Friday, February 26, 2010

The stress I'm having is pretty stressful (?).

It has already been a week since I've been working on this bloody submission which is supposed to be filed in to court next Thursday. Reasons? Well, the issues are quite difficult (and tedious too) to tackle and I'm having trouble to find the correct authorities to support my arguments in the submission.

The current status of the submission is that I've written a whopping of 12 pages long of endless arguments which can bore anyone to death. Law is SO dry. Sigh. and yet still, I have about five more issues to tackle. Please Allah, guide me the way.

I'm now emotionally deranged and I REALLY need some guidance in doing this. Help me?

The last time I remember having this similar feeling was when I had to handle some paperwork in regards to a dispute over land matters. I attended various meetings all the way from Putrajaya to Ayer Keroh Melaka to settle the paperwork (in legal term, it is known as Affidavit).

It was FUN because you had the opportunity to meet other people and extend your networking, but there's absolutely NO fun at all doing the work because it was soooo difficult as it involved a building construction on the land which took place about 10 years ago.

Because it happens quite some time ago, we had to reopen old files which a LOT, and everytime when we had a meeting, the files had to be brought into the meeting room using a huge trolley. There was once when we had a meeting at Melaka, the car's boot was fully stacked with the files.

When the Affidavit was all done and everything, I felt so relieved and almost in tears.


This is the Affidavit. Pretty thick isn't it?
As you can see at the left side of this Affidavit, there's a book with a Dark Green cover ... mind you that's the Principal Agreement of this matter.


And I had to make four copies of this Affidavit to be filed to court.



When you see these pictures, I hope now you would understand why I said I was almost in tears.

Sunday, February 21, 2010

Jalan Pantai Jeram, Selangor.

Pada cuti yang lepas, jalan-jalan cari makan membawa aku ke Jalan Pantai Jeram, Selangor. Saja pergi tempat lain bertukar-tukar angin makan. Bagi siapa-siapa yang nak merasa seafood yang fresh, sila lah ke Restoran Ikan Bakar di Jeram ini. FYI, restoran ini di tepi pantai.

Perjalanan dari Subang Jaya ke Jeram ambil masa kira-kira 1 jam dengan tahap kelajuan baru dapat lesen P. Kalau dah boleh drive pro macam abang-abang kereta proton yang modified Proton jadi Mitsubishi Lancer atau Evolution, boleh lah ambil masa 30 minit. Itupun kalau ekzos tak tercicir di tengah jalan... oppss... ;P

Rasa makanan? boleh lah. Paling aku recommend ialah udang dan sotong celup tepung. Pergh... memang masyuk dan sedap sangat! Udangnya gemuk dan manis isinya. Ikan merah masak Stim Halia pun sedap.

Harga? Agak berpatutan untuk seafood.

Kepadatan manusia di kedai itu? sangat-sangatlah padat. Oleh yang demikian, sila lah datang awal. Restoran mula beroperasi dari jam 5.30 petang sehingga 12 tengah malam.

Gambar? ada sikit kat bawah ni. Gambar tak snap banyak sebab... sibuk menjamah makanan. ;)

(ini keadaan restoran jam 5.30 petang. Masa ni baru bukak, so tak ada orang. Tapi masa selesai kitaorang makan dalam pukul 7 malam, meja semua dah penuh.)


(ini makanan fasa pertama: Nasi putih, Tomyam campur, sotong masak merah dan kangkung goreng belacan.

Fasa kedua makanan: Udang celup tepung, sotong celup tepung dan Ikan Merah masak Stim Halia. tapi... terlupa plak nak snap gambar. Alih-alih dah habis. Sedap sangat yang fasa kedua ni.)


(Sotong masak merah)


(Kangkung goreng belacan)


(Pemandangan sunset di Jalan Pantai Jeram, Selangor.)


Kalau waktu cuti-cuti nak tambah berat badan, sila la datang ke restoran ini. :)

Tuesday, February 09, 2010

Kalau aku kata bodoh, kau marah.

Pagi ni, aku bawa kereta meredah traffic jam. Aku toleh sedikit melihat side mirror sebelah kiri untuk masuk lane sebelah kiri. Ada sebuah kereta jauh di belakang dan aku cepat-cepat putar stereng masuk lane kiri.

Kereta itu menghampiri kereta aku dan bunyikan hon kecik. Masa itu kereta berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah.

Dia menghimpit kereta aku disebelah kiri sehingga amat rapat dengan kereta aku dan tingkap pemandu sejajar dengan tingkap kereta aku sebelah penumpang. Aku tidak toleh ke arah dia. Aku dengar orang bercakap kuat diluar kereta dan masa itulah baru aku toleh sebelah kiri.

Aku nampak dia bercakap ke arah aku dalam keadaan marah-marah. Aku tidak dengar butiran perkataan dia... tapi dari gesture dia aku rasa dia kata 'bagi la signal kalau nak masuk lane'.

Mak aku pernah pesan, kalau kat jalan, jangan memandai-mandai layan orang tak kenal. Jadi selepas dia habis bercakap, aku toleh ke depan semula. Bahaya kalau aku buka tingkap. Lagi pulak, aku tak ada mood nak layan orang memekak pagi-pagi buta ni.

Aku dengar dia jerit 'HEI', dan mengetuk-ngetuk cermin kereta aku.

Wah, wah, wah... dah marah tu cukup la... nak harass aku apa pasal?

Aku toleh ke arah dia dan buat muka bengang. Dia keluarkan dompet dan jerit, "AKU NI POLIS" (ada aku kesah? dah la tak pakai Uniform) sambil tunjukkan kad kuasa ke arah aku. Dan dia tanya kuat-kuat, "Pakai tali pinggang keledar tak tu?"

Aku tunjuk tali pinggang keledar aku yang aku pakai dengan kemas dan buat muka bengang. Kemudian lampu isyarat bertukar hijau. Aku geleng kepala dan tekan minyak kereta untuk bergerak.

Komen aku: Aku tau aku salah sebab tak kasi signal bila nak masuk lane kiri. Dah tegur tu sudahlah. Apa pasal kau nak ketuk cermin kereta aku? Lepas tu tunjuk kad kuasa kata kau tu Polis dan kemudian tanya pasal tali pinggang keledar aku pakai ke tidak? Next time kalau aku terjumpa dia dan dia masih harass aku lagi, aku tak teragak-agak nak buat report because you assaulted me. Dah la tak ada kuasa nak kasi saman trafik. Kad kuasa konon... piraahh! Ingat aku bodoh ke ape. Menyalahgunakan kad kuasa untuk marah orang lain on personal capacity. Inilah kali kedua aku rasa diperbodohkan oleh Polis... aku tau kau ada kuasa nak tangkap-tangkap orang, tapi aku tak kecoh pun aku ada kuasa nak dakwa orang termasuk orang-orang tak guna macam kau!

Thursday, February 04, 2010

Mari membentuk badan berketak!

Seperti yang telah dijanjikan, di bawah ialah aksi-aksi terlampau dan basah di tepi kolam renang!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Inilah Pusat Rekreasi Air Presint 6 yang aku selalu pergi berenang.



Ini Dona, housemate aku yang sedang beraksi di tepi locker sebelum terjun ke dalam kolam.




Ha... inilah aku...
Amacam? ada rupa sotong tak?

Busana seksi yang aku pakai itulah Burqini yang aku beli selepas 50% sale di Parkson Subang Parade. Kalau tak ada sale, jangan harap aku nak beli. hekhekhek... mahal mentekedarah kalau tak ada sale.
Itu kat belakang aku bukan tandas ok... tapi bilik persalinan. Memang besar dan selesa kalau nak tukar pakaian. Siap ada bangku untuk tiap-tiap bilik persalinan tu.




Ini baru teaser. Aksi terlampau yang sebenar akan dipaparkan di entry kendian. zasss...

Tuesday, February 02, 2010

Berenang untuk kesihatan itu baik sebenarnya...

Kalau tengok entri blog ini dalam bulan Disember dan Januari, ada seketul je. Nampak sangat aku malas nak tulis apa-apa.

Daripada minggu lepas aku ada this weird non-stop Gastric pain yang datang sekali sekala bila-bila dia nak. Kedatangan beliau ini merosakkan rencana aku untuk menurunkan berat badan. Kacau daun betul la.

Tiba-tiba aku jadi buang tebiat makan nasi beriyani yang sedap gila di kedai Mamak Darussalam tengah hari buta. Lepas itu aku makan maggi semangkuk dan sup cendawan panas dicicah roti tengah-tengah malam buta. Pulak tu jam 3 pagi aku bangun dan bancuh nestum panas sambil mengunyah bijirin. Untuk sarapan pulak aku balun nasi goreng dan samosa inti kentang.

Dah macam gorilla dah aku tengok gaya aku makan. Tapi perut aku masih sakit. Kemudian, ada seorang colleague aku cakap;

"eh you... kalau gastric kena makan sikit tapi kerap. bukan makan banyak laa."

"ohhh... ahahaha... ye ke... patut la perut saya tak hilang sakit."

Ceh... patutlaa... aku rasa makin aku makan banyak, makin pedih pulak. No wonder la... serius aku amat naive pasal Gastric ni sebab ini kali kedua aku kena. Sebelum ni, aku terkena Gastric setelah aku meneguk julap dengan perut kosong.

haha... extreme tak extreme? Rasa bodoh pun ada... tapi time aku minum tu tak rasa bodoh pulak. Rasa biase-biase je. Sekarang ni, dunia julap dah lama aku tinggalkan. Sebab aku dah serik dengan kesakitan yang macam-macam.

Oklaa... bulan Februari ni aku akan serikan blog aku dengan gambar-gambar aksi terlampau aku (serta rakan-rakan seperjuangan) di tepi kolam mandi. Nantikan ya!