Aku nak bercakap pasal kerja sikitlah.
Bermula dari hari sabtu 30 Januari 2011, aku outstation ke Perlis sampai 31 Januari 2011. Esok tu tarikh 1 Februari (patutnya cuti Wilayah), aku pergi Terengganu... outstation jugak sampai 2 Februari. Kemudian 3 februari tu dah cuti Tahun Baru Cina sampai hari Ahad. Esoknya hari isnin aku kena pergi mahkamah Klang sampai hari selasa. Rabu ke Shah Alam, Khamis dan Jumaat di Sepang.
Memang penat sangat. Nak travelling tu satu hal. Preparation untuk kes tu lagi yang buat aku semak. Hari Khamis kat Sepang tu kemuncak aku ada 5 kes. Nasib baik lah 4 tu tak perlu major preparation, cuma yang satu tu je. 2 minggu back to back kes ni membuatkan aku asyik balik malam je. Cuti pun masuk office. Giler takde life.
Ni minggu depan dah ada kes kat Shah Alam pulak. Lepas tu next week lagi satu kena pergi ke Labuan 3 hari. Ahhh sakit jiwa betul.
Ada orang kan, kata aku punya kerja relax berbanding mereka mereka itu. (statement bikin aku panas) Memang aku admit, ada time TERTENTU sahaja kerja aku ni agak relax. Tapi mostly, tak ada la relax sangat... dan bila waktu bukan relax, memang tak menang tangan langsung. Kadang-kadang aku rasa stress tahap nak hantuk kepala ke dinding. Kira time relax tu compensate tima tak relax. haaa boleh gitu?
Bagi aku lah, tak wajar lah nak compare kerja aku dengan kerja di tempat lain. Setiap tempat ada kesusahannya sendiri. Who are you to judge if you are not in my shoes kan?
Bagi aku la, yang tak bestnya kerja aku ialah part traveling buat kes. Kalau traveling jalan-jalan cuci mata tak pe. Ini aduhlah... buat kes. Mana nak prepare lagi, nak travel lagi, nak bawa dokumen 12kg... sakit otak, sakit badan, stress memanjang. Tu tak masuk kena arrangekan transport, accommodation... sebulan tu mengalir duit SENDIRI dulu sampai beratus-ratus dan ada jugak sampai beribu-ribu. Kau mampu nak spend beribu ringgit untuk buat kes before claim ko masuk bulan depan? haaa cuba cakap. Kalau duit beribu aku dah spend untuk buat kes tiba-tiba claim aku kena tolak, mahu aku bakar office kewangan tu. Takkan aku nak makan pasir dengan minum air hujan kan?
Tapikan nak ikutkan, skop kerja aku tidaklah sebesar macam rakan-rakan aku yang posting ke negeri. Kes mereka beratus-ratus setahun. Nak dibandingkan dengan kes aku yang ciput giler. Rasa macam kecik sangat-sangat... hehe.
Tapikan, aku amat bersyukur aku posting kat tempat sekarang sebab environment (orang sekeliling) boleh la tahan bestnya. Compensate segala kemurungan timbunan kerja aku. =)