Friday, December 31, 2010

Rumah 13th Floor

Setelah setahun 6 bulan bekerja, akhirnya aku dapat rumah sendiri.



GILA... rumah sendiri? macam mana kumpul duit?

Ha Ha Ha *gelak riak*.

Takdelah... sebenarnya bukan rumah sendiri pun. Rumah Kuarters Kerajaan. T_T.



(Tingkat 13 tu, kalau lif rosak, slim lah I... )


Sepanjang minggu ni, aku ke hulu ke hilir menguruskan hal rumah ni. Menarik jugak sebab semua benda buat sendiri (sambil ditemani oleh Aimie ke Kajang untuk matikan setem hasil). Kemudian belajar uruskan bajet rumah dan juga bajet keperluan harian. Sangat mencabar.

Rasa macam dah dewasa. =)

Sebenarnya urusan ni bukan susah pun, cuma sebab benda baru kan... so jadi struggle sikittt je...

Bila dah dapat tawaran rumah kuarters, kena pergi deposit bekalan air di SYABAS Wilayah Sepang. Masa aku pergi tu sorang-sorang je pergi, jadi sesat sikit. Dengan GPS yang tidak membantu sebab kawasan tu tak muncul dalam peta. What the... sampai tak muncul tu, punyalah dibuatnya SYABAS kat tempat jin bertendang.



Selepas selesai urusan deposit air, aku ke Putrajaya balik dekat Anjung Kompleks E Precint 1 untuk selesaikan deposit Bekalan Elektrik. Punyalah lama aku tunggu, dekat sejam setengah, padahal ada 4 orang je.

Sekarang, alhamdullilah semua dah settle. Akaun bank pun dah berlubang. huahuahua. Takpe... nanti masa depan dah senang... rumah dah ada.

Aku tunjukkan video gambaran rumah aku;


Thursday, December 30, 2010

Had Laju.

Tadi aku pergi ke Shah Alam. Ada kerja sedikit. Bila on the way balik office, aku lalu highway nak gi KLIA tu. (aku panggil Elite)

Sedang aku menyanyi-nyanyi girang di dalam kereta, aku lalu di Kilometer 5.5 di highway tu dan aku teringat, inilah tempat aku disaman ekor. Had laju dibenarkan ialah 90 km/j. Tapi aku bawa kereta 108 km/j.

Macam bodoh giler kan? apehal 108 km/j?

Sebabnya...

Aku ingat jalan situ had laju 110 km/j. Rupa-rupanya 90 km/j. Pffttt... sungguh bala.

Highway ni special sikit... sebab separuh jalan, (berhampiran area bandar) had laju 90. Tapi bila dah ke depan sedikit, nanti signboard tulis 110 km/j. Setiap kali aku lalu sini mesti aku beringat (setelah aku disaman)

Tak lama aku sampai di tempat highway tu yang jalannya dah jadi 110 km/j. Mari aku tunjuk bagaimana pemanduan 110 km/j. Aku ke yang lembab atau mereka tak ikut had laju?



Dan lihat lagi bas bengong ni... Bas ni bawa laju sebab dia dah potong aku. Tak sempat aku nak record bas tu potong. Alih-alih dah berdesup jauh. Dah la sekarang banyak kemalangan melibatkan bas. Ngeri tahu tak...



Oh yaa... mesti korang cakap "eleh pempuan ni record pakai handphone kot. Still salah jugak kan?" hah aku record pakai camera! camera kat handphone... hikhik...

Monday, December 27, 2010

Irony

On my Facebook Wall.


Imran was actually my coursemate for LL.B Hons Law Degree program '08-'09. I was in class A and he was in class B. Kira next door neighbour la. I never added him in Facebook because... reasons I don't know of. Probably I didn't notice that I haven't add him yet. Sounds very keji but yeah... maybe kot.

It so happens that four of us (Azza, Firra, me and Im) went to Alia and Dazrin's wedding yesterday at Perak together. Then I realized that hey! I don't have your Facebook account, yet! Lepas tu baru add. =)

Then that 'recent activity' came up on my wall and I thought it was funny.

Sunday, December 26, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan


and so I've completed my 'kursus pra-perkahwinan' last weekend. Alhamdullilah.


First step:
Registered through sms. I typed this without the brackets [TTDI, my name/spouse-to-be name, date to attend course] and send it to 012-634 6533. Then you'll received a reply with information in regards to the course.

Second step:
Attend the course on chosen dates.

Third step:
Collect the certificate after completion.

Easy-peasy.


Additional info:
  • Bring along the prescribed fees (mine was RM80.00 per person) and a copy of your photostated IC.

  • Wear proper attire (Baju kurung, Baju Kebaya, long skirts with blouse, tudung - for women.) (for men - anything except short pants, sleeveless shirt, shirt with improper printings such as picture of a khinzir, vulgar words, obscene pics and etc etc.)

  • I attended the course at Masjid Al-Taqwa, TTDI Damansara (website: http://kursuskahwin.webs.com/). There are other places as well that you can choose, wherever suits you as long as it is a registered ones under JAWI/JAKIM.

  • At TTDI, the Course starts at 2.30 p.m until 7.00 p.m on Saturday and starts at 8.30 a.m until 4.00 p.m on Sunday. Elsewhere, the time may be different.

  • You'll be given a file with a book (basically notes for the Course), a pen, a few pieces of blank A4 papers and meals (tea break and lunch).

  • Contrary to the popular belief, there are NO one-to-one sort of PAFA (Perkara Asas Fardhu Ain) interview sessions were being held during the Course. All you have to do is that you'll take your seat in the hall and listen to the ceramah given by invited speakers throughout the 2-day-Course. Itu sahaja.

  • If you don't have your spouse-to-be or fiance/e, don't worry because you can still attend the course.

Mental note given by the speaker:
  • Syllabus is going to be revised next year because apparently the revision is done every five years and unfortunately, next year is the fifth year. And there might be some major changes with more slots of Ceramah and 'other activities' (unknown). Soooo... jeng jeng jeng... cepat cepat pergi register ok!.

  • Let's say, if today you came to the Course with your spouse to be or your fiance/e... and IF it so happen that both of you dah tak ada jodoh or putus tunang, don't be stupid enough to burn the Sijil. Because the Sijil has no expiry period. You can used it as long as you live and you can also used it countless time, if you're planning on getting married more that once lah kan.

Itu je kot nak share. Sekarang I dah boleh kahwin ok! =)

Sunday, December 19, 2010

Fesyen

Aku jarang (macam tak ada pun!) update pasal fesyen sebab aku tak pandai nak berfesyen.

Ada ketika aku tengah bermasa lapang, saja-saja aku browse through online shopping blog dan aku terlihatkan sejenis 'fesyen' yang agak menarik. Berbulan-bulan aku merenung masa hadapan (dan juga isi kocek) bagi memperlengkapkan diri aku untuk menggayakan fesyen ini. Maklumlah, style aku biasa-biasa je. Tiba-tiba nak berfesyen kan... haruslah rasa macam nak buang tebiat.

Dan akhirnya setelah menjadi stalker internet yang berjaya, akhirnya aku macam 'whatthewhat', beli sajelah. Kalau buruk rupa kasi je dekat adik. Biar dia jadi buruk sekali. hikhikhik.

Inilah fesyennya. Fesyen anak tudung bersilang yang terbaru. Bersalut selendang. (hehe)



Mula-mula pakai agak awkward tetapi buat macam diri rasa cantik je lah. Almaklumlah, perempuan perasan. Hehe. (dah beli kenalah pakai! Kalau tak membazir je). Aku tahu muka aku bulat semacam tapi entah... rasa nak cuba je.

Bagi aku, anak tudung itu selesa dan cara pemakaian yang bersilang-silang itu agak unik. Selalunya kalau nak pakai selendang lembik dan susah nak dibentuk, aku pakai inner tudung yang ada awning yang aku telah beli secara pukal dan murah (dengan tawar menawar sehabis baik) di Jalan Syurga-Tudung-Wanita (Jalan TAR lah... mana lagi kan? *wink*).

Tapikan, masa aku beli inner awning tu, makcik penjual itu telah auta sama aku sebab dia kata kalau masuk mesin basuh gerenti awning boleh jadi bulat macam biasa setelah digosok. Aku yang curious (dan bodoh alang) pergi la basuh guna mesin basuh. Hasilnya, awning aku macam kena langgar Tsunami. Hampeh punya makcik!

Bila pakai kat office, colleague aku (lelaki single in mid thirties - saje nak exaggerate. muahaha!) kata: 'Kau nampak pelik lah... pakai ape tu ape tu atas kepala. Macam... entahhhhh... pelik lahh...'

Aku kata: 'Ini fesyen namanya. Itu you pakai selipar pergi pasar dalam office selepas tu ada stokin itu apaa... itu apa? Itu lagilah pelik!'

Haish... pelik ke fesyen ni? rasa selesa pulak tapi orang kata pelik. Malulah pakai berterusan nanti. T_T

Monday, December 13, 2010

Sifat.

Tahun ini update blog sangatlah sedikit. Sebab aku malas. Dan tak ada apa nak cerita pun. Hidup aku 'mundane'. Arggghhh so not me!

Bosan la kerja pekerjaan yang serius ini. Benda kecil pun boleh trigger jadi serius. Masa aku mula-mula masuk kerja dulu, ada seorang mamat technician computer datang baiki computer purba kat office aku.

Tengah dia baiki, dia cerita la macam-macam. Sampai dia tanya aku pasal kahwin. Ish bab kahwin ini la yang aku malas. Kenapa PERLU nak cerita pasal kahwin? Penting sangat ke? Hidup bukan berpusing-pusing atas paksi perkahwinan je tahu! (ha kan benda kecil dan trigger jadi serius!)

Anyway, dia cakap bidang undang-undang kena kahwin dengan orang undang-undang atau orang yang boleh tahan profesyen undang-undang. Sebab setiap masa semua benda nak dipersoalkan. Contohnya:

Isteri: bang, dah tutup lampu kat gate ke belum?
Suami: dah tadi.
Isteri: Ye ke? saya nampak macam 'on' lagi je. Pergilah tengok.
Suami: dah, abang dah tutup dah. confirm.
Isteri: eh ye ke? saya lalu kat ruang tamu tadi nampak 'on' je. saya lalu pukul 9 malam. Abang tutup pukul berapa? lagi awal atau lagi lambat dari saya?
Suami: ye la ye laaa *fed up*

Ha faham tak? siapa orang yang belajar undang-undang mesti pernah lalui situasi ini. Situasi yang perlu confirm banyak-banyak lagi biar betul-betul pasti sepastinya. Lagi satu orang bidang undang-undang ini banyak cakap belit. (buaya darat tak payah belajar undang-undang pun cakap berbelit. hikhikhik.)

Contohnya:

Isteri: ish kenapa awak beli serbuk santan dalam kotak? belilah yang cecair tu.
Suami: awak tak cakap tadi. mana saya tahu.
Isteri: awak tak kanlah tak boleh fikir. Kan selalu saya pakai cecair.
Suami: yelah saya mana tahu. saya tak masak. Habis tu salah saya la ni?
Isteri: saya tak kata awak salah. Saya cuma kata awak tak fikir...

Ha... yang ini faham tak? Nak blame husband tapi cakap tak blame. Secara tak langsungnya sifat-sifat keji ini dah tertanam dalam diri aku. Sungguh tak suka!

Jadi azam tahun 2011 ini, nak kurangkan sifat undang-undang dalam diri dalam kehidupan seharian. (kalau kerja tak apa. lalalalaa...)

Friday, December 10, 2010

#1

My first step into a whole new world.



I've registered myself and Wan to attend a 'kursus perkahwinan' at TTDI Mosque on the 18-19th December 2010.

The night before we registered, my brother called me up and told that he wanted to go to the Kursus before JAKIM change the Kursus' syllabus next year. So he told me to SMS our details to the person in charge of the registration in order to book ourselves a place during the Course on our selected dates.

So far as to date, both me and Wan have no solid plan on getting married anytime sooner. I mean we do have plans to get married to each other (haha. hopefully we will not end up marrying someone else. who knows right?) but it's more like a vague plan... or an idea to be exact.

Since we have no solid plans on getting married anytime sooner, why the rush to go to Kursus Perkahwinan? Well, we had the same idea as my brother's. To just get the Sijil and get on with it. I know the purpose of the Course is to get you prepare for the life and responsibilities after you get married.

But for me, looking at my job scope, I would say it's quite hard for me to book a place IF the syllabus is going change into a 3 days and 2 nights course as applying for leave is quite difficult for me (heard that the course will stretch to 3 days and 2 nights long). So since on the 18-19th is the time that I'm currently available, why not right?

P/S:
The course will be starting at 2.30 p.m on the 18th so I can still go to my closest friend's wedding beforehand at 12.00 p.m. =)

Wednesday, December 08, 2010

Kuat.

Selalukan dengar orang kata hidup ini macam roda, sekejap kat atas, sekejap kat bawah.

Lepas tu selalu jugak kan orang kata semua orang akan merasa saat-saat roda tu berpusing, sekejap kat atas, sekejap kat bawah.

Dan selalu juga orang kata pengalaman hidup ini akan menjadikan kita kuat pada masa hadapan.

Itu orang kata. Kita sendiri macam mana?

----

Azam 'bosan' aku tahun 2011: nak kurus. (whatthefish?)

Setiap tahun pun sama tak ada perubahan, kan. Gemuk mettong cam tu jugak. ha ha. Cerita disebalik azam yang ni dulu aku pernah canangkan kat blog ni. Heh, cerita itu sebenarnya separuh daripada cerita yang wujud.

Yang separuh lagi, aku simpankan.

Ya, dulu memang aku besar. Sekarang kecik sikit dari dulu. But still besar lagi. (ini pun aku dah cerita. Orang baru baca blog ini nak tahu, pandai-pandai la korek. Aku malas nak cari link.)

Orang kata nak kurus kena kuat azam. Kena tekad. Bukan hangat-hangat taik ayam je.

Dan ya, aku setuju orang kata pengalaman hidup ini akan membuatkan kita kuat pada masa hadapan.

Masa proses pengecilan tubuh, jujurnya aku tidaklah sekuat mana. Azam aku masih hangat-hangat taik ayam macam tahun-tahun sebelum. Tapi ada satu perkara yang telah memaksa aku... ia berkaitan 'hidup'... 'hidup' yang sebenarnya telah memotivasikan diri aku untuk menjadi kuat... dan seterusnya melaksanakan azam aku. (what the... cam poyo jer...)

Selalu bila dah gemuk, badan naik, orang kata 'eh, bahagia nampak?'.

Ya, memang aku bahagia. Dulu masa kecik aku bahagia. Kemudian waktu azam berjalan aku terseksa. Kemudian sekarang aku bahagia kembali.

Sekarang aku masih bahagia lagi, tapi nak laksanakan azam. Boleh ke? tengoklah nanti. *wink

----

Memang aku bunyi macam poyo. Tapi kau mana tahu. Kalau kau rasa peria itu benda yang pahit, hidup kau masih OK.