Monday, September 28, 2009

Persoalan...

Kalau korang ada boyfriend/girlfriend, adakah korang akan beritahu ibubapa korang?

"Hey mak, aku dah ade pakwe."
"Yo bapak, gua sudah ada hot chick."

atau adakah korang akan berdiam diri dan buat bodoh.

Dari segi ajaran Islam yang sebenar-benarnya, mana boleh nak ada pakwe dan Hot Chick ni, kan? Walaupun korang berminat untuk menjadikan boyfriend/girlfriend korang sebagai suri hidup, tapi niat tidak menghalalkan cara. Kalau mahu, masuk line je, esok book Tok Kadi terus angkat akad nikah.

Akan tetapi, melihat kepada zaman sekarang, ramai yang sudah 'terbuka' sedikit berkenaan hal ini. Ada ibubapa yang mewajibkan untuk anak-anak memberitahu supaya mereka tahu segala gerak geri dan perilaku anaknya. Ada yang anaknya memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu 'dihentam' oleh ibubapanya ataupun tidak mahu berpisah dengan kekasih hatinya.

Bagi aku lebih baik beritahu tapi aku juga tau stigma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa yang sedikit 'tegas'.

Aku tidaklah sekeliru mana berkenaan hal ini. Cuma kadang-kala buat aku terfikir sebab perkara ini sudah menjadi trend di dalam masyarakat kita (Islam khususnya) dan kita tahu dengan sejelas-jelasnya perkara itu tidaklah mengikut landasan yang betul. (siapalah aku untuk mengatakan itu berdosa).

Oh ya, persoalan ini hanya termaktub kepada orang yang sudah layak berkahwin dan bukannya kepada budak-budak sekolah... korang itu memang selayaknya tak boleh ada pakwe atau makwe. Luka berkhatan pun belum kering ada hati nak menggatal... ceii...

Friday, September 25, 2009

Al-Fatihah...

Bila anak Adam diciptakan oleh Allah S.W.T, dua perkara sudah ditentukan baginya, iaitu Jodoh dan Mati. Sebab itulah umat Islam diajar supaya meredhai perihal Jodoh dan Kematian. Apabila saat anak Adam ingin dicabut nyawanya, tiada apa yang boleh menghalang malaikat maut daripada melakukan tugasnya dan malaikat maut juga tidak akan mencabut nyawanya lewat sesaat ataupun awal sesaat.

Sebagai manusia yang khilaf, meredhai pemergian adalah perkara yang paling baik.



Mohon panjatkan Al-fatihah buat kenalan CT Zubaidah serta adiknya dan teman wanita adiknya yang telah pergi dua hari sebelum menyambut Aidilfitri lalu. (18 September 2009)

Tuesday, September 15, 2009

Kapal Terbang.

Memang diakui aku mempunyai Fear of Heights.

Dan

Disebabkan ini, aku develop satu lagi Fear, iaitu Fear of Flying. Dan aku baru sedar aku ada Fear of Flying apabila aku kerap Outstation dan kena naik Kapal Terbang. Setiap kali sebelum naik aku akan tengok cuaca dan aku selalu berdoa, "Tolonglah cerah dan baik... tolonglah cerah dan baik..." Dah macam berwirid pulak.

Bila cuaca tak baik, aku tukar pulak rhythm aku, "Selamatkanlah aku... selamatkanlah aku..."

Bila naik kapal terbang, "50 minit je... 50 minit je... 50 minit je...", ini ikut berapa lama perjalanan tu.

Bila kapal terbang tu nak berlepas, aku kata, "Cepat la naik... cepat la naik... cepat la naik..."

Bila kapal terbang tu bergoyang, aku akan tukar rhythm aku ikut mood. Kalau aku baik aku akan cakap, "Astaghfirullah... Astagfirullah..."

Bila aku jahat, "#&^%$#**&" tu semua keluarlah... sampaikan kacang dan air yang dapat free tu pun terkena tempias makian aku.

Bila nak landing tu pejam mata dan sebut pulak benda lain.

Bila dah landing dan selamat semua, tarik nafas panjang-panjang dan "wheww... selamat! syukur alhamdullilah..."

It's a little bit annoying tapi semua benda yang aku sebut dan asyik ber'wirid' itulah yang boleh menenangkan aku. Jangan risau, aku bukanlah jakun sangat sampai duk menyebut dengan kuat sampai jiran sebelah dalam kapal terbang tak senang duduk sebelah aku.

Aku sebut senyap-senyap je macam berbisik ataupun mulut terkumat-kamit macam bomoh baca mantera.

Pernah sekali tu cuaca sangat buruk dan tiba-tiba kapal terbang itu menjunam sedikit ke bawah. Perasaan time tu macam naik Genting Highland Space Shot (walaupun aku tak naik tapi tengok orang naik macam hape je). Waktu tu aku tengah baca majalah dan majalah aku terjatuh dan aku terangkat dari seat kapal terbang (macam bila Space Shot tu menurun kan kita akan terapung sekejap) sebab aku loosekan sedikit seat belt untuk membaca majalah. Dah la tak kasi warning! Masa tu pramugara sedang berdiri dan serve air lalu terjatuh atas lantai dan air tertumpah dengan hebatnya.

Dan baru aku tau bagaimana perasaan orang yang apabila kapal terbang jatuh. Seriously menakutkan.

Kepada Flight Commander Major Mohd Zulkifli Hasan dan Co-pilot Major Mohd Roszaini Mohd Mustafa yang terkorban di dalam nahas aircraft PC7 MKII baru-baru ini, innalilahiwaninnalihiraji'un. Semoga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Saturday, September 12, 2009

Pakcik lagi.

Aku baru pulang dari Perlis. Lagi.

Anyway, ketika jam menunjukkan pukul 7.30 malam, aku bergegas turun dari bilik hotel ke tempat makan untuk berbuka puasa. Sampai saja kat situ, penuh semua meja... tapi banyak kerusi kosong. Maksudnya ada meja yang untuk 4 orang, tapi ada dua orang sahaja duduk.

"Alamak... penuh eh?" aku tanya pelayan kat situ.

"Mintak maaf Cik. Hari ni memang penuh... jadi kami cadang, kalau Cik sudilah, untuk duduk je kat mana-mana kerusi kosong. Sebab hari ini semua orang macam tu. Duduk je walaupun tak kenal."

"err... tak apa lah... saya datang pukul 8 nanti. Mesti dah banyak kosong kan?"

"Ya, ada kosong mungkin. Cik, berbuka la dulu... sila minum air di sana... nanti saya tenggokkan tempat kosong." Kata pelayan tu sambil usher aku pergi ambil air. Dia takut aku tak berbuka lagi padahal aku dah teguk secawan kopi kat bilik sebelum turun. Aku takut penuh. Memang betul sangkaan aku.

"Cik, meja hadapan ini kami reserved untuk pemain muzik Hotel. Jadi mereka tak kisah nak kongsi. Saya bookkan untuk Cik ye?"

"okla... boleh laa...", dalam hati aku... aduh... duduk depan dua orang lelaki pulak. Segan aku nak makan. Nak tambah nasi kena control plak nanti. Cis.

Bila aku duduk... sembang dengan dua orang Pakcik ni... best pulak. Macam-macam cerita keluar.

"Adik ni umur berapa?"

"23 tahun pakcik...", kata aku sambil menyengih.

"Owh... muda sangat. Dah kerja. Anak pakcik umur sama dengan adik... dah kahwin dah dia."

"Oh ye ke... muda sangat tu nak kahwin. Mak saya pesan... Kalau tak ada duit, tak ada kerja, tak stabil... jangan menggatal nak bernikah. Esok lusa susah balik rumah cari mak."

"Haha... betui betui. Tapi anak pakcik dah mabuk kepayang. Kahwin jelaa... Dengar sini adik... nasihat Pakcik... Kahwin lah dengan orang yang sayang dengan kita... dan kita sayang dengan dia." dan aku diamkan sahaja disitu.

Sebelum pulang... "Adik ambil no telefon Pakcik... nanti datang sini lagi... Pakcik berdua belanja adik makan kat gerai kat depan roundabout tu bila adik lapaq dekat dalam hotel."

"Iye... insyaAllah."

Dan aku rasa... pakcik-pakcik kali ini adalah baik sebab dia tak menggatal macam pakcik di Cherating tuh. Tak ada pulak dia kate; "Hai.... tak sudi kawan dengan pokchik keee...", please la wei.

Pakcik-pakcik tu cuma kata; "Baik-baik naa naik kapal terbang. Nanti kita jumpa lagi...", secara face to face dan bukan dengan secara SMS yang rasanya cukup menggelikan.

-------------

Kadang-kadang hati aku terdetik... cukupkah dan teguhkah sesuatu perkahwinan itu berdasarkan kasih sayang sahaja? Somehow... ada banyak lagi benda yang perlu untuk kita lihat dan analisis sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Mustahil kalau orang kata boleh bahagia hanya dengan kasih sayang. Aku boleh terima pendapat yang mungkin kasih sayang itu hanya menjadi asas sesuatu hubungan.

Tanya soalan pada diri sendiri: Pernah tak kau buat sesuatu tindakan yang kau rasa ada logik dan asas demi seseorang (jantina berlawanan) yang kau tak pernah terlintas pun untuk buat perkara tu untuk sesiapa pun selama ini (tambahan tak logik pulak tu)... dan apabila kau fikirkan balik... "apsal aku rasa macam bodoh je" tapi kau justify kan diri kau... "ala... biarlah..."

Kalau ya... ketahuilah bahawa perasaan cinta itu sedang mengaburi tindakan dan asas pemikiran kau.

Dem... I hate being a realist!

Monday, September 07, 2009

Wei, Tirah ada selimut laa...

Penyelesaian kepada masalah kesejukkan di Ofis. Tadaa...

My new blankie.
Blankie ini dilipat kepada dua. Kalau dibentangkan, akan ada 3 anak kucing disitu.

Walaupun aku ada fear of cats, tapi tak bermaksud aku benci kucing secara menyeluruh, ok?

Ketakutan terhadap kucing ini ialah satu perasaan yang automatik... Sesuatu yang tak boleh dikawal. Apa sebab aku takut... aku pun tak tahu. (dan aku nak sangat-sangat tau) Tapi bila terserempak dengan kucing, serta merta aku jadi takut. Aku takut bila kucing itu ada skin contact dengan aku. Tu je.

Orang mungkin gelakkan aku, kutuk aku, atau mengeji aku... tapi aku tak kisah.
Sebab aku tahu, ketakutan ini bukan dibuat-buat dan bukan aku yang minta. Siapa nak jadi orang yang takutkan kucing kan?

Macam orang takut tengok darah, takut bila berada di tempat yang tinggi dan takut bila tengok kejadian pembunuhan ngeri terkopak kulit sini sana... sama je konsep dia.
(emo pulak sebab asyik kena pertikaikan kerana takutkan kucing)

Nampak blower aircond atas kepala tu? Itulah sumbernya... sejuk terketaq-ketaq. Menggigil kepala lutut. Nasib baik ada blankie.

Lepas ni, nak cari glove pulak. Tangan aku sejuk macam ais. Tak boleh menaip dengan betul.