Tuesday, December 22, 2009

Cheapskate.

Korang mesti pernah kan masa waktu belajar dulu berangan bila dah kerja nanti, bila gaji dah dapat, nak beli macam-macam yang korang tak pernah dapat beli masa belajar.

Macam aku jugak, berangan macam nak runtuh langit petala tujuh. Nak beli baju baru tiap-tiap bulan, nak ada Designer Handbags (sila emphasize the 's') dan juga kasut-kasut, nak beli handphone yang boleh kocak-kocak je kalau nak tukar menu, nak beli threadmill sebab bajet nak kurus sebelum kahwin (oopss), nak beli camera canggih sebab nak jeleskan abang yang mempunyai camera kurang canggih dan banyak lagi.

Tapi dah 6 bulan bekerja, yang aku tahu bila tengok statement credit card, ada hutang tertunggak yang membuatkan aku tersedak. Sebelum korang membuat spekulasi panas kat sini, aku ingin menegaskan yang aku TIDAK gunakan credit card itu untuk berbelanja seperti angan-angan aku tadi.

So dari mana datang hutang-hutang ini?

Well, sekali outstation ke Johor Bahru selama dua hari, sekali outstation ke Kelantan sehari, dan juga telah membeli satu baju ketat untuk berenang (Burqini la wei, apa lagi. Bila pakai, aku nampak seperti sotong yang dijual di Lumut Perak. Siapa rajin nak tengok version sotong aku, sila la rojer aku untuk ke Kolam Renang terdekat di Putrajaya. Preferably di Presint 6 ye.)

Dan kembali semula kepada angan-angan aku tadi, satu haram pun aku tak beli. No handphone, no treadmill, No designer handbags or shoes, No Camera dan lain-lain. Sebab secara mendadak aku nak kumpul duit dan aim for something bigger. Perhaps a house? (berangan la korang kalau nak simpan duit untuk kahwin. aku nak kahwin simple je. Pergi masjid dan akad nikah. Balik ke rumah, tulis pakai pen Kilometrico warna biru 0.5 : "---- dan Athirah telah berkahwin pada --- di ---. Kertas ini dimajukan untuk makluman. Sekian Terima Kasih." lepas tu photostat beribu keping dan hantar.)

Cheapskate eh?

Aku patut berubah. Tak mahu jadi cheapskate lagi. erm, nak beli Handphone yang ada GPS la... (bile eh? tunggu r tahun depan, sampai harga Nokia E72 turun...--> cheapskate mode lagi)