Hari ini 29 Ramadhan 1432. Esok dah raya. Cepat betul masa berlalu. Walaupun esok nak raya, aku nak update satu entri lapuk khas bulan Ramadhan pasal makanan. Ape kaitan?
Well, makanan ini khas untuk manusia bujang macam aku yang busy semedang dengan kerja yang memerlukan kepantasan menyediakan makanan berbuka puasa serta dibawa sekali untuk bersahur tanpa perlu memikirkan khasiat makanan serta tanpa perlu rasa amarah sebab bazar ramadhan jual makanan dengan harga yang cekik darah.
Selain itu, ini juga adalah satu bentuk training untuk manusia bujang yang macam aku di dalam handle kuali, sudip, minyak masak, teknik menggoreng, atau menggauli (eh?) bahan-bahan sebelum menjengah ke alam perkahwinan.
DISCLAIMER: Dilarang masak makanan ini untuk dihidangkan kepada mertua.
Resipi: Pau Goreng Maggi
Bahan-Bahan:
Maggi (ikut suka hati nak perisa apa.)
Roti Paratha instant (di Mydin/Carrefour/Giant gerenti ada. Sila pergi beli)
Cara-cara:
Maggi kasi masak dulu. Jangan letak perencah. Dah masak, toskan air dan gaulkan dengan perencah serta sayur (kalau mahu, sosej pun boleh tapi kasi la masak dulu ya sosej serta sayur itu. Nanti tak masak sakit perut pulak).
Kemudian ambil Roti Paratha instant (make sure ia lembut ya. Jangan keras-keras frozen tu kau campak maggi pulak) dan letakkan Maggi tersebut ke atas Roti Paratha instant tersebut.
Maggi itu pastikan tidak overdose di atas Roti Paratha tersebut untuk membolehkan Roti Paratha itu boleh dibulatkan menjadi bentuk pau serta tidak koyak.
Kemudian, dah dibulatkan, panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Kalau macam aku, aku suka overgaring (almost nak hitam) sebab suka rasa ranggup kulit Roti Paratha tu. Crunchy gitu.
(Kat sebelah kiri gambar ni ade ayam goreng dua ketul. Ikut suka nak makan dengan ayam goreng atau tidak)
Sepeket Maggi boleh hasilkan dua biji Pau Goreng Maggi. Sebijik untuk berbuka, sebijik lagi untuk bersahur.
Selamat menjamu selera~
Awas ya, tidak dibenarkan masak dengan kehadiran Mertua. Sangatlah bukan menantu pilihan.