Wednesday, January 26, 2011

Fitnah.

Al-Baqarah : 191

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"


Al-Isra'a : 36

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."


An-Nur : 23-24

Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.


_______________


Sedih, geram, marah dan macam-macam lagi. Biasalah kalau orang mengata / mengumpat, kita susah nak tutup mulut orang kan? Tapikan, kalaulah aku di situasi kau, aku dengar orang mengumpat kawan aku, aku akan back up kawan aku. Iyelah, benda tak betul... lagi pulak kita yang lagi kenal kawan kita dari orang yang mengumpat itu, haruslah beritahu benda betul.

Ini tak, kau pulak jadi tukang tambah nasi. Sedap dan lancangnya mulut mengata / mengumpat. Aku dengan perempuan ni dah kena banyak kali. Tapi so far tak kena difitnah lagi. Cuma kena dipijak. Kali ni kawan aku kena fitnah. Seriously, apa masalah kau?

Kalau ikutkan hati aku, nak je aku sepak tetek kau. Biar melayut sampai pinggang. Budus!

Monday, January 24, 2011

Cover handphone.

Haritu aku pergi Low Yat Plaza. Niat asal nak cari cover handphone adik aku. Alih-alih TERbeli untuk diri sendiri.

Bila dah sarungkan, semua orang gelakkan handphone aku.

"ape kat handphone kau tu? syirik laa.", Tuan G berkata. (beliau bukan Islam)

"awak guna untuk apa kat atas handphone awak tu? korek hidung eh? hahaha". kata kawan sekerja.

"ee ada hantu dalam lift ni.", kata seorang rakan sekerja masa naik lift. "hantu? hishh jangan cakap laa... mana ada hantu.", kata seseorang yang lain. "Tuuuu tengok handphone dia." lalu tunjuk kat handphone aku.

"mace-mace la talipong dio... warna-warni... comey ado tanduk dua butir," kata rakan sekerja lain yang berloghat kelantan.





Lantaklah, aku suka. Comey. haha.

Sunday, January 23, 2011

would you?


We'll do it all
Everything
On our own

We don't need
Anything
Or anyone

If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world?

I don't quite know
How to say
How I feel

Those three words
Are said too much
They're not enough

If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world?

Forget what we're told
Before we get too old
Show me a garden that's bursting into life

Let's waste time
Chasing cars
Around our heads

If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world?

Forget what we're told
Before we get too old
Show me a garden that's bursting into life

All that I am
All that I ever was
Is here in your perfect eyes, they're all I can see

I don't know where
Confused about how as well
Just know that these things will never change for us at all

If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world?



stuck again.

When my father died, almost every evening or morning (if I had the chance - no class or when weather is great), I'll sit on the swing at the Padang near my house and buai laju-laju while lying flat on my back on the swing. (faham tak?)

Reason being, I wanted to clear my thoughts by looking at the sky... it feel so calm. Subhanallah.

While swinging and clearing my thoughts, I'll listened to Nitrus' song entitled "kamu" non-stop with my mp3 player. (I know that I'm supposed to recite a doa instead which I do but this is like a temporary muse to me) Here's the vid;



Why the song?
I don't know.

Now the song is stuck in my head again.

Friday, January 21, 2011

some-bitch-one

Seriously lah... bukanlah aku nak kata aku ni baik lagi yang mulia dan tiada cacat cela perangainya. Tapikan... ada lah seorang hamba Allah ni, dah 'buat' kat aku macam-macam. Kenapalah kau ni tak serik wahai *ttutttt*. Hah!! *tutttt**tutttt**tutttt**tutttt*!!!!! [haih tak mahu la label-label secara direct. Biar imaginasi sendiri memikirkannya ok]

Aku ni pulak satu... lembut sangat hati. Senang sangat nak percaya dia selepas dia 'buat' kat aku dulu. Aku bukan apa... aku kesian. Kau dah la macam tak ada kawan. Siapa suruh buat perangai? Selepas tu nak open table dan buat cerita sedih. Haih kalau ikut hati binatang aku, dah lama aku rodok mulut kau dengan kasut wedges 3 inci aku yang keras macam konkrit tu.

Aku rasa ni dah peluang kali ke-3 kot aku kasi kat kau. Tapi tak serik-serik buat palat. Arghhh bila fikirkan balik, aku ni macam sotong. Lembik. Senang diumpan macam Paul the Sotong. Kasi kotak isi makanan je terus serbu dan predict. Digunakan oleh orang.

Ya Allah betapa sakitnya hati aku.

Puas sangat la hati kau selepas gunakan aku ye? Well, what goes around comes around, bitch.

kau tengok sajalah.

Thursday, January 20, 2011

Overwhelmed

Syukran ya Allah for the life that you have given me for the past 25 years. 15th January every year mark the day. Alhamdullilah.


♥ ♥ (the surprise)♥ ♥


and to you, thank you for the BIG surprise on my birthday. Yes, I am indeed surprised, happy and speechless. I ♥ you.

Wednesday, January 19, 2011

Decision.


It's when times get really hard... I think of you even extra more.


Decision... decision...

Dear Allah the most merciful, please guide me. Amin.

Monday, January 17, 2011

Tak cun.

Di ofis, aku, Tuan G dan Tuan A tengah menyembang lebat pasal kursus. Sebab aku cakap last year aku dah submit borang untuk kursus tapi haram tak panggil. Last-last aku gi kursus untuk Pembantu Tadbir yang takde kena mengena langsung dengan kerja aku.

Tuan G: eh kau (aku ler tu) tak nak ambil tu kursus menaip... N17 punya. Surat ada kat bilik PA.

Aku: Ceh... buat ape kursus tu. Baik saya jadi kerani... tak payah susah susah nak jadi DPP.

Tuan G: eh kau ok ape jadi kerani. Bila kau angkat telefon, suara kau ok la... sedap dengar. Kau tau tu Pegawai Sabah, Encik B tu... kau ada call dia kan?

Aku: ceh Tuan ni. merepek. ha'ah... ada haritu saya call dia.

Tuan G: kau dah jumpa dia ke belum?

Aku: belum. saya cakap dengan dia through phone je. pasal kes itulahh... yang kat Tawau tu.

Tuan G: kahkahkah (belum apa-apa dah gelak tak boleh nak cerita).

Aku: apehal Tuan ni gelak? nape Encik B tu? korang ngumpat saya ekkkk? baik Tuan cerita dengan saya cepat!

Tuan G: haritu dia tanya aku masa aku gi Sabah. Dia cakap 'eh Puan Athirah tu cun ke? Suara dia kat fon ok laa.'

Aku: lepas tu?

Tuan G: aku tak jawab. aku senyum jee.

Aku: Lah... nape Tuan tak jawab? Nak kata saya tak cun lah tu!!!!

Tuan G: hahahaha... paham pun kau. aku ingat aku nak kena explain lagi. kahkahkah.

Aku: hahaha... (gelak lah jugak sebab lawak). alaa... Tuan cakap orang, macam la Tuan tu hensem sangat! hehehe...


Tapi lepas gelak tu cakap dalam hati: ZZZzzzzzzZZZZ... aku belasah jugak Tuan G ni!

Tapi lawaklah... serius. Cuba nanti Encik B ni nak jumpa aku, mesti dia terkejut tengok aku tak cun. Lepas tu terkejut beruk. haha. Baik aku sorokkan diri bila dia datang ofis.

Friday, January 14, 2011

DPP seluar.

Kelmarin aku ada buat kes. Adalah involved barang kes 100+ helai seluar. Seluar slack lelaki cap ayam je, saiz 40++.

Masa nak kemuka barang kes tu ke Mahkamah, kenalah kemuka satu persatu. Kering tekak aku nak namakan satu-satu. Dah macam baca mantera;

'Tandakan P10(b) untuk seluar bertanda A1.' Dan ulang-ulang sampai 100+ seluar tuh!

Sampai habis abjad a, b, c tu aku guna... (kan ada 26 huruf je, tapi barang kes 100+). So kaedahnya aku ulang abjad;

'Tandakan P10(aa) untuk seluar bertanda A28.'
'Tandakan P10(ab) untuk seluar bertanda A29.'

Sekejap lagi, 'P11(aaa) untuk...',

Sampai aku tersedak-sedak dan hilang fokus bilang abjad aku. Lawyer dan DPP lain gelak je. Cesss. Kuang ajau! Puan Hakim tu pulak tanya, 'Ada lagi ke DPP?'

Aku kata 'ada lagi... 4 helaiii je lagi Puan.' Lepas tu aku steady sambung... malas nak amik port. Janji kerja aku siap. hikhik.

Sebelum kemuka seluar ni, aku kemuka barang (serbuk x) dari Jabatan Kimia. Akibat bijak sangat tak pakai glove, so tangan aku rasa pijar kepanasan macam rendam dalam air rendaman cili kering lepas pegang serbuk tu. Blazer aku plak habis kena serbuk tu yang warna putih.

Keesokkan harinya bila aku pergi mahkamah, nampak je muka aku, lawyer kat situ, polis dengan PO asyik tanya aku pasal seluar je. pffftttt...

Huh... mesti aku dah kena cap 'DPP seluar'. haha.

Thursday, January 13, 2011

Rombongan Kahwin.

Semalam di ruang cubicle di ofis.

'Tahun ni siapa pulak kahwin ek?'

'Entahlah... macam cik X... dia tanya-tanya pasal kursus kahwin tu' (ni bukan aku ok. aku dah selesai. hehe)

'Kalau cik X, tahun ni boleh lah satu ofis berombongan berhari-keluarga di kampung dia.'

'ahh betul tu! sokong... sokong...'

Maka ramailah sokong. Lepas tu ada orang cakap lagi;

'Cik X kat Melaka, Cik Y kat Sabah, Cik Z kat Terengganu or mungkin kat KL kot.'

Kebetulan aku lalu kat situ dan seraya ada orang tanya,

'Cik Tirah kampung kat mana? Nak buat rombongan ofis kalau Cik Tirah kawin.'

Aku jawab dengan sambil berseloroh, 'Ooooo... saya kat Australia.'

Dorang gelak. Lepas tu ada orang kata, 'Australia? meh sini tengok kulit sikit? gelap macam jawa je.'

Dorang gelak lagi.

Cis.

Tuesday, January 11, 2011

You'll learn through your failures, so don't afraid of making one.

Ohemgeee.... I'm such a lazy blogger! I haven't write anything in regards to last year's crap achievements and failures that I had been through. And it's already the second week of January!

Basically, I don't quite remember a lot of things but here goes...

1) Got the first conviction for a drug case. In this case, I assisted my Boss (duh, of course lah kan... junior officer lah katakan) but nevertheless, the feeling was quite overwhelming, exciting, nervous, guilt and other mixed-up feelings that I can't explain. It's like learning to ride a bike for the first time and while riding it, you smashed your mother's favourite's vase and scratched your daddy's new expensive car. Geddit?

2) Handled my first case alone... annnndddddddddddd... well... basically, I lost. Did not secure any conviction though. Whatever it is, I learned that it's not important to win or lose a case, but what matter the most is that how justice is done. If justice requires you to lose, so be it.

3) Azza dan Kat threw us (Dona, Aimi and me) a surprise birthday party at Fullhouse Sunway Pyramid. Lovvve it!

4) Attended the kursus pra-perkahwinan.

5) I have to travel a lot because of my work. So last year alone, I've covered all the states in Malaysia except Sarawak and W. P Labuan. Due to this, I've transformed from a kapal-terbang-jakun-punya-budak to an old-timer of the airplanes and airports (cewaahh gitu).

6) Kena tipu dengan orang jual product in relation to credit card. Biasalah, when you have a credit card, they'll sell your information to these sales/marketing people and they'll persuade you to buy/engage with their products. In my case, this guy (macam rempit bodoh) called me up and told that I have been keeping a good record of paying my debts with my credit card's provider. So because of this, they offered for me to engage with their company's 'special member privileges card' which allows to me to travel around Malaysia and other selected countries with discounts on accommodation and airplanes ticket. SO... because this is a rather established finance company in Malaysia, I believed them. So I decided to enroll since I love to travel and go on holidays. I forked out RM599 and when I got the card, it's a different card altogether from what they've offered me before. Example, it's like you've agreed to engage with a Jusco Card and enjoy every privileges offered but instead you got Jubo Card which has nothing to offer unless you paid something in advance. ALSO, I've googled the card's membership name and turns out that so many people have complained that the discount card company had robbed them and this has been going on for years. WHAT A RIP OFF! So what I did, I got really angry, called the person who offered me the card, and threatened to bring this matter to court. (silap besarlah kan deal dengan orang macam aku) I will only bring HIM... ONLY HIM to court for the misrepresented information sebab mula-mula dia kata tak boleh refund duit balik. So I told him, by HOOK OR BY CROOK, I WANT MY MONEY BACK, arsehole! I harassed him day and night, almost every two days for almost 3 months and finally I got my money back. (siap menggunakan dakwah dakwah rohani biar dia sedar diri. Orang Islam tipu orang Islam... apa jenis manusia makan duit haram) SO please people, never engaged in any stupid discount cards. Kalau dah ada satu card credit, pegang la kad tu kuat-kuat dan jangan subscribe benda pelik-pelik.

7) Alamak, penat karang point ke 6 di atas ni, dah tak dapat fikir next point. Erm... oh ya! I've replaced my handphone and laptop with my HARD EARNED money. Itupun laptop belum habis bayar installments. Hehe.

8) Got Government Quarters after I've waited for a year and a half.

9) I took another insurance scheme (Takaful Ikhlas) and terminated my Maybank Etiqa Insurance.


Ape lagi ek? Arghhh otak jammed dah malas nak fikir.

Overall, I would call 2010 is my DIY year, because a lot of things happened where I have to deal new things (mostly major decisions in my life) on my own and without absolute parental guidance. Macam dulu kan kalau nak buat decision on something (nak pergi Universiti mana, nak pilih course ape) , haruslah go through parents kan? But for me those years a way over. It's quite tough at first tapi what the heck... redah sajelah. I won't complained that much sebab siapalah saya kan? If I don't do it, I won't learn anything. You'll learn through your failures, so don't afraid of making one.

2010 is also a good year for me because I've been on year tougher than this and I survived! Alhamdullilah. Yay!

Monday, January 03, 2011

Trip to Arau, Perlis.

Hari Sabtu lepas, satu family (kecuali Mamat) pergi hantar adik aku balik UiTM Arau. Tak mahu cerita banyak, tengok gambar je la ek.



Check in guna apps Foursquare



Asrama adik aku.



Co-Pilot yang berhemah dan muka macam alien... takde bulu kening. T_T



Bersedia untuk angkat barang. Huarggghhhh!!! *testing muscle*



Tingkat 3... tinggi dan termengah-mengah.



Budak yang kena tinggal dekat UiTM Arau. huahuahua...




Nampak cermin, dua adik beradik ni jadi sewel. Bukan nak tolong kemas barang dalam bilik asrama. hikhikhik...



Jakun nampak katil dua tingkat woaahh...




Ibu dan abang... di kedai makan Laksa Kak Su Kuala Perlis. Sedap!



Laksa beras Kak Su... memang sedap giler... siap ada facebook lagi tu. Click sini --> Laksa Kak Su


Itu sajalah trip aku ke Arau. Penat tapi seronok la jugak. Perjalanan sejauh hampir 500 km... pergh jauh yang amat tu. Kena bertukar-tukar driver... kalau tak tukar, memang patah pinggang nak driving.

Oh ya... ada video Mat Rempit membelah angin through Highway. Kelakar aku tengok reaksi muka dua orang rempit tu, bawak memang laju giler. Siap bongkok-bongkok dan pegang helmet kuat-kuat. Ada beberapa kali dia potong kitorang masa bawak 130 km/j... dia boleh potong biase je... pergh berapa laju daa... video ini aku ambil masa kitaorang bawak sebelah dia.