Tentu tahu kan kejadian Sejadah berdiri yang berlaku di serata Malaysia? Percaya atau tidak, kejadian itu telah berlaku di rumah aku sendiri pada 17 Oktober 2009 (sabtu).

Gambar di atas diambil menggunakan Handphone Nokia mak aku. Itu di belakang ialah nenek aku yang aku panggil 'Wan'.
Pada waktu petang sabtu itu, rumah aku dikunjungi oleh sanak saudara. Bapa saudara aku mahu sembahyang lalu mak aku beri pada dia sejadah yang seperti di dalam gambar. Setelah selesai sembahyang, dia lipat sejadah dan letak dibirai sofa itu. Kemudian mereka bersembang rancak pasal kejadian sejadah berdiri yang media kecoh-kecoh kat TV dan suratkhabar.
Mak aku kemudiannya menoleh ke arah dimana sejadah itu sedang berdiri dan dia ternampak sejadah itu seperti di dalam gambar. Semua terkejut dan beristighfar.
Bila aku tengok sejadah ni dan cuba untuk dirikan, ia lembik dan mudah jatuh terkulai. Permukaannya juga berbulu lembut. Mak aku kata, sejadah ini arwah ayah aku beli masa dia menunaikan haji di mekah tahun 1994.
Aku pun tak tahu nak komen apa. Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.


