Tuesday, October 25, 2011

Be Careful of the Public

Be Careful of the Public.

Aku seringkali diingatkan pasal benda ni. Tak kiralah kat tempat kerja, kat rumah, dengan family, kawan-kawan ataupun dengan bosses. 

Dalam hidup ni kita kena selalu berhati-hati dengan apa yang kita tulis, bercakap dan cara kita bawa diri. Apprently, dunia ni penuh dengan prying eyes dan orang-orang yang kepohci dengan hidup kita.

Bagi aku, ada benda kita boleh share dan ada benda baik kita simpankan je. Satu hari nanti, maklumat yang kita share tu maybe akan digunakan against kita, sama ada kita suka... sama ada kita tak ada niat... sama ada terlepas cakap. Bila dah digunakan against kita, kita jugak yang susah.

Usually, isu personal aku, aku lebih suka keep it private. If aku nak share pun, aku akan share kepada orang yang rapat dengan aku je, iaitu selalu yang jadi mangsa adalah abang aku. Haha. Nak buat macam mana, sebusuk-busuk mamat poyo tu, dia je rasanya yang boleh faham sebab kami membesar bersama-sama. Selain itu, aku share dengan boyfriend aku dan ibu aku jugak. Itu je orang yang aku beritahu benda-benda yang personal.

Apa yang sebelum sebelum ni aku pernah tweet ke, letak kat FB ke, or bercakap dengan orang ke, tak lebih dari isu yang aku rasa tidaklah se-private mana. Biasa-biasa je tu.

Aku rasa yang paling bahaya untuk disharekan kepada public ialah 1) pasal family dan 2) pasal relationship.

1) Family
Family ini yang paling kena jaga. Jangan sesekali jadi bocor mulut beritahu orang lain pasal keburukan family. Kalau public tahu, memang dia akan gunakan against you. Nak boikot ke... nak ngumpat ke... sabotaj ke... something yang benda tak ada kaitan dengan dia pun dia nak tumpang terasa jugak. Motif kan?

2) Relationship.
Bagi aku, tak perlu nak being too public about it. Well, maybe sebab cara aku membesar dan persekitaran, dah jadikan aku someone yang agak private pasal benda ni. Sebab bagi aku, asas relationship exists between two people. Rational? same je la dengan point aku pasal family tu.

Aku malas nak elaborate panjang-panjang. huhu.

Cuma, sangat penting cara pembawakan diri kepada orang lain. Apa yang patut dikongsi, boleh dikongsi. Yang lain, simpan je la.

Macam orang duk share kat Facebook pasal satu quote ni: Don't tell your problems to people: eighty percent don't care; and the other twenty percent are glad you have them.

Don't let others have the opportunity to disrespect you in any way. Respect should be earned, not gained. Ciao.

Tuesday, October 11, 2011

Adik-adik.

Cerita outstation. 

Aku turun dari bilik hotel nak pergi breakfast. Selalu kan ada orang akan jaga kat pintu tempat makan tu dan kita kena serahkan kupon kan. Well, time tu tak ada orang. So, aku masuk dan letak beg atas kerusi. Masa ni aku baru je nak tarik kerusi, aku perasan dari ekor mata aku ada staff hotel ni tengah berjalan ke arah aku. Berjalan lenggok2 ala ala catwalk gitu.

Dia nak ambil kupon la tu kot. 

Aku pun apa lagi... terkial-kial nak capai kupon dari dalam handbag. Sebelum aku dapat capai kupon tu dia dah sampai sebelah aku dan ucap;

"Assalamualaikum... Selamat Pagi cik."

Aku terkejut sangat. Nak tau kenapa?


Sebab suara dia garau gila! 

Dari ekor mata aku, nampak dia dari jauh berjalan macam perempuan sangat. Rambut pun panjang sikit dan muka tebal dengan mekap. Itulah, dari jauh memang aku tak expect dia ni lelaki. 

Kau ni nok... Nasib baik mak tak heart attack tau. Kalau tak, mampu ke kau nak dukung mak gajah ni kalau mak pitam? adoihai...

Monday, October 10, 2011

Perfection.


Sedang aku membaca email, ada orang forward satu email yang aku kira agak menarik untuk dikongsi. Aku tak tahu siapa yang tulis intipati email tu. Anggap je lah intipati email ni satu santapan kehidupan dan untuk renungan je. Nothing serius atau perlu diambil pusing sangat, ok.

Jika kamu memancing ikan.
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu 
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...
setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu. 

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. 
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak.
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang... sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya. 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu... Mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. 
Kamu juga yang akan menyesal....


Point yang aku nampak through email ni, manusia memang lumrah mengejar kesempurnaan (termasuklah aku) dan akibat terlalu mengejar, benda yang kita dah let go akan jadi sejarah lepas. Nak kutip balik pun tak tentu dapat. Dan apa yang kita kejar, jadi berciciran sebab sebetulnya tak ada benda yang sempurna pun dalam dunia ni. Hanya Allah s.w.t je yang sempurna. 

Jadi kesempurnaan apa yang kita nak kejar? 

Aku rasa kesempurnaan kat mata kita je. Apa nak kita berkehendakkan je. Tak lebih dari tu. 

Bila tak dapat kesempurnaan, kita jadi kecewa. So, lived life a little and embrace the imperfection.

Thursday, October 06, 2011

Abang's Engagement

Last weekend, something exciting happened! 




We have a new member added to the Abu Bakar's clan! Well, she is soon to be my kakak ipar, since last weekend was the merisik/bertunang ceremony. Dates for the Nikah dan Reception has yet to be confirmed. 

Congratulations to Abang. Finally kan... dah nak kahwin dah kamu. Haha. Macam tak percaya inilah abang aku yang poyo dan entah apa-apa, dah nak jadi laki orang. OMG! OMG!

Btw, gambar abang tu dia bukan pakai kain pelikat. Itu sampin. Sebab ramai orang gelakkan gambar ni, ingatkan dia pakai kain pelikat. Hahaha.

Oklah, just a short update. Entah bila lah turn aku pulak kan. Yang utama, Abang jalan dulu. hehe.