Monday, October 10, 2011

Perfection.


Sedang aku membaca email, ada orang forward satu email yang aku kira agak menarik untuk dikongsi. Aku tak tahu siapa yang tulis intipati email tu. Anggap je lah intipati email ni satu santapan kehidupan dan untuk renungan je. Nothing serius atau perlu diambil pusing sangat, ok.

Jika kamu memancing ikan.
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu 
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...
setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu. 

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. 
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak.
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang... sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya. 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu... Mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. 
Kamu juga yang akan menyesal....


Point yang aku nampak through email ni, manusia memang lumrah mengejar kesempurnaan (termasuklah aku) dan akibat terlalu mengejar, benda yang kita dah let go akan jadi sejarah lepas. Nak kutip balik pun tak tentu dapat. Dan apa yang kita kejar, jadi berciciran sebab sebetulnya tak ada benda yang sempurna pun dalam dunia ni. Hanya Allah s.w.t je yang sempurna. 

Jadi kesempurnaan apa yang kita nak kejar? 

Aku rasa kesempurnaan kat mata kita je. Apa nak kita berkehendakkan je. Tak lebih dari tu. 

Bila tak dapat kesempurnaan, kita jadi kecewa. So, lived life a little and embrace the imperfection.

0 Tyrexers: