Wednesday, March 30, 2011

Kad Kredit 2.

Cerita pasal kad kredit. LAGI.

Anyway petang semalam, ada orang call (dia pakai land line, bukan handphone) dan dia kata dia dari Bank X (shall not be named). Lepas tu dia tanya soalan lazim;

"cik ada subscribe Kad Kredit X kan?'
"Ya."

"Kami ada plan terbaru panggil X-plus untuk protect our customers against fraud."

Ok lah kan... cantik je plan dia. Kemudian dia membebel pasal mekanisma plan tu berfungsi. Kalau kad kita hilang and ada orang swipe, kita tak perlu bayar sesen pun kalau dalam kad tu ada balance.

THEN, ayat lazim dia akan keluar.

"Untuk bulan pertama it's free. Tapi untuk subsequent months, cik hanya perlu bayar 65 sen bagi setiap RM100 balance dalam kad kredit cik."

Aku pun cakap, "OHHHH... kena bayar ke?"

Dia cakap lagi, "untuk bulan pertama percuma cik. Plan ini bagus untuk your protection. (dan dia membebel lagi pasal benefit plan tu."

Kemudian ayat perangkap dia, "Jadi, saya telah terangkan dan Cik setuju untuk plan ini, jadi saya akan poskan surat tawaran ye?"

Aku pun cakap, "Nanti dulu. Bulan ni free, tapi still, next month saya masih kena bayar, right? Kalau taknak, macam mana?"

Dia mengeluh kuat ala-ala yang annoyed gila, "haih... CIK (emphasizing the 'CIK'), ini untuk security. Hanya 65 sen sahaja tau Cik. Ini paling murah di offer untuk plan macam ni. Mana ada lagi bank lain offer."

Then aku mengeluh kuat jugak, "Haihhhhh... saya faham yang you explain ni. Tapi saya ada pakai kad kredit lain dari Bank Y, tak ada pun protection macam ni. Ok je kad saya. and Bank Y tak ada pun imposed charges macam Bank you ni untuk protection. Usually saya call je Bank Y and everything boleh settle. Kalau saya tak nak plan you ni ada effect tak? saya tak protected ke kalau tak ambil?"

Then tetiba, dia cakap, "Okkkkk, okkkkk lah. Bye." (dalam nada yang annoyed dia tu... yang aku rasa nak tumbuk je muka dia kalau dia depan aku)

Gampang punya orang. Attitude nak kena clorox.

Aku ni, bukanlah apa sangat. Aku dah serik la. Kalau aku terjebak, gerenti akan ada ape kejadah plan baru untuk upgrade la, untuk renew la ape la... esok-esok dari 65 sen jadi RM650 pulak. Memang aku bakar bank tu juga. Bank ni akan make ways untuk buat duit, so aku tak boleh la nak marah pasal tawaran dia ni. Dan itu periuk nasi dia. Cuma aku ni sebagai pengguna, janganlah terjebak sangat. Jadi baik aku tolak je tawaran dia.

Dalam entry ni, aku takdelah nak bengang pasal bank ni, tapi aku tak suka attitude orang dalam telefon tu. Dia macam nak marah je memanjang. Mula-mula tu bukan main elok je dia cakap. Once aku cakap pasal imposing charges, terus dia jadi angin.

Thursday, March 24, 2011

Rokok.

Dear smokers, Please get a plastic bag for yourself whenever you want to start smoking. So you can enjoy the smoke 100% by yourself, i dont want any percent of it.


I posted the above quote in my Facebook status to support the smoke-away campaign.

Aku bukan doktor nak point out semua benda, tapi sebagai orang yang ada akal, boleh la fikir sikit-sikit kan. Doktor pernah menasihati arwah ayah aku supaya berhenti merokok sebab dah terlalu teruk sakit... lagi-lagi batuk yang tak pernah surut bertahun-tahun.

The mixture of nicotine and carbon monoxide in each cigarette you smoke temporarily increases your heart rate and blood pressure, straining your heart and blood vessels.

This can cause heart attacks and stroke. It slows your blood flow, cutting off oxygen to your feet and hands. Some smokers end up having their limbs
amputated
.

(taken from http://www.quit-smoking-stop.com/harmful-smoking-effects.html)


and yes, arwah ayah aku meninggal sebab serangan sakit jantung.

Ayah aku sakit slip disc dah lama dan dah siap operate masa tu. Dua bulan duduk hospital dia nak balik dan janji nak datang hospital untuk fisioterapi.

Aku ingat lagi dalam sakit tu, dia dah lama tak merokok, tiba-tiba dia suruh aku belikan rokok. Takkan aku nak bantah plak kan? Jadi aku beli. Aku tak tahulah dia hisap ke tak masa tu.

Then, pada suatu petang, dia cakap dada dia sakit teramat sangat. Jadi, malam tu pergi hospital dan doktor sahkan keempat-empat arteri jantung tu dah block, sebab tu dia kena minor heart attack. Jadi kena duduk hospital balik. Then setkan appointment untuk bypass surgery.

Masa tu, memang dia sakit yang teruk. Tak makan, tak minum, baring je. Dia sepatutnya kena duduk hospital tapi sebab dia boring, dan doktor kata boleh balik cuma monitor betul-betul, jadi dia pun balik.

Selepas birthday dia, dia mengadu sakit lagi. Then paksa dia admit hospital. Masa tu bypass surgery lagi seminggu. So just nice lah duduk hospital. Sehari selepas dia admit, aku ada kelas dan lepas habis kelas, aku pergi la melawat dengan mak aku. Masa tu sangat menyayat hati. Wayar berselirat, tak bercakap, muka kuning sangat-sangat (tak makan, tak minum) tapi boleh angguk-angguk dan sedar lagi. Masa ini tak silap aku di ICU dah.

Aku balik la rumah sebab masa melawat dah tamat. Then ada kawan parents aku cakap ayah aku nak mak aku datang (sebab dia datang melawat lepas kitaorang datang melawat). So mak aku pergi lah dengan abang aku, then belum sampai dia dah meninggal.

Selepas habis kebumi semua, aku tengah kemas rumah, jumpa la sekotak rokok yang aku beli dulu tu dalam laci.

Ada sebatang hilang.

....

dah aku cerita panjang lebar ni, aku harap justifying enough-lah kenapa aku akan support campaign jangan merokok tu.

Perokok-perokok sekalian, memanglah sekarang korang boleh cakap macam-macam. Kalau tak smoke lagi sakit, tangan mengigil dan tak boleh buat kerja. Sebagai release tress bla bla bla.

Fine, merokoklah sepuas hati. Mungkin sekarang tak nak fikir lagi efek tu. Orang kata berhentilah sebelum melarat. Bagi yang dah berkahwin, tengok lah muka anak korang sepuas hati, tengok lah muka bini korang (kalau perempuan, tengoklah muka suami), kerana muka-muka inilah yang kau nak tinggalkan terkapai-kapai nanti sebab dah puas merokok kan. Sayang rokok tangan-tangankan, sayang bini/suami dan anak-anak tinggal-tinggalkan.

Esok-esok mungkin rokok-rokok yang soleh boleh sedekahkan Yasin/surah Al-Fatihah untuk kau bila dalam kubur nanti. kan?




Related posts:

Selamat Hari Raya.

Where did I go Wrong.

Malam itu.

Seven-Forty


Friday, March 18, 2011

Pray and hope.

Remember my previous post about 'you are going to be affected by something only when that something has something to do with you'.

Seriously, I hate the smell of hospital. Bau ubat yang memeningkan kepala.

Anyway, whoever comes to read this post, please pray for my friend's recovery (name: Asboellah Amrin). He was involved in a terrible hit and run accident. He's in ICU right now and it is not a pretty sight.

He's badly injured. Internal bleeding in his brain. Darah tu dah beku and the doctor had to tebuk a really small wire into his skull to get the blood going I supposed. First day at the hospital, his stomach was swollen and hard. Turned out yang Limpa dia rosak dan kena buang almost 70% of it. His left eye was badly swollen. There were bruises everywhere. His right foot was broken. Dulu dia pernah eksiden dan pernah diskru dan diletak besi dalam kaki tetapi skru tu hancur/pecah. So the doctor had to throw the skru out.

The person who hit him really had him battered.

I went to visit him just now and saw his arm jerking.

And there is still hope. =)

Monday, March 14, 2011

Kad Kredit.

Hati aku tengah panas sekarang ni. Geram tak terkata. Ini adalah berkaitan dengan isu kad kredit. Untuk kebaikan semua umat manusia di muka bumi ini, marilah aku kongsi something pasal kad kredit ni.

Kad Kredit ini sangatlah fragile. Jadi siapa-siapa yang ada kad kredit, TOLONGLAH jaga dengan baik dan simpan elok-elok. Jangan beri nombor Kad Kredit dan tiga digit nombor pada belakang kad kredit kita pada sesiapa pun.

Tadi aku call sebuah bank untuk clarify isu ini. Dia cakap, 'jangan beri orang lain nombor kad kredit (16 digit), nombor tiga digit kat belakang kad kredit dan nombor IC pada sesiapa pun'. Kalau ada tiga-tiga nombor ni, maka kad kredit kita akan terdedah pada bahaya untuk disalahguna oleh orang lain. Tiba-tiba statement kau keluar RM6k yang dah kena swipe entah bila dan kat mana. Tak ke meroyan kau nanti?

Dan satu info yang sangat berguna ialah, bank tidak akan offer services atau products yang memerlukan customers swipe kad kredit mereka untuk membuat bayaran. MEMANG TAK AKAN TERJADI. Katalah ada bank yang offer product terbaru, dorang akan call dan memang akan explain kebaikan product tu. Ataupun, dorang akan hantar surat untuk beritahu pasal benda baru tu. Then kalau berminat, dia akan suruh kita pergi to the nearest branch and talk to their manager atau pergi ke kaunter. Info ini pun aku dapat setelah aku call that bank.

Dan bank juga tidak akan engaged dengan another third company macam agen Insurans, agen pelancongan dan lain-lain agen.

Aku bagi contoh macam pengalaman pertama aku yang aku tulis dalam entry ni ---Klik Sini---

6) Kena tipu dengan orang jual product in relation to credit card. Biasalah, when you have a credit card, they'll sell your information to these sales/marketing people and they'll persuade you to buy/engage with their products. In my case, this guy (macam rempit bodoh) called me up and told that I have been keeping a good record of paying my debts with my credit card's provider. So because of this, they offered for me to engage with their company's 'special member privileges card' which allows to me to travel around Malaysia and other selected countries with discounts on accommodation and airplanes ticket. SO... because this is a rather established finance company in Malaysia, I believed them. So I decided to enroll since I love to travel and go on holidays. I forked out RM599 and when I got the card, it's a different card altogether from what they've offered me before. Example, it's like you've agreed to engage with a Jusco Card and enjoy every privileges offered but instead you got Jubo Card which has nothing to offer unless you paid something in advance. ALSO, I've googled the card's membership name and turns out that so many people have complained that the discount card company had robbed them and this has been going on for years. WHAT A RIP OFF! So what I did, I got really angry, called the person who offered me the card, and threatened to bring this matter to court. (silap besarlah kan deal dengan orang macam aku) I will only bring HIM... ONLY HIM to court for the misrepresented information sebab mula-mula dia kata tak boleh refund duit balik. So I told him, by HOOK OR BY CROOK, I WANT MY MONEY BACK, arsehole! I harassed him day and night, almost every two days for almost 3 months and finally I got my money back. (siap menggunakan dakwah dakwah rohani biar dia sedar diri. Orang Islam tipu orang Islam... apa jenis manusia makan duit haram) SO please people, never engaged in any stupid discount cards. Kalau dah ada satu card credit, pegang la kad tu kuat-kuat dan jangan subscribe benda pelik-pelik.

Pengalaman kedua ialah tadi. Ada orang call aku, katanya dari Etiqa Insurans. Dia kata, aku sepatutnya renew aku punya insurans untuk tahun ini, dimana premium aku sepatutnya dinaikkan covering sehingga RM250k, which dia kata on the previous year, dia kata premium aku hanya cover RM100k je.

So in my defense, YES aku ada subscribe pada insurans Takaful Ikhlas. Dan aku ingat dia ni dari Takaful Ikhlas. Dan YES, memang aku baru subscribe insurans ini tahun lepas. So aku setuju dan dia cakap nak alamat rumah aku untuk hantar polisi insurans baru. So aku pun bagilah. Kemudian, dia cakap nak tahu waris aku siapa. Aku cakap, 'waris mak sayalah'. Macam sebelum ni. Dia mintak nama mak aku. Finelah... aku kasi.

Lepas tu, tiba-tiba dia kata aku kena bayar RM399 untuk bayaran tahunan. Tahun depan nak renew kena bayar lagi. Dia cakap, dia hanya terima bayaran kad kredit. Lepas tu aku cut-off percakapan dia, aku cakap, 'aik... apsal pulak through kad kredit? selama ini saya auto-debit je insurans saya. sejak bila pulak tukar? dan apsal pulak kena bayar RM399?'. Masa ni aku dah rasa lain dah.

Dia explain yang sebelum ni, aku dah bayar RM599 through kad kredit aku untuk insurans ni. Dan time tu, company dia hanya ambil RM399 dari RM599 untuk bayaran insurans. Kemudian aku dah tak payah bayar apa-apa untuk setahun sehinggalah ke hari ini.

Terus aku rasa 'what the hell bodoh kau ni? apsal plak aku kena bayar?'

Tapi aku tak cakap lah macam tu. Aku tanya dia 'Bila masa saya swipe RM599 tahun lepas? boleh saya tahu bulan berapa?'

Dia cakap, 'saya tak pastilah bulan berapa cik. tapi saya tahu cik ada swipe RM599.'

Lepas tu aku cakap, 'Ehhh kejap! awak ni insurans takaful apa tadi? tak dengar.'

Dia kata, 'Insurans CIMB Etiqa Takaful.'

Aku pun melompatlah, 'ehh... awak bukan dari Takaful Ikhlas ke? Sejak bila pulak saya ada langgan insurans CIMB? Mana ada saya swipe bayar RM599 tahun lepas?'

Dia pun cakap lagi, 'Saya tak pasti bulan berapa cik. Tapi cik ada buat bayaran.'

Aku pun cakap kat dia, 'macam nilah... saya tak pernah swipe RM599 untuk bayar apa-apa insurans dari CIMB. Yer, memang saya ada subscribe insurans, tapi itu Takaful Ikhlas. Bukan Takaful CIMB. Dan lagi satu, memandangkan saya tak pernah langgan insurans awak ni, macam mana awak boleh kata saya kena renew? Mana polisi saya untuk tahun lepas? Ada you hantar kat alamat rumah saya? Saya nak you hantar dulu polisi tahun lepas untuk saya check. Dan... cuba you check bila saya swipe RM599 tu? sebab saya tak pernah pun swipe duit sebanyak tu untuk insurans.'

Dia cakap, 'ok ok saya akan check dengan pihak atasan.' Pastu letak telefon.

...........

Dalam situasi tu, memang aku tak bagi nombor IC aku dan nombor kad kredit. Dan lepas tu, aku call CIMB dan CIMB kata hanya ada insurans AVIVA sahaja. Tak ada kena mengena dengan Takaful. Dan aku call agen Takaful aku, iaitu makcik aku, dia cakap mana ada deal dengan CIMB.

SO! terbuktilah, itu adalah salah satu scam cibai. Dan nombor fon dia, pakai nombor handphone DIGI. Meh aku letak tanpa segan silu, ini nombor dia: 0162610834.

Dan yang menariknya pasal misteri pempuan ni, dia cakap aku swipe RM599, SAMA jumlah dengan duit yang aku kena tipu produk pakej perlancongan yang aku duk bebel kat atas tu.

JADI... fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.

Saturday, March 12, 2011

Hiccups

Dah hampir dua bulan aku tinggal di rumah baru. BEST sangat sebab keadaannya yang sejuk, nyaman dan tenang. Nyamuk pun takde. Weekend pulak boleh tengok sunrise (time kerja keadaan gelap lagi). Ruang tamu rumah aku ada tingkap yang besar dan boleh nampak view PICC, tempat lombong pasir kat dengkil (yang dah semakin dogol aku tengok) dan sikit je nampak tasik. Kalau waktu pagi boleh nampak kabus hujung sebelah salak tinggi sana. Hijau mata memandang.

(tingkap kat ruang tamu)

Dan biasalah kalau dah rumah baru, macam-macam benda aku kena tengok, rosak ke tak. Bila rumah kuarters ni, kalau ada rosak, jangan baiki sendiri sebab nanti deposit ditolak. Call je maintenance.

Well, turns out yang rumah aku ni banyak sangat rosaknya. Aku pun tak tahulah. Sebab aku orang pertama dapat rumah ni. Tombol pintu rosak, hos jamban rosak... agaknya lama orang tak guna, dah jadi berkarat dan terbiar worn out macam tu je.

Anyway, salah satu benda paling bengong aku complain kerosakan, ialah rumah aku tak ada peti surat! Iyelah, rumah kan apartment, kat bawah ground floor tu kan sepatutnya ada rows of post box untuk setiap rumah. Bila aku cari nombor rumah aku, tak ada! Nombor peti surat tu untuk level rumah aku mula dari .01, .02, .03, .04, .07, .08, .09, .10. Rumah aku nombor .05. Level rumah aku ni sampai .08 jer... takde rumah .09 dan .10!

Dia ingat aku ni Harry Potter ke ape... nak kena seru peti surat aku keluar in between .04 dan .07 T_T.

Jadi aku tulis la kat borang complain 'tak ada peti surat'.

Nak dijadikan cerita, dorang kopak plat yang drill kat peti surat dan squeeze in nombor rumah aku dan nombor rumah .06 dengan ditampal guna selotape warna putih. (nombor rumah aku tulis atas selotape) Tiba-tiba satu hari, selotape tu tercabut, jadi aku tampal dengan kertas dan selotape lutsinar. Biar lekat betul-betul.


Bila dah dapat kunci peti surat baru, dorang call aku untuk clarify yang problem tu dah settle.

Maintenance (M): dah settle ke Puan pasal peti surat?

Aku: dah. saya dah dapat kunci. Tapi tak settle lagi lah kan. Sebab peti surat saya still bertampal kertas putih. takkan tak letak plat besi tu kot.

(M): Oh... tapi benda ni Puan tak complain pun dalam borang.

Aku: Haaa???!! Ya Allah... takkan lah saya nak letak spesifik giler dalam borang tu kot. Dah saya tulis tak ada peti surat, mestilah korang tau nak kena buat apa. Takkan saya nak tulis 'rumah tak ada peti surat, plat besi peti surat tak tampal, Plat peti surat kena tulis nombor rumah saya dengan warna merah, kunci peti surat tak ada'. Biar betul awak ni... Itu kerja awaklah nak buat macam mana dengan complain tu. Mana saya tahu awak nak cabut plat besi tu dan ganti dengan nombor rumah saya. Saya ingat awak nak drill peti surat baru ke... aduhlaaa...

(M): ohh... ok ok. Nanti saya tengok dulu.

...

Weih, seriously weih???? ko buat lawak apa ni? Aduh la... pengsan aku macam ni dik oi.

Wednesday, March 09, 2011

waterproof mascara

I always had this sort of rule/statement/principle (or whatever you wanna called it) in my head, which is, 'you will only be crying over things that you are affected to'.

Let's say for example that you are an animal lover and seeing animals being tortured bring tears to your eyes. But on the other hand, if you are not an animal lover, seeing animals being tortured might bring empathy in you, but not to the extend of crying. Get what I mean?

Sometimes when you sit together with a couple of friends or families watching a movie and you can't stop bawling over a romantic scene, but none of your friends were crying over it, then you are affected by it. Probably your heart longed for something that was shown in the movie. Try asking yourself sometimes. =)

At the current moment, I am affected with weddings, especially after the Akad Nikah ceremony where you salam your parents and asking for their forgiveness before letting you off with your beau.

Sedihnya... because I have only one parent. and yes my heart longed for my father to be there on my wedding. Tapi, mimpi je lah kan... it's impossible anyway.

But it's not that bad considering that I'm still lucky because I had the chance to grow up with him until my uni years, unlike my smaller brother and sisters. He's gone when Syifa was 10 years old, Mamat was 12 years old and Adik E was 15 years old.

Sheesh... sad feelings aside.

I shall then vowed myself to only wear waterproof mascara on my wedding. *fingers cross*

Thursday, March 03, 2011

Anniversary.

3rd of March. I never wrote anything about this for the past 4 years when we were together. FYI, my blog was formed way before I met him. Therefore, there are a few entries that I wrote about him (on how we get together, yada, yada, yada, not that much though, apart from harassing him about marriage [lame]). Anyway, we were friends about one year before we decided to go further into the relationship. urghh I feel so old. T_T



Now, years had passed. And what I can say is that, when you are in a relationship, you'll be facing these phases of 'relationship stages'.

For the first or second year when you're in it, you'll go through the lovey-dovey sort of phase, where everything seems perfect. Everything you see is the bluest sky, butterflies, flowers, rainbows and everything nice. Bau kentut macam telur pun dimaafkan, get what I mean?

Then, you'll go through the doubt phase where you start to question a lot of things. Why am I with him? what made me love him in the first place? Am I crazy? Am I blind? Why he's acting that way? he loves me? he loves me not? what? what? whaattt? Ok rasa macam nak sepak.

Then when the doubtful feeling inside you has awaken, then you'll go through this emo sort of relationship. You'll be fighting all the time, and then you're cool again. Then you get bored, tired and restless, and angry and blerghh. This is the crucial time when some relationship starts to break down.

If you had gone through the two phases that I've mentioned earlier, and if you survived, then you'll go through another phase where you feel sort of tak kisah sangat, or sort of like dah matured la kononnya. Let's say you guys fight for a minute, and then the next minute, you're okay as if nothing happens. And then you said to yourself, 'alaaa dah kenal lama... dah masak sangat perangai dia.' and you know what to do bila gaduh supaya gaduh tu tak prolong that long.

Tapikan, to be in such a long relationship betul betul perlukan komitmen yang tinggi. What more kalau kau tak ada official attachment macam berkahwin.

For me, aku macam tak banyak sangat cerita pasal my relationship sebab aku sendiri tak mahu encourage this things to other people, come on la kan... tak kahwin lagi kot. I mean, nak bercerita pasal dosa benda ni is another issue. So better aku diamkan diri.

Anyway, I reallyyyy reallyyy hope my wedding bells would be ringing soon. =) *hint hint*