalu park dan selepas tu tunjuk isyarat tak ada parking*

Dia sengih dan terus membuat kerja.

Cesh... dia dah mark aku nampak gayanya.

Hari tu aku outstation di Cherating Pahang. Aku rasa pengalaman yang amatlah pelik, menakutkan, trauma dan adventurous. Seperti biasa la, kehadiran aku adalah sebagai kambing hitam jabatan... kali ini aku menjadi panel perihal undang-undang. Kalau tak disebabkan air-cond dalam dewan tu, memang lenjun baju aku berpeluh menjawab soalan-soalan yang aku sendiri tak faham hujung dan pangkal.

Tapi, aku jawab je la jawapan standard, "To interpret the laws, you can't look at the law per se. You have to compare the interpretation with other sources such as case laws and books. If I were to give you the definite answer right now, it would be unwise because the answer would not be definite and concrete. Lagipun saya telah diarahkan oleh Superior saya untuk take note isu yang dibangkitkan di dalam meeting ini dan segala isu-isu tersebut akan dijawab secara bertulis."

Tapi aku kena jugak condemn sebab aku beritahu aku pegawai baru. Dorang kate, "Patut laa tak tahu jawab."

Tak pela.. belajar... belajar.

Dan perkara yang aku paling sekali 'terasa' dalam benak hati ini bila aku di'ganggu' oleh seorang pakcik. God knows what his intentions are... but I'm NOT COMFORTABLE of having that person calling and texting me showing that he's concern of my well-being.

Baru kenal sehari dah tanya aku "Buat apa senyap tu... tak nak kawan dengan pochik kee"

Geli syial.

Friday, August 14, 2009

the agency is committing human trafficking on the ground of forced labour.

If you do not do your work and make my life miserable, I swear I'm going to run Amok at your office. Watch out because this fat lady is going to show no mercy!

Hahaha... gerun tak?

Sila la gerun. Sebab aku serius tuh. Imagine dahi aku berkerut-kerut waktu menulis itu.

Kalau diikutkan hati aku, malas la aku nak bercakap mengenai pe'el (baca: perangai) orang yang sememangnya complicated. Baru semalam aku dapat tau (setelah membuat beberapa panggilan) bahawa aku dan dua orang rakan sekerja aku tidak mempunyai apa-apa data kat Agensi aku bekerja ni. Aku mula la rasa tak sedap hati. Itu pasal aku tak dapat gaji lagi (menurut kata-kata pihak berkenaan mengenai status aku yang sebagai 'pekerja haram' kat sini).

Jadi setelah aku membuat lagi panggilan pada hari ini, akhirnya aku dah tau mana borang yang aku hantar SEBULAN dulu terperap. Aku tak paham kenapa perlu sebulan borang aku nak duk terperap kat office pihak itu... buat koleksi kertas origami ke bang oi?

Nasib baik dah kawtim dengan pihak yang uruskan gaji yang dia boleh extend settle-kan borang itu sampai 24 hb Ogos ni. Jadi kalau settle by 24th ni, aku akan dapat gaji bulan ni... atau awal bulan 9 (aku difahamkan diawalkan sebab nak raya).

Kalau borang tak settle jugak sebelum 24 haribulan, memang masak la kau raya nanti aku hantar segala mak nenek saka, keliwon dan hantu raya kat rumah kau. Sebabnya kalau lepas dateline ni, gaji aku masuk pertengahan bulan 10.

4 bulan aku kerja tanpa gaji... ape tu wei?

Aku nak komplen; the agency is committing human trafficking on the ground of forced labour.

Boleh? Boleh la...

Tuesday, August 11, 2009

Sejuk. Beku.


"Aaaa... Sejukkk ssejukkkk sejukkk..."

"Asyik sejuk je... nak I panaskan untuk U ke?"

"hoh! aha aha ahaaaa *ketawa tak ikhlas*"


Lari masuk bilik.

Bagi aku, dengan badan berlemak aku ni, amat susah aku nak bekerja dalam keadaan yang sejuk. Pelik kan? Badan besar tapi tak tahan sejuk. Memang aku tak boleh tahan keadaan sejuk, tak kira la sejuk sikit atau sejuk banyak.

Kalau di rumah, percayalah bahawa aku tidur tidak pasang kipas atau aircond. Tapi kalau aku berpeluh, aku akan buka kipas... itupun lajunya no 2 atau 3 sahaja (kipas aku sampai no 6). Dulu pernah aku terbangun tengah-tengah malam sebab rasa sesak dada... kipas bilik aku dipasang laju sangat, jadi aku jadi sejuk sangat. Bila dah tutup kipas, baru aku rasa boleh bernafas dengan normal.

Dan dalam bilik aku kat tempat kerja ni, blower aircond diletak betul-betul bawah kepala aku! *&%$#*&%!!

Sebab itulah aku selalu komplen aku kesejukkan.

Dah banyak kali jari-jari aku kebas sebab sejuk sangat. Bila dah kebas, aku tak boleh buat kerja. Sebab tak boleh nak type kat keyboard atau pegang pen sebab tangan dah tak rasa apa. Dalam bangunan kerja aku ni ada satu tempat sahaja tak sejuk... iaitu kat luar bangunan. :

Bayangkan dalam tandas pun sejuk giler. Maka nak buang air pun aku jadi emo memanjang.

Sweater?? Aku pakai blazer lagi... Tebal dan hitam. Tapi aku masih kesejukkan.

Sejuk sejuk sejukkkk...

Petang nanti aku nak pergi cari something yang boleh membuatkan aku rasa panas bila ada kat office ni nanti... blanket ke... baju eskimo ke...

Saturday, August 08, 2009

Kalau terkejut banyak-banyak kali macam ni... masuk ICU la aku.

Pernyataan + soalan: "APAA??? Gaji bulan ke-3 baru dapat? Sure ke ni... bukan bulan ke-2 ke?"

Jawapan busuk yang tak memberansangkan: "Bulan ke-2 tu PALING CEPAT... tapi gomen mane ada cepat. Bulan ke-3 la... I dulu bulan ke-3 tau."


#$%&^%$##((!!! pfftttt... Mangkokkkk laa.

Ok. Jangan panik. Relax.

Senarai barang-barang yang aku nak beli (penting) semakin panjang (eh, eh... tibe-tibe je jadi panjang sebab duk sibuk hitung gaji nak beli macam-macam. -_-') Apa la kejam sangat nak peram gaji aku, bukan dapat ape pun. Woit woit kejappp... kalau bulan ke-3 baru dapat gaji.. maknanya aku akan dapat gaji selepas raya.

Ok. Jangan panik lagi.

Jubah dan bip nak kena beli sebelum akhir bulan ni. Bulan ni outstation dua kali, satu ke Batu Pahat dan satu ke Kangar. Ada orang kata office aku buruk sebab tak decorate... dah la bau semacam.

Ok. Tak mahu cerita ini buat sakit kepala.

Hari itu kan... aku kena pergi meeting berkenaan dengan satu software akan digunakan oleh kerajaan untuk memasukkan data dan ini akan mempermudahkan urusan pihak kerajaan dan juga orang awam. Dia macam ala-ala student portal UiTM laa... ada user name, password, kena masuk dan buat urusan secara online.

Dan kehadiran aku adalah sebagai kambing hitam Jabatan aku sebab dah tak ada senior officer yang available untuk meeting tersebut. Semua ada kes di mahkamah. Dan pergilah aku menonong ke meeting tersebut dan aku rasa setiap kali Dato' Pengerusi Majlis sebut; "Can we have a legal opinion on this?"... aku rasa jantung aku direntap, ditendang, dilenyek, dipijak, direbus, dan kemudian disiat-siat sebanyak 18 siatan.

Bila peluh dingin mula menitik, tekak pun kering, diam seribu bahasa, hati tak keruan... lalu aku teringatlah kata-kata senior officer aku.

"Your attendance in ONLY for the agreement. You don't have to give any opinion on any matter because the legal advisor's team would do that. Your job is to answer any question posted in regards to the status of the agreement. So jangan risau... selalunya dia tak tanya apa-apa pun."

Dan memang betul... setiap kali dia tanya pasal opinion, ada orang akan jawab.

Ape pasal ye aku cuak sangat pasal meeting ni? sebabnya;
  • 1. Korum orang yang datang adalah dalam 30 orang.
  • 2. Masa aku meeting, ada dalam 4 atau 5 orang berpangkat Dato' di mana mereka ni memegang jawatan yang tinggi dalam kerajaan.
  • 3. Semua orang sudah berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang pekerjaan dan aku??? baru 2 minggu beb... jeruk yang diperam 2 minggu pun tak jadi jeruk yang berkualiti lagi.
  • 4. Aku baru dapat file meeting ni pada 4.30 petang dan pagi besok tu ade meeting ni haa..
  • 5. Dah la dapat file meeting lambat, pulak tu dokumen ada la setinggi 1 jengkal setengah . (hah kira.. kira)
  • 6. Dan agreement itu setebal 80++ muka surat.
  • 7. Kementerian yang terlibat dalam meeting ada 4... tapi projek itu extend kepada 17 Agensi kerajaan.
Aku rasalah... orang lain pandang aku semacam... "Budak ni Setiausaha bos mana la pulak ni... muka bendol toyol jek..."

Dalam hati aku, "Hah pandang... pandang laa... I am holding THE draft agreement for THE project tau. Kalau aku bakar agreement ni... terbakar la projek korang... muahahahaaa..."

Tapi, secara kesimpulanya, aku datang meeting itu tak de buat apa-apa pun... duduk dan dengar je. Lepas tu balik.

Haih... pengalaman... pengalaman.

Monday, August 03, 2009

Apa?!!! Celcom Broadband?

Semasa aku di Perlis, kelajuan Celcom Broadband mencatatkan satu kelajuan yang membanggakan iaitu sebanyak 2.6 Mbps. Maka, secara automatiknya suara-suara riak dalam kepala aku berkata, "Apa??? Streamyx korang baru 1 Mbps atau kurang dari itu?... hekhek... piraahhh... gua punya 2.6 beb. Muahahaaaa..."

Huh, berlagak. Pada waktu itu, aku melayari internet dengan kencang sekali. Setakat nak download lagu dari 4shared.com... macam kopek kulit kacang je wa cakap lu... sekali tekan... praaappp!!! dah siap download. Fuh. Memang asyik.

Terdetik dalam hati aku, kelajuan Celcom Broadband kali ini amat bersesuaian dengan cogan katanya; Plug in, Logon, Resolve with Celcom Broadband, the fastest, widest broadband in Malaysia!

Wow, fastest broadband katanya! Seperti mencabar kewibawaan Streamyx. Wow dan Wow lagi!

Tapi setelah kembali pulang ke Putrajaya... wow-tahik-kucing-hang-terkincit-meleleh. Paling kuat pun kelajuannya adalah sampai 34 Kpbs. Itu kelajuan bukan ibarat kopek kulit kacang dah, tapi ibarat nak kopek kulit beruang. Keras, liat dan berbulu. Nak sign in Yahoo Messenger pun tidak berjaya, katanya suruh aku check network connection. Frust! Frust!

Sejujurnya, satu-satunya benda yang aku rindu apabila berada di Kuala Perlis ialah kelajuan Celcom broadband yang mencecah 2.6 Mbps. Noktah.

P/s: Ya, aku tau Celcom Broadband itu berlainan kelajuannya bergantung pada tempat yang aku berada. Kalau ramai orang pakai atau berada pada tempat rendah, maka tak dapat la capai kelajuan maksimum sebanyak 384 kbps atau 3.6 Mbps sepertimana yang telah dilanggan. Kelajuan adalah tidak terjamin. Ikut nasib. pffftt.

Sunday, August 02, 2009

I'm back!!!

Aku sudah pulang dari Perlis!


Hari rabu aku naik kapal terbang MAS Airlines kemudian mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah. Sampai di hotel di Kuala Perlis, aku serta Bos aku mula membuat preparation untuk kes keesokkan harinya. Aku agak nervous sebab ini kali pertama appear di Mahkamah Tinggi dan walaupun aku hanyalah memainkan peranan sebagai pembantu tetapi perasaan berada di hadapan Hakim yang sebenar itu adalah indescribable.

Kes itu habis sehari je dan ditangguhkan kemudian hari, jadi aku memutuskan untuk pulang sebab aku rasa bosan berada sehari lagi di Perlis tanpa berbuat apa-apa. Dah la gaji takde... itulah sebenarnya yang menguatkan lagi keputusan aku untuk terus balik je. Boleh aku buat kerja-kerja yang tertangguh di pejabat (eceh cam baik je padahal balik ofis sebab nak dapat makanan free time ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni hari Jumaat tuh!)

Secara kesimpulannya, memang aku dapat banyak pengalaman dan belajar serba sedikit mengenai pekerjaan aku. Aku berjumpa ramai orang di Perlis yang lebih kurang baya-baya mak aku dan ada masa aku rasa janggal nak berbual dengan dorang. Bukan sebab ape tau... sebab dalam otak aku hanya nak panggil pakcik atau makcik je... bukan Encik atau Puan. hekhekhek.

Pegawai-pegawai di Perlis memang helpful (in a good way, I think) dan hospitality mereka sangat bagus. At least aku tak rasa terpinggir sebab aku orang baru kan...