Monday, January 16, 2012

Engagement.

Hari ini hari pertama pakai dua cincin dijari-jari. Memang rasa janggal. Tengah bercakap dengan orang, sambil melayang-layangkan tangan, aku nampak ekor mata orang didepan aku mengikut gerak geri cincin-cincin itu. Atas bawah, atas bawah.

Sejak dari mula aku menulis secara online, ada satu benda yang aku selalu jadikan wish list aku, iaitu 'to be a happy person'. Memang selama ini aku mencari kegembiraan serta kebahagiaan. Siapa tak kan? 

Pada hari ulang-tahun aku yang ke 26 iaitu semalam (15.01.2012), kegembiraan didatangkan dengan pakej seorang jejaka sunti, segerombolan keluarga, 5 dulang, dua bentuk cincin dan segunung kasih sayang. 

Dan kegembiraan tersebut disambut dengan balasan 5 dulang, seorang perempuan sunti, hidangan pelbagai jenis, segerombolan keluarga dan juga segunung kasih sayang.

Aku pernah tulis pasal isu Athirah + Boyfriend = Kiamat dalam blog ini. Nukilan pada 28 Januari 2007

Sebabnya, aku bukanlah orang yang begitu menarik menjadi pilihan atau rebutan sesiapa pun. Sudahlah muka biasa-biasa sahaja (nak cakap tak lawa kang orang kata hina ciptaan Tuhan), perangai tak semenggah mana, latar belakang pun tak menarik. 

Jadi dalam pemikiran, aku selalu fikir adakah aku akan kecapi salah satu punca kebahagian iaitu ke alam rumahtangga? Adakah akan ada siapa orang yang suka aku seadanya? Siapa orang malang itu? Macam mana akan aku jumpa orang itu? Itu dulu punya cerita. Masa itu aku fikir belajar je. Aku malas nak ambil port soal hati. Sebab aku rasa benda itu akan me-lagha-kan aku daripada fokus ke arah pembelajaran.

Selepas kematian ayah aku, lagi kuat semangat aku nak jadi happy. Aku belajar dan tamatkan pengajian. Aku mencari erti hidup tapi belum secara menyeluruh. Aku membuat pelbagai keputusan diluar jangkauan dan aku cuba buang sifat 'tomboy' dan kasar aku sejauh yang mungkin, tapi tak dinafikan sifat itu masih ada sekarang. Untuk berubah bukan senang, tahu?

Tak dinafikan beberapa hari sebelum semalam, aku didatangi dengan pelbagai perasaan, Aku terkenangkan orang lalu yang dah 'missed out' untuk hari graduasi aku yang pertama dan kedua (aku grad dua Ijazah). Dan kini 'missed out' hari pertunangan aku. Dan dia sentiasa akan 'missed out' semua benda kerana dia sudah tiada disisi kami. Tetapi pada aku dia masih tidak missed out apa-apa sebab dalam hati, ingatan masih kuat. *teary eyes* 

Jadi semalam, senyuman aku memang lebar diluar jangkauan. Ramai tegur aku tak ayu sebab sengih macam tak menyabar. Tapi aku happy... sangat. Mungkin perkara ini belum menjadi lesen terhadap sesuatu yang halal, tetapi dalam usaha ke arah itu. Insya Allah. 

 Look how retardedly happy I am? ;p

Itu ibu tudung hijau looking happy. :)

5 Tyrexers:

Ryehanna said...

wahhhh

tahniah on your engagement, Tyrah!!!

So happy for u!! ^____^

May God bless...

awin hashim said...

uihh..lebarnya senyum! hehehe..
i'm happy for u tirah..smoga kekal smpai nikah..amin..

bila nak nikahnye? dah ada tarikh ke?

Tyra said...

TQ ryehanna!! :)

TQ awin... nikahnya mungkin lepas raya. InsyaAllah... hehe..

Weirdo said...

hikhik...
enteprem...

congrats again! jaga diri! ;)

Syaifuddin said...

tahniah .. haha .. btw ..follow da sini :D