Thursday, June 30, 2011

Mac & Cheese.

Entri penuh dengan gambar.

Weekend lepas, masak Mac & Cheese. Mamat request sebab birthday dia. He's 17 now. Dah nak SPM tahun ni. Dah besar panjang adik bujang aku tu. Rasa macam baru semalan dia still minum susu and pakai pampers. Tapi, perangai masih sengal macam dulu. Tengok kat FB cut-out ni. Adik aku Afiqah post kat wall Adik aku yang sorang lagi, Assyifa, suruh main game IQ. Dia tagged aku dan Mamat. Tengokla apa Mamat jawab. Epic seyh. hahaha... lawak.


(Klik gambar untuk lihat lebih jelas.)


Anyway, berbalik kepada Mac & Cheese, resipi as follows;

Macaroni (resipi ni untuk 3/4 dari 1 packet - dalam 5 orang makan... tapi korang sukat berapa ramai nak makan), telur 2 biji, 1 kotak cheese (aku pakai cheddar cheese... yang bentuk macam sebuku sabun tu.), 1 tin sup campbell (aku beli cream of chicken... ada banyak flavour... mushroom ade... pilih nak rasa macam mana), black pepper, salt, sugar, mix vegetables, butter, bawang besar 3 biji (yes aku suka banyak bawang), dan garlic dalam 7 biji.

(butter)


(sup Campbell - cream of chicken)


(telur)


(macaroni)


1) Rebus Macaroni. Masa rebus tu, taruk sedikit garam dan sesudu minyak masak. Untuk taknak kasi macaroni melekat bila dah toskan selepas rebus tu.

2) Untuk kuah, pakai butter (gantikan minyak masak) untuk tumis.

3) Bawang besar dan bawang putih, potong dadu dan tumiskan. Dah wangi, letak Cream of Chicken, black pepper, salt and sugar. Kacau-kacau sekejap dan kemudian tuangkan air. Kalau aku, aku sukat air takat separuh pakai tin sup Campbell tu. Biar reneh sekejap.

4) Taruk mix vegetables. (boleh taruk sayur lain kalau nak. Kalau tak nak taruk sayur pun takdak hal.) Masa ni, rasalah sikit ok ke tak... kurang garam ke, kurang manis ke... tambahlah perasa kalau nak.

5) Dah pekat kuah tu, biarkan sejuk sekejap.


6) Pre heat oven dalam 180 'C lebih kurang 10 minit.

7) Bila dah sejuk sedikit kuah dan macaroni, letak macaroni dalam bowl besar dan campurkan kuah tu dengan macaroni. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.

8) Pukul telur dua biji tu dan campur sekali. Kacau perlahan-lahan.

9) Parut cheese seketul tu dan campur sekali. Tinggalkan sedikit baki cheese lagi sebab nak tabur atas macaroni tu before masuk dalam oven.

(cheese)



10) Leserkan butter kat tray nak bakar tu.



11) Tuang campuran Mac, dan tabur cheese atas tu.

12) Bakar dalam oven, dalam 20 - 30 minit, sampai golden brown.

SIAP!

Wednesday, June 22, 2011

Monday, June 20, 2011

Kereta rosak.

Kereta aku rosak.

Lagi.

Mula-mula flat tyre + skru bengkok.
Then minyak hitam bocor. Tukar oil filter.
Then silap. Minyak hitam bocor lagi. Rupanya gelang kat gasket tu dah rosak.

Lepas tu tadi.
Tengah drive, tiba-tiba kereta jerked a few times. Macam terbatuk-batuk. Bau hangit. Press minyak sampai pedal cecah lantai, kereta macam berat sangat nak gerak. Setakat 40km/j je dia nak gerak. RPM sampai 4... dah macam bunyi nak racing... vroomm vrooommm.

Stop kat traffic light, kereta terbatuk-batuk lagi. Bau hangit gile. Bila lampu hijau, tekan pedal minyak, kereta tak mahu gerak. Bunyi vroommm kuat sangat.. ibarat tekan pedal minyak tapi kereta tengah kat free gear. Statik je sampai pedal dah tekan banyak-banyak kali, baru gerak slow. Sangat-sangat.

Target aku masa tu, nak cari port ok sikit untuk berhenti dari kereta ni dari mampus kat tengah-tengah jalan. Bila aku nampak ada tempat bas berhentikan penumpang tu, aku park tepi situ dah terus matikan enjin. Rilek kejap dan start balik. Ok je. Tapi bila masuk je gear D, terus terbatuk-batuk dan bila tekan minyak, kereta tak mahu jalan. Lampu yang macam bentuk kepala paip tu kelip-kelip.

(pic taken from here.)


Benda tu dipanggil 'malfunction indicator light', atau 'OBD Indicator' – member of the Onboard Diagnostics, this indicators reveals a problem to the engine or to the gas emissions and required the car to be serviced.

Masa tu dah jam 3.50 petang. Flight aku nak pergi outstation ke Kota Bahru Kelantan jam 6.25 petang. Aku kena kejar train jam 5 petang macam tu. Sepanjang benda ni berlaku, aku kat Putrajaya.

Masa kereta rosak ni, aku on the way dari office ke rumah bujang aku untuk packing baju nak ke outstation ni. So aku call abang aku, mintak tolong dia datang. Memang aku stranded dan desperate. Abang aku yang dari Glenmarie Shah Alam sanggup datang ke Putrajaya dan mintak time-off dari office dia untuk tolong aku.

Tengah tunggu abang aku sampai, aku call officemate aku, Aimie (dia kat office) untuk pick-up aku dan hantar aku ke rumah untuk aku packing baju. Then aku siap-siap pastu datang balik kat tempat kereta aku tersadai ni dan bagi kunci kereta kat abang aku. Dalam 4.30 petang, just nice aku sempat packing semua dan abang aku dah sampai.


Kereta biru - abang.
Kelabu - kereta yang rosak.
Kereta hitam - Aimie
(stranded kat area Presint 4, dekat dengan Jabatan Peguam Negara)


Abang check dan dia cakap tak boleh drive. Kena cari tow truck. Calling semua, mak aku minta insurans Takaful kereta tu tow kan kereta aku ke Service Centre.

Masa ni dah jam 4.45 petang macam tu. Ok aku memang kena gerak ke ERL Putrajaya (stesen keretapi). Aimie hantarkan aku ke sana dan sipi-sipi je aku sampai airport untuk on board naik flight.

So now I am car-less.

Aftermath: abang aku tunggu sampai tow truck tu datang. Sampai je kat Service Centre, dah tutup. Masa tu jam 7 camtu. So letak je kereta kat situ dan kena tunggu esok pagi.

Kalau abang tak ada, memang terkapai lah aku sorang-sorang kat situ. Thanxs bro. =) oh to Aimie too. =) Nanti aku belanja kalian makan sedap-sedap.

Thursday, June 16, 2011

Salesman.

Entry khas untuk orang yang terlibat direct dengan customer/public.


1) PR kau kena bagus. Kalau tak bagus, kalau so-so, pun boleh lah.

2) Muka kau yang masam atau toye yang bajet customer/public rasa nak bagi kaki tu, sila letak tepi. ok?

3) Tak boleh ada attitude pilih bulu. Customer nampak ala mak Datin je, kau nak entertain.

4) Be professional, please. Kau kerja... bukan tengah bengang dengan bini kat rumah tak masak ikan bilis favourite kau.

5) Dan kalau customer/public tu tolak kau punya produk, tak payah la nak buat muka/mengata depan-depan.

6) Lagi satu aku rasa yang penting ialah penampilan. Kot ye pun Tuhan jadikan muka/badan kau tak sekacak Aaron Aziz atau secantik Angelina Jolie sekalipun, tidak menjadi alasan yang kau tidak boleh berpenampilan kemas/menarik. Seriously, kalau aku tengok salesman tu ala-ala mat pit bawah jambatan, rambut selepet berminyak, gigi tak gosok, cakap pun 'wa, lu, ape kabar derr...' memang aku menyampah la nak dengar pasal produk dia.


Aku bukanlah orang yang kerja dalam bidang macam ni, tapi aku fahamlah serba sedikit pressure kerja dalam bidang ni. Kena kejar sales, kena capai target, kena jaga customer dan macam-macam lagi. Kerja yang involve air liur ni memang penat. Bukan senang nak reach to the public dan convincekan public dengan produk kita.

Tapi, itu bukanlah alasan kau nak buat pailang dengan customer/public.

Aku tak suka kalau:

1) Salesman yang suka mendesak tahap gaban. Kalau aku cakap aku nak fikir, kenalah bagi ruang. Ini kau desak gila-gila. Macam desperate sangat. Aku cakap 'saya tak bawa cash lah.' Dia cakap, 'takpe, kami terima credit card, cheque, wang pos dan lain-lain.' or 'saya kena bincang dengan husband saya kat rumah dulu.' dia cakap, 'takpe, pinjam je fon saya dan call dia sekarang. saya boleh tunggu. tawaran terhad ni tau. baik call sekarang.' pffttt... boleh tak? rimas lah!

2) Salesman yang suka provoke. Macam serupa je kat poin atas, tapi contohnya macam ni; "eh saya fikir lah dulu." Dia cakap, "alaa takkan nak fikir. murah je ni. takkan la tak berduit kot." Aha-ha-ha-ha... memang totally turn off. Kau nak simbah minyak kat customer ke ape main cucuk-cucuk macam ni.

3) Salesman yang suka selindung dan cakap putar belit. Memang dah tugas salesman untuk boost produk untuk jualan kan. Tapi kalau ada kelemahan, dan customer tanya, tak payah selindung atau cakap belit boleh? Kalau customer tak tanya, kau up je la produk kau.


Pengalaman aku:

Kat shopping compleks kan banyak bukak booth untuk jual produk/services; Unifi, celcom/maxis/digi broadband, dan lain-lain lagi. Ada pernah aku cakap kat mamat ni, 'Oh takpelah.... saya dah subscribe dah. TQ.' (which is memang betul pun) Dan boleh pulak dia menjawab, 'Hek eleh... dan dan tanya je dah subscribe.' Aku terdengar dan terus toleh kat budak tu dan buat muka kerut-kerut dan tak puas hati. Dia tengok aku dan terus tutup muka dia dengan pamphlet. Aku tengok je sampai dia letak pamphlet tu dan dia tengok aku lagi, which aku still tengok dia. Pastu dia pandang tempat lain.

Dan ada pernah salesman ni ikut aku gila lama walaupun aku tengah berjalan. Siap shoved lagi pamphlet depan muka aku dan paksa aku tengok. Aku terus geram aku tepis pamphlet dia, dan aku cakap 'hishhh tepilahh!'

Dan ada pernah jugak, aku nak tanya pasal produk yang aku memang minat sangat, tapi aku tak jadi tanya banyak sebab tak tahan bau nafas mulut dia. Aduhlah mak... gila tak wangi ok! pfftt...


Dan macam-macam lagilah perangai kan...

Cuma ini sedikit sebanyak aku nak share pendapat aku.

Tuesday, June 07, 2011

Bukan giliran aku. So be it.

Aku akan bercakap pasal jodoh. (mungkin ramai dah cakap pasal ni, tapi ini blog aku, pedulilah aku nak cakap jugak.)

Sekarang bagi aku ialah waktu umur kemuncak belia remaja dimana ramai kawan-kawan aku nak kahwin atau bertunang. Biaselah... dah kalau waktu macam ni, gerenti banyak sangat reunion rakan-rakan zaman sekolah, zaman universiti atau zaman kecik-kecik dulu ke... (jarang kot).

Dah jadi lumrah lah kan (aku nak stress-kan kat sini jugak walaupun ramai orang dah cakap pasal benda ni), bila reunion, soalan cepumas "Eyyy kau bila lagi nak langsung..." dan etc. Dan macam-macam lah bagi jawapan. Kadang-kadang aku jawab, "sponsor sikit duit, aku on je nak kahwin anytime.".

Well, orang selalu cakap, "ala standard la dorang tanya benda tu. Jawab je la. Takyah terasa."

Yes, soalan tu memang standard. Aku tak nak blame yang bertanya. Kadang-kadang aku pun tanya jugak. Cuma dengan soalan-soalan macam tu, takkan sekelumit pun kau tak rasa annoyed, walaupun kau dah tau itu soalan standard? Tipu la kalau tak terasa. Kalau sekali dua orang tanya, boleh lagi layan. Bila dah ramai tanya, sampai soalan yang ke-duaribuseratusenambelas, kau akan rasa fed-up, walaupun orang yang ke-duaribuseratusenambelas tanya tu, dia tak pernah tanya soalan ni kat kau.

Right? Aku tak rasa specifically sebenarnya kau rasa annoyed kat orang yang bertanya tu. Sebab standardlah kan, orang bertanya. Sebenarnya perasaan annoyed tu lebih dituju terhadap diri sendiri, dimana mempunyai masalah berkaitan jodoh; belum dipinang orang, tak berpunya, baru putus cinta atau lain-lain sebab.

Kau rasa, "apalah nasib aku... jangan tanya boleh tak? aku tak nak fikirlah."

Cuba kalau kau dah tunang dan nak kahwin lagi dua bulan. Gerenti kau jawab, "Dua bulan lagilah.... ee tak sabarnyeeee.... ee seronoknyeeee..." (tangan di bahu, mata ke atas). Kalau orang tanya kau sebanyak duaribuseratusenambelas pun, kau akan cakap benda sama tanpa sebarang rasa fed-up. Almaklumlah, hari yang berkat dah nak tiba, kan.

Memang jodoh pertemuan itu ditangan tuhan. Bukan urusan manusia. Macam cerita Nora Elena tu, dah kalau jodoh dia dengan si Seth Tan tu, walau macam mana Eid buat pun, jodoh dia dah dengan Seth. Memang jalan dia nak kahwin dengan Seth smooth je, tapi berliku buat Eid... Satu contoh, Eid selalu busy kerja sampai tak sempat fitting baju. (itu tak masuk gaduh/salah faham - which aku rasa ridiculous sebab SMS kan ade? explain je la. pfftt macam aku Director je kann). It's a sign that you are not meant for each other.

Ibu selalu kata, kita Istikharah jika kita buntu. Mungkin jika Allah swt tak tunjuk kita directly macam mana jalannya, tapi InsyaAllah, jalan yang diredhai, jalan yang mudah dan tenang buat kita. Mungkin itulah petandanya. Tapi tak bermaksud kita boleh Istikharah je tanpa usaha. Kalau kau duduk rumah tenung dinding duapuluhempat jam memang tak jalan la kan.

Benda pasal jodoh-jodoh kahwin-kahwin ni bukan benda boleh ambil mudah. Takkan kau main flick jari kau, dah ready nak kahwin. Ini soal kau akan hidup dengan orang yang akan berkongsi sekatil, sehidup, dan semati dengan kau. Kau akan ada waris dengan orang yang akan kau kahwin ni. Penyambung umat akan datang. Kau tak boleh simply buat decision macam binatang. Buat bunyi-bunyi sikit, esok lusa mengandung.

Aku tak bercakap dalam segi konteks masa bila kau nak buat decision nak kahwin. Sebab sesetengah orang, sekali jumpa dah terus kahwin. Ada yang tak pernah jumpa pun (pilihan keluarga) dah nak kahwin. Semua terjatuh kepada istilah 'jodoh' itu sendiri.

Maksud aku, kau tak boleh buat keputusan, just because semua kawan-kawan kau nak kahwin, kau pun ikut terjun sama. Pasangan kau tak ready, kau paksa-paksa. Sebab jodoh kau lain dengan jodoh orang lain. Alih-alih tak menjadi.

Biarlah benda ini ketentuan Yang Maha Esa. Kalau tak ada, tak adalah. Tak payah kau nak persoalkan dia tak kahwin sebab dia huduh ke, sebab dia memilih ke, sebab dia tak pandai ke... Itu semua bukan urusan kau.

Itulah... aku dah luahkan sedikit sebanyak apa yang patut aku luahkan. Ini aku punya point of view.

Ulangan.

Malam semalam, aku tidur agak lewat. Tengah tidur, aku dengar bunyi 'beep' yang kuat. Rupanya alarm aku... jam 5 pagi. Aku bangun dan minum air. Tekak kering sangat. Dan aku baring atas katil balik.

Kemudian, aku terjaga. Tengok jam, 6.04 minit pagi. Aku baring balik. Badan aku protes untuk bangun sebab keletihan. Sedar, tak sedar, aku terjaga balik. Jam 6.14 pagi. Kepala aku dah pening. Kemudian aku terjaga balik dan tengok tingkap di luar dah cerah.

Aisey... aku dah lewat nak pergi kerja! Aku bangun dan terus ambil iron dan mula iron baju kurung aku. Tempat letak air kat iron tu dah kering. Aku pergi ambil air dan isi. Baju aku pulak jenis yang kedutnya susah nak hilang. Beberapa kali aku iron barulah ok. Kemudian aku iron tudung pulak. Aku tak tengok jam, tapi rasanya macam lama sangat aku iron baju.

Kemudian dah habis iron, aku terjaga dari tidur. Ceh, mimpi rupanya. Aku tengok jam, 6.40 pagi. Aku bangun dan iron baju aku lagi. Pfftt...