Orang selalu kata kita hidup perlu di dalam peraturan.
Ikut peraturan Islam.
Ikut peraturan adat selagi tidak melanggar syariat.
Ikut peraturan sekolah.
Ikut peraturan pejabat.
Ikut peraturan itu dan ini.
Tapi, kenapa kalau ada yang balik pukul 4.30, 5.00 or 5.30 dikecam eh? bukan itu ikut peraturan ke?
Apa sebenarnya point nak cakap 'hello tengok aku kerja lebih masa tak macam orang yang balik punctual'?
Nak tunjuk oh-aku-rajin-nak-mampus?
Nak gilap punggung bos?
Nak tunjuk 'aku kerja lagi baik dari orang kakitangan kerajaan balik on time'
Nak tunjuk aku tidak makan gaji buta?
Nak tunjuk bagus?
Nak tunjuk 'I'm worth every penny of what my boss paid me for?'
Come on la wei. Kalau macam itulah ukuran, sedih aku ada orang macam ni. Kalau kerja lebih masa kau dah incurred more money to your boss. Boss kau rugi besar ada anak buah kerja tak efficient, geddit?
Rugi letrik, rugi duit kena bayar OT lagi.
Bukan setakat itu je, kalau kerja lewat, performance kau boleh drop sebab esoknya, muka macam minta kaki je - muka jadi masam dan kelat. Badan letih dan mengantuk memanjang.
Aku tak ada hal dengan orang yang suka atau nak atau terpaksa kerja lebih masa. Suka hati lah kan. Maybe dia kerja lebih masa nak tambah income. Maybe dia perlu kerja lebih masa sebab nak kejar deadlines. Aku pun selalu buat macam tu - kejar deadlines. Sebab peruntukan masa biasa bekerja tak cukup nak tampung kerja yang banyak.
Tapi aku rasa tak perlulah nak kecam orang yang balik punctual kalau ye pun kau pilih nak balik lewat. Suka hatilah nak balik on time. Dia balik on time itu menunjukkan dia boleh kerja dengan efficient tanpa buka Facebook setiap 30 minit waktu bekerja. Dia boleh stay focus 8 jam bekerja dengan baik. Dia adalah pekerja contoh.
Aku tak faham ukuran orang cakap kalau dia selalu balik lewat itu dia adalah pekerja contoh. Kenapa tak diukur dari segi kualiti kerja, as opposed to quantity of time spent on one task?
Ok lah aku nak luahkan satu lagi topik pasal kerja yang cukup menyemakkan aku di lain hari ok.







