Tuesday, July 20, 2010

sembang kosong

Semasa aku menyembang di Pantry, topik yang disembangkan adalah berkenaan perangai parents. Ada mak suka ajar kita masak, ada mak mertua yang biarkan kita masak sorang-sorang kat dapur dan macam-macam lagi.

Aku pun ceritalah pasal aku yang selalunya hari Jumaat, mak aku tanya aku balik ke tak weekend tu. Dan selalunya aku jawab yang aku akan balik, tapi bukan Jumaat malam, tapi aku cakap aku balik Sabtu pagi atau petang. Sebabnya aku nak kemas rumah dan basuh baju lepas balik dari kerja jumaat petang tu. Aku tak boleh nak tinggalkan rumah sewa aku dengan keadaan kotor dan tak bersapu. Aku senang rasa rimas.

Aku cerita la lagi yang kalau aku balik, aku tak ada buat apa pun. Sebab adik-adik aku dah besar dan boleh buat semua benda sendiri. Selalu rumah aku sunyi sebab tak ada orang sangat, abang aku keluar, adik aku pergi rumah kawan... jadi ofismate aku tanya lagi sebab dia pelik la kan... nak balik jugak;

"lahhh takkan takde orang... abah pun takde ke?"

"laa.. abah saya mana ada lagi dah."

Diam. *Bunyi cengkerik*

Aku nampak muka dia macam fell flat. Awkwardness.

Dia sambung, "mak sunyi la tu kot."

Monday, July 19, 2010

Orang 'pandai'.

1 Julai, maka genaplah setahun aku bekerja dan pengalaman yang aku dapat takdelah sebanyak mana lagi pun. Bagi aku, hari hari ibarat kena redah dan selami lautan yang luas dan bertemu bermacam-macam cabaran. (fuiyoo ber'metaphor' plak) Dan selepas setahun aku bekerja, ada satu pengalaman baru yang aku dapat minggu lepas yang ingin aku coretkan dalam belog aku ni.

Masa itu aku hadiri satu Convention dimana pada hari kedua, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat satu case study. Kumpulan aku dapat kes Dadah (seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952) dan aku juga dilantik menjadi facilitator. Dalam kumpulan ni akan ada Ketua Facilitator dan juga Ketua Kumpulan.

Jadi, semasa aku jalan-jalan aku tanyalah seorang senior officer ini pasal progress kumpulan dorang. Aku boleh dikatakan kenal lah senior officer ini. (not so close, tapi aku dan dia rajin menyembang kalau dia datang office aku)

"ok ke?", aku tanya.
"Tengah tunggu Tuan X. Dia pegang Kertas Siasatan. Kenapa?", kata beliau.
"Tak ada ape-ape...", aku jawab dengan senyum.
Aku sambung lagi, "Saje... nak jadi pemantau... hehe." aku gelak kecil.

Dia pun gelak jugak.

Kemudian aku pun nak cari port duduk dan aku dengar dia bercakap lagi dengan aku.

"Dato' X pernah berkata..." dia paused. Aku toleh kepada dia dan tanya... "kata ape?"
"Pemantau ni.... kalau tak tahu apa-apa... tak gune jugak." dia senyum sinis.

Aku tercegat dan pandang tak berkata apa-apa. Lantas aku duduk tanpa reply apa-apa. Pada masa dia cakap kat aku macam tu, satu kumpulan dia pandang aku.

Well, to my defence la kan berkenaan isu ini, aku telah dilantik menjadi Facilitator dan semestinya aku dah baca Kertas Siasatan before hand. Aku tahu apa isi kandungan case study tu dan aku telah identify isu-isu yang perlu dibincangkan di dalam kumpulan. Bodohlah kalau aku pergi dengan otak kosong.

Nak kata aku tak ada pengalaman, aku pernah la assist bos aku pasal kes dadah dan kes tu dah jatuh hukum gantung sampai mati. Aku prepare hujahan siang dan malam dan buat thorough research. Besides, selama setahun aku bekerja, dah banyak Kertas Siasatan kes dadah aku perused.

To me, for you to say that I don't know anything it's not fair.

Mungkin aku ni nampak kebudak-budakkan, terlalu muda dan muka macam tak boleh percaya untuk memiliki sedikit pengetahuan berkenaan kes dadah.

Lagi satu, aku still boleh terima kalau dia cakap aku ni tak tahu apa-apa kalau dia ini dah handle kes dadah di bawah Seksyen 39B yang banyak dan ada pengalaman... AT LEAST la kan ... perused Kertas Siasatan kes seksyen 39B. Tapi dia tak ada pengalaman sebegitu rupa sebab skop kerja dia tidak terjangkau kepada kes-kes dadah yang berat (seksyen 39B).

Selepas kejadian ini, aku terus jadi sedih sebab aku kenal la senior officer ini, selalu datang office aku... mesti sembang dengan aku. Dah jadi kawan la kan. Aku dah hilang semua respect kat dia.

Nak kata aku buat bodoh masa group discussion, aku ada tanya jugak dekat group lain dan ada orang datang jumpa aku dan minta explain certain issues by which aku dah explain. Dan benda yang aku explain tu, kerja yang aku selalu buat... so should be no problem.

Dan masa presentation kumpulan dia, terang-terangan group dia dah salah letak kesalahan, iaitu dibawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya. Tak pernah dalam sejarah manusia letak bawah tu... sebab sepatutnya letak bawah seksyen 39B(1)(a) ADB.

Orang 'pandai' la katekan.

Sunday, July 11, 2010

Hari Keluarga Office aku. =)

Hujung minggu lepas, Hari Keluarga office aku di Rompin Pahang (semangat betol). Pergi berkonvoi 9 buah kereta dari Tol Senawang dan ada juga yang tunggu di Batu Kikir Negeri Sembilan. 9 buah kereta ini ada geng family dan ada geng bujang (kategori aku ler tuh).


Bergambar di tepi Tol Senawang.


Tentatif program adalah mula-mula pergi kenduri kahwin salah seorang staff di Pahang. Makan free! (hik hik hik... berdosa sungguh.). Pelamin sangat cantik! lalu kagum lah geng-geng bujang ini, seraya masing-masing mengambil gambar pelamin sahaja tanpa pengantin dan simpan buat rujukan untuk masa akan datang. ;)




Selepas berpenat lelah makan di kenduri, kami semua berkonvoi ke Serai D' Lanjut di Rompin Pahang untuk aktiviti Hari Keluarga seterusnya! Program pertama ialah bersukan, ada perlawanan Bola Tampar, Tarik tali dan permainan Futsal.

Aku main Bola Tampar je sebab malas nak main tarik tali... nak ambil gambar banyak-banyak masa tarik tali. (psst... kumpulan aku menang Bola Tampar... thanxs to Bos aku yang amat berbakat bermain, Tuan Gan yang tak kurang hebat dalam serve bola dan men'saiko' orang lain yang tak reti main, Aimie yang memang best habis, anak abang Mizi (aisey lupa nama) yang juga cekap mengambil bola serta Tuan Ipin yang bersemangat!)

Itulah Tuan Gan yang tengah ketandusan idea nak saiko opponent.



Game Tarik Tali... ini kumpulan juara


Dan kumpulan bukan juara.... abaikan Tuan Ipin yang tersungkur itu... (macam mana tali boleh ada atas punggung... lolz...)


Selepas main, masa untuk ke pantai! (geng bujang perempuan)


Dan kemudian, pada waktu malam, masa untuk berBBQ dan cabutan bertuah serta exchange hadiah bersama-sama semua kakitangan office aku.

Mula-mula eksaited giler dapat hadiah cabutan bertuah sebab aku jarang bertuah la kan, tapi rupa-rupanya, semua orang pun dapat hadiah cabutan bertuah... bezanya cuma dapat hadiah yang mana satu.

Esoknya, balik!



Seronok... =)