Monday, November 22, 2010

Tombol Pintu.

Hari Ahad lepas bila aku sampai di rumah di Putrajaya, aku pulas tombol pintu bilik aku dan tombol tu boleh dipulas (macam tak berkunci) tapi tak boleh nak tolak daun pintu. Aku dah naik hairan... kenapa pulak pintu ni.

Kemudian aku cuba guna kunci, cuba buka macam biasa dengan pulas-pulas tombol tu, tapi masih tak boleh bukak. Sah memang dah rosak tombol ni. Housemate aku, Dona kata mungkin spring nak tarik selak pintu dah rosak, dah beralih tempat dan menyebabkan selak tak boleh nak ditarik bila tombol pintu dipulas.

Aduhai. Frust. Penat. Badan melekit. Letih.

Aku selongkar laci dan aku jumpa screw driver dan aku cungkil sedikit demi sedikit tombol tu sampai la terbukak satu bahagian ni (tak reti nak explain bahagian mane). Ada skru dan aku pulas-pulas skru tu sambil tarik2 tombol biar longgar sikit untuk aku buka tombol. Lebih sejam aku cuba tapi pintu masih tak boleh bukak.

Geram dan sakit jiwa.

Aku call Wan dan dia suruh aku cuba guna kad macam swipe kat tempat selak tu. Sebab dia pernah cuba dan boleh buka. Aku try buat tapi tak boleh nak jolok kad tu lagi dalam sebab ade bingkai pintu menghalang. Sampai bengkok dan terkopak kad aku. (Kad membership McD Kids Club punya. huahuahua.)





Sudah lah rumah di Putrajaya tak ada 'tool box', jadi last resort, aku guna tangan untuk tumbuk tombol supaya ia renggang sedikit dari pintu. Sakitnya tangan aku tak terkata. Sampai bengkak. Huhu.


Bila dah renggang sikit, aku tolak pintu sekuat hati dan akhirnya terbuka!! Selak pintu tu memang dah stuck tak boleh nak tarik ke dalam bila tombol tu dipulas. Jadi masa pintu tu terbuka, rupa-rupanya selak tu jadi hancur berkecai macam serpihan kaca. Tapi pintu tak rosak, tempat letak selak pun tak rosak. Hanya selak durjana tu je yang berkecai.



Akhirnya barulah aku pergi mandi dan rasa tubuh sangat bersih dan rileks... tak berpeluh-peluh, gatal-gatal dan juga melekit.

Come clean.

I am not the girl of what you think I am. When I'm trying to be something that I'm not, I try real hard hoping that you will accept me and like me.

But some other odd days, when my true colours were accidently being shown, I hope you'll understand that it is something beyond my control. Because unfortunately, actors do need to rest from the acting world and be themselves. Yes, this is selfish and I admit it.

I know that my behavior is something to be ashamed of and I regretted it whole-heartedly. I know that I can't turn back the time and wishing that it would, will only be wasting my time. But your act of rubbing it in would only add salt to the wound.

I hate myself for being selfish. I hate myself for being out of control. I hate myself for being a lousy actor.

I think I should come clean and stop all this pretending.

Tuesday, November 16, 2010

Sakit.

Sejak kebelakangan ini aku kerap sakit. Rasa sedih sebab menyusahkan orang lain, especially menyusahkan ibu aku. (ngeh ngeh ngeh). Mana taknya, bila aku sakit, aku balik rumah pastu buat muka seposen. Keji betul!

Masa aku demam minggu lepas (hari deepavali) bayangkan malam raya tu aku duduk di Putrajaya dan tak boleh bergerak ke mana-mana. Badan panas giler rasa macam nak tidur je tak nak bangun. Memikirkan esoknya raya dan rumah kat Putrajaya tak ada orang, aku jadi takut. Kang aku mati kat sini siapa tau. Waaa sedih terus aku packing barang dan balik rumah.

Bila rasa nak balik tu, aku duduk fikir aku tak boleh drive sebab aku tak larat. Nak tau apa aku buat? Aku makan ubat dan bila badan aku start berpeluh sikit, aku packing barang, aku sapu lantai satu rumah putrajaya tu, aku kemas gila-gila sampai peluh yang banyak keluar. Aku mandi dan terus drive balik Subang Jaya. Kan kalau demam bila dah berpeluh kiranya badan dah kebah sikit kan. Itulah sebenarnya apa aku cuba buat.

Time drive tu aku rasa ape pasal jalan ini besar semacam. Kenapa semua kereta besar-besar macam lori? Kenapa jalan berombak-ombak? Kenapa lampu ini sinarnya pelik dan macam di alam fantasi. Aku rasa dekat sejam aku drive ke Subang. Selalunya setengah jam je bawak speed 90 kmph. Dan bila aku sampai rumah terus rebah ke Katil. Malas dah nak fikir apa-apa.

Sekarang ini pun aku masih sakit. Tapi tak pergi klinik sebab aku malas. DAN jugak sebab aku tak boleh nak MC dengan corak kerja aku sebagai kuli batak yang tegar. Bayangkan aku cuti je sehari semalam (isnin), dah banyak call in sampaikan satu call ini suruh aku attend meeting hari ini (hari ni aku tak cuti, ingatkan nak ambil MC). Sob sob sob... apelah malang kerja aku ni.

Buat kesekian kalinya, sakitnya kali ini ialah aku kena gastrik (LAGI), dan hari ini (selasa) dah hari 6 hari aku gastrik. Macam mana aku boleh tahan, well aku beli pill kat farmasi je. Selepas aku makan, aku telan pill tu. Sudah la aku gastrik kan, bila aku makan je aku akan cirit-birit. Semalam je dah 5 kali aku masuk tandas. Macam mana laaa gastrik aku tak baik kan. Aku ingat la silap hari bulan bocor jugak perut aku.

Dan sakit gastrik ini kesinambungan dari episod aku demam hari tu. Sebab tekak aku pahit nak telan makanan dan aku tak makan secara teratur, tak ada selera nak makan, inilah akibatnya. (eh tapi kenapa timbang berat aku masih sama? mesin penimbang tu sabotaj aku.)

Tapi all in all, walaupun aku sakit, tapi aku masih ok. Berjalan macam orang sihat. Sebab orang kata kalau sakit, bila kita layankan sangat, kita akan makin sakit. Jadi waktu sakit tu, kita kena berpositif dan cubalah menceriakan diri sendiri dan buat macam normal. Inilah yang aku buat, tapi perutku masih sakit... ouch ouch ouch.

Monday, November 01, 2010

Bantuan.

Hari ni, buat kerja pakai 'bantuan'. Inilah 'bantuan'nya:-




Glove beli di kedai Daisho... RM5.00 je. Kat office ni sejuk melampau. Beku jari-jari sampai susah nak buat kerja.

Tapikan pakai glove ni macam nak kutip sampah je. Tak pun macam penjaga gol. hehe.