Tuesday, September 28, 2010

Refresher.

Aku tak tahulah orang lain macam mana, tapi bagi aku... aku berpegang pada prinsip ni :- "Jangan give up." Aku percaya benda yang boleh halang dari kita buat segala-galanya ialah bila kita give up... bila kita sendiri letak noktah pada sesuatu yang kita buat.

(cewah cakap macam bagus jek... muahahahaa...)

Anyway, aku selalu lah juga bloghop blog orang lain. Aku tengok blog budak-budak sekolah rendah, budak-budak sekolah menengah dan juga budak-budak yang kat universiti, lalu aku cakap pada diri sendiri, "I've passed that phase." Dan aku akan reminisce kembali saat-saat aku lalui perkara-perkara tu semua. Dan aku amat bersyukur dimana aku berdiri walaupun taklah se-perfect mana.

(Oh by the way, school kids nowadays are darn bitchy and mean. Banyak sangat tengok Gossip Girl. Dulu zaman aku paling kuat pun cerita Telenovela "La Usurpadora".)

Dulu masa aku form 3 aku pergi ambil hadiah di Ofis arwah ayah aku. Bila naik lif, ayah aku cakap dengan member dia... "nak amik hadiah cemerlang PMR", aku tengok muka dia macam ada bangga semacam... alaaa macam muka parents bila anak nak Convo... muka berseri-seri, senyum meleret je. Ha... macam tu la.

Kadang-kadang sekarang kan, kalau boring... aku akan tengok video yang aku pernah rekod dulu, just untuk refresh otak aku balik... bunyi suara dia, perlakuan dia, senyuman dia... bukan apa,

Cuma... aku takut aku terlupa.

Tuesday, September 21, 2010

Budak yang Funny.

Open House di rumah aku yang lalu, ada seorang budak yang funny (umur 12 tahun). Muka ibarat Jonathan Lipnicki (budak yang berlakon dalam cerita Stuart Little tu).

Budak funny ni dia pergi toilet. Dah selesai 'pekerjaan' beliau, dia keluar. Lepas tu dia tanya,

"air dalam toilet sini memang warna Oren ke?"

Kitaorang buat ekspresi muka dan cakap: "haaa?"

Budak funny ulang, "saya tengok dalam toilet air warna Oren. Memang warna Oren ke?"

Abang aku pun pergi check dalam toilet dan keluar... dia tanya budak funny, "air warna Oren kat mane? Takde pun... semua ok je..."

Budak funny kata, "adaaaa... dalam toilet."

Abang aku tanya, "tadi oren ke? kamu dah flush?"

Budak funny kate, "takde flush."

Abang, "habis tu kamu kencing mane?"

Budak funny, "saya tak kencing dalam toilet. Saya tak kencing situ. Saya kencing kat tepi."

Aku dalam hati 'bengong... kencing tepi dinding la tu..,'


Well, toilet (jamban) di rumah aku warna Oren sebab kaler jamban tu sejak azali memang warna Oren. Sekian.

Mata budak funny ni kero kot. ngahahaa...

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya.


Dah lama aku tak update blog ni sebab malas. Pejam, celik, pejam, celik... dah sebulan kita berpuasa dan hari raya pun dah lepas.

Tahun ini, aku apply cuti lama sikit memandangkan cuti aku masih banyak yang berbaki. Aku cuti dua hari sebelum raya dan empat hari selepas raya. TAPI, dalam aku bercuti, aku masih buat kerja pejabat DI RUMAH. Pathetic betul. Mak aku cakap aku workaholic sebab jarang ambil cuti, selalu balik office lambat dan cuti-cuti pun buat kerja pejabat. Tapi aku malas nak complaint... sebab aku sendiri yang nak buat. Lain la kalau aku kena paksa, memang aku bising, kan?

Hari pertama aku cuti (2 hari sebelum raya), aku buat kerja pejabat DI RUMAH dan bolehlah pulak kan... aku masuk office pukul 3 petang dan jumpa bos aku. Bos aku cakap "AIKKK??? bukan kamu cuti ke?". Aku cakap, "Memang saya cuti, tapi saya ada benda penting nak discuss dengan Dato' ni. Lepas saya discuss, saya balik laa..."

Keesokkan harinya (sehari sebelum raya), aku tolong mak aku anyam ketupat (guna daun kelapa) dan petang tu aku hantar ke rumah Aunty Norlia untuk masak.



Di rumah Aunty Norlia... aku, adik aku (syifa) dan mak aku masukkan beras dalam ketupat tu. Kemudian aku tolong Aunty Norlia masak (kacau sikit-sikit sebab anak dia yang masak from the beginning) rendang ayam pakai dapur kayu.


Habis baju dan tudung aku berbau asap. Tapi syok!

Hari Raya, macam rutin biasa... kami sekeluarga ke Masjid untuk sembahyang raya. Kemudian melawat arwah ayah di pusara. Kemudian ke rumah Aunty Jun untuk makan! Yeah... =)

Selepas solat Jumaat, kami bertolak ke kampung di Terengganu. Melawat Tok dan Tokki di Kemaman. Kemudian ke Dungun melawat Wan dan juga Tokki (sebelah mak) di Kuala Terengganu.


Di kampung macam biasa lah, sanak saudara bertanya khabar...

"BILA NAK KAWIN NI?"

Hah! hambek kau... baru nak bernafas mencari nafkah untuk diri sendiri dah kena tanya pasal kahwin. Tunggu la... aku baru je kerja. Kehidupan fasa kerja ini pun aku masih belum adjust... macam baru melalui minggu suai kenal gitu... dah kena fikir pasal kahwin. Duit pun tarak... habuk je yang memenuhi ruang kocek/wallet aku... macam mana nak kahwin?

Kalaulah kahwin itu sesenang salam tok kadi dan terus balik rumah... dah lama aku kahwin. hekhekhek. (Wow macam dah jatuh kategori wajib je ni... hikhik.)

Berbalik kepada topik raya, well, raya aku tak lah semeriah raya tahun lepas dimana sampai ke Kelantan kami menjelajah. Sebab tahun ini ramai sedara-sedara aku beraya di rumah mertua masing-masing... bukan giliran di Terengganu tahun ni, jadi kurang meriah sikit. Aku harap tahun depan meriah sikit... mungkin aku raya dengan orang baru. OPPSSS!


Anyway, akhir kata dari aku:



Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.