Monday, January 09, 2012
Reflection.
Aku sebenarnya dah lama simpan perkara ni.
Just straight to the point, lately aku nampak banyak perkara tidak molek berlaku depan mata aku yang aku sendiri nak je cakap tapi aku hold it in sebab tak mahu silaturrahim terjejas.
Ada aku tanya kat orang lain perlu ke aku cakap... Kalau aku tak cakap adakah aku akan dikira bersubahat? Adakah aku akan condone dengan perbuatan tidak molek dia? Dan aku juga ada bertanya pada diri sendiri adakah aku ni layak untuk berkata sedemikian sedangkan aku pun bukanlah baik sangat atau mulia pun.
Jadi di atas sebab aku rasa aku tidak bagus atau tidak mulia maka aku diamkan sahaja.
Bagi aku lah kan untuk berperangai molek tak perlu orang lain kena ingatkan. Benda tu memang sejak azali kau akan tahu apa yang patut dan tidak.
Bila kita ni dah dewasa dan besar, apa saja kita buat akan jadi tauladan dan ikutan orang lain.
Kau dah tahu benda kau buat itu tidak molek, aku rasa tak payah nak dicanangkan pada public. Tak payah nak announce kat Facebook, blog atau Twitter. Kau dah besar dan matang. Boleh fikir dah.
Bagi aku lah, benda serahsia macam perkara dalaman rumah tangga pasal benda atas katil contohnya lah, tak perlu nak dikongsi secara public. Common sense kot benda ni.
Tak payah aku nak elaborate panjang panjang, persoalan aku dalam Islam dah digariskan apa berkenaan isu katil rumah tangga ni? Jelas dan terang walaupun suami kau tidak kisah sekalipun.
Ini semuanya dah jatuh bawah akhlak. Peribadi.
Satu lagi pasal title atau kedudukan seseorang dalam society itu sendiri sebagai anak dara contohnya lah... Kau anak dara kau tahu benda kau buat itu tak molek, aku rasa tak perlu nak diberitahu pada public sekalipun kau tak mahu berubah. Sebab apa aku nampak kat sini aku rasa dia tahu benda dia buat tu tak betul, cuma dia mungkin tak bersedia nak berubah ke ape ke aku tak tahulah. bila dia buat benda tu secara public, orang lain yang kepohci macam aku tiba tiba berfeeling terpaksa bersubahat sebab biarkan tanpa ditegur.
Jadi tolonglah... Diamkan saja perbuatan kau dari mata khalayak ramai. Janganlah menyusahkan orang macam aku. Lepas tu bila aku tegur, kau pun susah jugak.
Apa saja tindakan kau akan jadi ikutan orang lain.
Lagi-lagi kalau kau dah jadi parents... Anak anak kau akan kata 'mama/papa boleh buat kenapa saya tak boleh?' Benda sekecil ini boleh jadi masalah masyarakat kalau sejak dari rumah tak dididik dengan baik.
Itu tak masuk lagi bab gaduh gaduh secara public laki bini kat Facebook. Lelaki ada perempuan lain lah... In the end, anak kau yang tak ada kaitan jadi mangsa.
Korang tak ada malu ke? Aku peliklah sungguh. Bagi aku kan... Ada benda yang kau boleh share dan ada benda baik kau simpan sahaja. Bukan aku cakap bermaksud kau tak boleh buat, atau aku ni macam minah bajet bagus ke apa. Kau buat diam diam sudah.
Kau nak bercinta dengan suami orang pun, kalau kau canang kat public, family kau tanggung malu. Aku cakap berdasarkan fakta masyarakat Malaysia yang prihatin ni.
Oklah aku ambil sajalah kisah aku kan. Ya memang aku ada boyfriend.kalau tengok merata-rata aku rasa hampir semua orang pernah ada atau sedang bercinta.
Walaupun aku tak ada kacau hidup orang lain, aku jarang sangat bercerita pasal Bf aku di laman sosial ataupun dengan orang lain pun aku jarang cerita tapi satu hari mak aku cakap, tak malu ke berjalan di shopping complex dengan bukan muhrim? Orang lain tengok dan beritahu ibu. Orang lain tak cakap apa tapi ibu rasa malu sebab anak dara sendiri berpeleseran dengan bukan muhrim.
Nampak tak point aku kat sini? Walaupun kau berjalan ramai-ramai, bila orang dah berkata, bila ibu sendiri dah rasa malu... What more can you say? Nak kata apa aku buat itu betul? No. Aku tak pernah tegakkan apa aku buat itu betul.... Is it right? Betul ke Islam ajar aku macam ni. Aku tahu jawapannya tidak.
Jadi, point aku kat sini... Dalam dunia ni, it's not about kau dan perangai perangai kau dah... It's about you, society, family, faith, and so much more than that. You can't deny the fact that people will be affected by your behaviour one way or another.
Jadi fikir-fikirkan lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Tyrexers:
understand. message safe keep in my brain and locked. thank you for reminding in general ;)
betul kata ibu tu. been at ur place once and until today masih ingat kata my parents. but wonder..sometimes tu buat juga berjalan2 dengan yg bukan muhrim.
haihh-geleng kepala 6 saat kih kih kih.
and i m sharing this post to all my friends too.
ehem ehem.. counting days! yippie~take care dear!
oh..one last thing.. mane layout lama??? I love the header lah! hehe
Layout lama dah buang sementara sebab coding dah lari. but header still save dalam laptop. hehehe...
Post a Comment